Assalamualaikum..
Hai korang! Lyssa datang dengan entri baru lagi. hehe~ Ada tak sesiapa antara pembaca blog Lyssa yang sudah lama berniaga ataupun masih baru mula nak belajar berniaga. Di era zaman mencabar yang ini, Lyssa tahu mesti ramai antara korang yang dah mula berniaga sikit-sikit demi mencari sesuap nasi kan . acewah! Sama la Lyssa pun. Lyssa ada berniaga secara kecil-kecil juga dan sudah hampir dua tahun jugalah. Alhamdulillah. Dari dulu sampai sekarang, bisnes Lyssa maintain sahaja walaupun banyak juga lah cabaran dan rintangan yang perlu Lyssa hadap.
Tambahan pula, sekarang ni, semua barang dah naik hargakan kan ? Walau barang naik harga macam mana pun kan, jangan korang cepat putus asa ya. Hidup mesti diteruskan! Kita mesti ada perancangan yang rapi dan mula strategi yang baik supaya bisnes kita akan terus maju ke depan!
Untuk berniaga, mesti kena ada ilmu kan ? Tak ada ilmu, kemungkinan perniagaan kita akan 'mati'. Jom teruskan baca kalau korang nak tahu info penting dalam perniagaan.
Apa itu RichWorks ?
Korang pernah dengar tak mengenai RichWorks? Bagi sesiapa yang tidak tahu , RichWorks International adalah sebuah syarikat multinasional yang merupakan penganjur seminar keusahawan terbesar Asia Tenggara. Kepakaran Richworks International adalah dalam industri Latihan Keusahawanan merangkumi pemasaran, jualan, perakaunan, percukaian, pematuhan, operasi perniagaan, pengurusan sumber manusia dan kepimpinan.
Semenjak ditubuhkan pada 2008, syarikat ini telah mendapat pelbagai pengiktirafan antarabangsa dan memecah rekod dalam menghasilkan paling ramai usahawan Berjaya di Malaysia. Richworks bermula dari permulaan yang sederhana oleh Dr Azizan Osman, Jurulatih Perkembangan Peribadi & Mentor Kejayaan No. 1 Malaysia.
Ini adalah serba sedikit info mengenai Datuk Wira Dr Azizan Osman.
Siapa Datuk Wira Dr Azizan Osman ?
Datuk Wira Dr Azizan Osman merupakan pengasas bagi Richworks International Sdn Bhd. Beliau adalah seorang individu yang memulakan karier hidupnya secara sederhana dan kini diiktiraf sebagai jurulatih bertaraf dunia oleh International Coach Guild (ICG) dalam bidang perniagaan, pemasaran, kepimpinan dan penguasaan potensi diri. Beliau memiliki keupayaan luar biasa yang dapat mempengaruhi perubahan positif seseorang individu untuk menghasilkan kerja terbaik serta menjadi team yang efektif dan luar biasa serta komited membantu usahawan sejak tahun 2008 lagi melalui kelas Dan seminar virtual online. Datuk Wira Dr Azizan Osman telah lama berkecimpung dalam dunia perniagaan dan telah berjaya membantu ramai usahawan menjadi jutawan bermula dari zero.
Sumbangan RichWorks kepada Masyarakat
Jika ada yang tidak tahu, RichWorks sudah pun banyak menyumbang kepada masyarakat. Seperti yang sedia maklum, ramai antara rakyat yang terjejas akibat pandemik sehinggakan ada yang telah pun kehilangan pekerjaan, ada juga yang terpaksa tutup bisnes, tidak dapat berniaga lagi dan bermacam-macam masalah lain. Richworks ada bergabung dengan bangsa usahawan yang lain melalui RichWell untuk mengumpul sumbangan kilat agar dapat membantu keluarga yang terjejas.
RichWorks juga ada memberi bantuan untuk mereka yang ditimpa musibah banjir baru-baru ini. Seperti kita sedia maklum, penghujung tahun lepas, negara kita dilanda musibah banjir di beberapa tempat. Banjir yang sangat luar biasa dan tak terjangka. Ramai yang terkesan. Dan tentulah usahawan yang memiliki bisnes turut tak terlepas juga dengan ujian ni. Bagi meringankan beban mangsa banjir, Richworks telah berjaya mengumpulkan hasil sumbangan dari usahawan bimbingan mereka dan Richworks sendiri sebanyak RM500,000 untuk disalurkan bantuan kepada mangsa banjir.
Bagus sangat ya. Usahawan seperti mereka bukan hanya berniaga untuk fokus kepada keuntungan semata-mata, malah mereka adalah pemangkin kepada pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara, malah menggalas tanggungjawab untuk membangunkan masyarakat dan negara. Hasil daripada tindakan mereka, mampu mewujudkan peluang baru yang boleh diteroka oleh masyarakat amnya.
Program Live Session Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman
Ingat ni! Jangan kita fikir tahun ini, tahun 2022, bisnes semakin kencang dan mudah ya! Apa kata, jom kita beramai-ramai kenalpasti 10 cabaran kritikal perniagaan sekarang bersama dengan Mentor Usahawan , Datuk Wira Dr Azizan Osman yang ada berkongsikan perspektif tentang 10 cabaran bisnes, selepas pandemik dan 2022 ini dalam Live Session di saluran Telegram Azizan Osman Official, pada Ahad ini, pukul 8 pagi.
Antara perkongsian yang Dr Azizan kongsikan pagi tadi adalah :
"Banyak perkara saya kaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi. Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini. Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini."
Dr Azizan menyatakan bahawa beliau berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina bahawa memang banyak syarikat sedang tutup atau dah lingkup. Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak apa perlu dibuat, selain tak pandai soal pemasaran.
Dr Azizan juga menyatakan beliau sendiri sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak susah bila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini? Buat pertama kalinya Dr Azizan sendiri tidak tahu memberikan jawapan apa. Tetapi beliau sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan ‘mati’! Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dengan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini. Kalau kekal dengan usaha normal, anda akan mati dan jika kekal kecil anda akan pupus.
Dr Azizan ada juga menyatakan sebagai Titanium di bawah bimbingannya, tak bersyukur jika anda tak buat betul-betul untuk berkembang. Sedangkan ada sebahagian Titan yang sangat agresif, berjuang betul-betul untuk berkembang dan kekalkan momentum.
Dr Azizan berkata, "Saya ulang, pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli. Kalau anda lagi slow dari pasaran maka tunggu saja untuk ‘mati’. Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi. Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat?"
"Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma ‘malas’ nak engage lagi. Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan. Bersama dengan saya Ahad ini, khas buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini."
Pendapat Lyssa Sendiri
Bagi Lyssa, Lyssa sendiri memang akui memang benar apa yang diperkatakan oleh Dr Azizan ini. Lyssa tahu, Lyssa sendiri seorang peniaga dan sudah mula berniaga sejak 2 tahun ini. Bukan mudah untuk berniaga di zaman yang mencabar ni. Kita semua perlu sedar dan sepatutnya perlu ada perancangan dan mulakan strategi yang bersesuaian mengikut era zaman ini. Lyssa tak nak, bisnes Lyssa ni "mati" atau "lingkup" macam tu saja. Bukan senang tau, nak mulakan buka bisnes dan mulakan semula. Apatah lagi untuk membangunkan bisnes dan terus maju dalam masa yang singkat. Ilmu sangat penting dan ianya perkara wajib yang perlu ada sebelum memulakan apa-apa bisnes sekalipun.
Walaubagaimanapun, walaupun negara kita sudah hampir 2 tahun terjebak dengan pandemik Covid-19, janganlah kita mudah putus asa dengan apa pun, tambahan lagi kepada usahawan besar mahupun peniaga-peniaga kecil macam Lyssa ni. Tanamkan azam untuk terus maju dalam perniagaan. Apa yang penting, jangan berniaga untuk nak kaya, tetapi berniagalah untuk membantu orang. Tanamkan niat begitu. InsyaAllah :)
Mari Join Beramai-Ramai channel Telegram RichWorks : https://bit.ly/vcdwdao
Terima kasih sudi baca.
1 000 orang Comment Di Sini:
Write 000 orang Comment Di SiniSetuju dengan perkongsian ni! Yang penting niat untuk membuka bisnes tu mestilah ikhlas
sunroof car
hari raya haji
machines
shipping company in malaysia
.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon