Pengalaman Kali Pertama Temuduga SPA - Interview F41 Kerajaan Sektor Awam

 Assalamualaikum....

Hi korang.. Tiba-tiba terpanggil untuk update belog and rasa macam ter-eksaited nak kongsi dekat korang, pengalaman Lyssa temuduga SPA haritu (23/12/2021) . hahaha!


Alhamdulillah, rezeki Lyssa tahun ni, Lyssa dipanggil untuk menghadiri satu sesi Temuduga Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41, di UTC Perak. Sebelum itu, Lyssa ada menduduki peperiksaan atas talian (online exam) pada 3/9/2021. Waktu peperiksaan itu, memang Lyssa study gila-gila jugak lah, sebab memang nak sangat dapat kerja ni. Macam tahun lepas (2020), Lyssa ada juga ambil exam tu, tapi GAGAL! huhu~ Jadinya, untuk tahun ni, Lyssa kerja keras sikit la, jadi itu lah hasilnya.. 16 Sept dapatlah keputusan :

Waktu dapat result tu, bersyukur gila rasanya, akhirnya dapat juga merasa temuduga dengan SPA. Perasaan tu tak tahu nak ungkapkan macam mana. Memang happy sangat-2! Mana tak nya, sebelah kaki dah melangkah ni nak masuk ' pintu kerajaan'. ekeke~

Untuk pengetahuan korang, temuduga ini di bawah MAMPU ya (Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia) di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Kalau tak silap Lyssa, dalam 3 bulan juga la, dapat emel untuk tarikh temuduga tu. 2 Dec 2021 baru dapat email dan di situ, mereka ada nyatakan tarikh, masa dan tempat untuk temuduga.


Alhamdulillah, dah dapat tarikh tu, memang tak fikir apa dah. Terus mula study apa yang patut. Memang banyak juga lah persediaan yang dah Lyssa buat tu. Dengan buat nota nya, dengan tengok youtube nya Tips Temuduga Kerajaan (SPA), dengan masuk group-group yang ada di telegram untuk bersedia dengan temuduga tu. Tanya senior-senior dalam group tu, study soalan yang pernah ditanya pada tahun-tahun sebelum. Macam-macam lagi lah.. Tapi bukan saja persediaan dari zahir tau, persediaan mental pun kena buat juga. Mana tak nya, temuduga SPA ni kan mencabar sikit, dengan persaingannya yang tinggi. Memang kena tau kita buat DUIT ni ( Doa, Usaha. Ikhtiar , Tawakal). Salah satu rahsia kunci kejayaan tu... InsyaAllah~

Kalau korang nak tahu kan, Lyssa kan stay dekat Penang, tapi tempat temuduga tu, Lyssa dapat di Perak. Jadinya, sebagai persediaan awal, Lyssa terus beritahu ayah Lyssa untuk ambil cuti waktu tu, memandangkan ayah Lyssa memang nak cuti dalam bulan 12 ni.. Dah alang-alang waktu tarikh tu (23/12/21) Lyssa punya tarikh interview (plus) tarikh tu juga baru dapat tahu, dah boleh ambil kunci rumah baru di Batu Gajah. Alhamdulillah. Sekali harung je. Memang sangat-sangat lancar urusan waktu tu. Nampakkan ? Macam sudah dirancang dan diatur Allah je semua tu. Alhamdulillah.. Syukur sangat!

Jadi, 22/12/2021 tu, bertolak la kami ke Ipoh Perak. Sampai je Ipoh, terus check-in je hotel yang berdekatan dengan UTC tu. Ye la. Kang jauh-jauh kang, lambat pula nak sampai. Better cari yang dekat, senang je nak bergerak pagi-pagi tu. Tiba di UTC jam 8.30pagi. Memang cun-cun sangat. Masuk je Pusat Temuduga tu, jangan lupa scan MySejahtera, check suhu, tulis nama untuk kehadiran. Lepas tu, jumpa Urusetia, check file yang kita bawa, then ambil nombor. Tunggu je giliran nak masuk. haha ! Mudah sangat!

Kebetulan, waktu Lyssa sampai tu, memang takde orang pun. Sebelum Lyssa, dia sudah ada dalam bilik. Habis je dia keluar, Lyssa terus masuk. Dalam pada itu, terketor juga lah lutut ni, bila tengok panel depan mata. Dalam hati, terfikir-2 betul ke aku tengah nak temuduga ni. Aaaaaa~ Sumpah neves gila!Tapi  waktu tu, Lyssa act macam cool-cool je lah.

TIPS TEMUDUGA SPA

Nak kasi TIPS TEMUDUGA sikit waktu mula-mula nak masuk tu :

1. Ketuk pintu 3 kali. (bunyinya jangan terlalu perlahan, jangan terlalu kuat)
2. Beri salam / Selamat pagi (Dato', Dr. Tuan / Puan) Ikut la panel pangkat apa yang korang dapat). Macam Lyssa, Lyssa dah kaji awal dah, panel Lyssa pangkat Dr. dan Tuan dari MAMPU.
3.Senyum wajib! Jangan lupa untuk senyum even korang pakai Mask sekalipun. Senyum je.
4. Bagi fail temuduga pada panel yang paling hampir dengan pintu.
5. Wajib guna 2 tangan semasa nak hulur fail tu. Tunjuk lah adab korang tu sikit.
6. Jangan duduk selagi panel tak jemput duduk.
7. Lepas duduk, panel akan minta korang buka mask dan face shield.
8. Dah buka, korang senyum.. Tarik nafas dalam-dalam sebelum mulakan sesi interview itu. Duduk dalam keadaan badan tegak. Jangan bersandar! Tangan dua-dua letak atas paha. Jangan nak silang-silang kaki pula ye. Mahu kena reject bila tengok adab korang macam tu.
9. Yang terakhir, apa yang disoal tu jawab la dengan jujur ya. Eye contact pun mesti ada. Bila bercakap, tengok dua-dua mata panel tu. Jangan jadi macam Lyssa, kena tegur sebab tengok atas banyak kali. hahahaha!

Antara soalan yang ditanya oleh panel kepada Lyssa :
1) Perkenalkan diri anda. (latar belakang diri, ikut peringkat dari sekolah menengah sampai degree, aktif sukan atau persatuan apa-apa)
2) Kenapa you nak masuk Gred F41 ni ?
3) Apa sistem yang pernah you buat sebelum ni.
4) Awak sudah graduate 2 tahun kan ? Apa yang awak buat sepanjang 2 tahun tu ?
5) Dengan passion yang you ada, apa sumbangan yang you boleh bagi untuk MAMPU?
6) Awak ada tengok kan sistem-sistem kerajaan ? Apa yang perlu ditambahbaikkan ? (in English)
7) Apa sistem yang sesuai untuk kita buat semasa keadaan sekarang (Masalah Banjir)?
8) Andai katalah, awak terpilih untuk pegang jawatan ni, terkejut tak kalau dapat tahu dan jika awak menteri satu hari nanti,  awak berminat nak masuk dalam kementerian mana?
9) Yang lain banyak sembang-sembang tanya mengenai latar belakang diri dan keluarga.

Jadi, sembang punya sembang dalam bilik tu, lebih kurang 30-40 minit juga Lyssa dalam tu. haha. Alhamdulillah, waktu tu memang lega sangat sebab dapat jawab dengan tenang. Even ada satu dua soalan tu yang Lyssa tak dapat nak jawab. Tapi, tak mengapa. For me, 1-2 soalan tak dapat jawab pun ok dah tu. Memang Lyssa dengan panel dalam tu, banyak jugak gelak-gelak. Tak tahu lah apa yang kami sembangkan sangat tu. hahaha~

Keluar sahaja dari bilik tu, tengok ramai gila dah duduk atas kerusi menunggu giliran masing-masing. Dalam pada tu, lega sangat sebab masa Lyssa datang tu, tak ada orang. Jadi tak de lah rasa menggelabah ke apa kan. wahahhaa~ Jadi, settle dah...

Apa harapan Lyssa ? Lyssa cuma berharap, Lyssa dapat keputusan temuduga nanti dengan pangkal "TAHNIAH! Sukacita dimaklumkan......." Korang yang baca entri Lyssa kalini, tolong ya sama-sama doakan supaya Lyssa dapat berkhidmat demi negara dengan bekerja di sektor awam ni ye. InsyaAllah amiinn ~

Nanti dah dapat keputusan, Lyssa update ye ! Mungkin dalam 1-2 bulan baru dapat keputusannya :)

*UPDATE : Lyssa ada terima email dari SPA untuk dokumen tak lengkap / tak jelas. Dokumen kan semua upload di myResume. Lyssa punya semua lengkap, mungkin ada yang tak jelas sebab lyssa merge kan transkrip semua tu. huhu. Harapnya, ada la sinar harapan.. sebab dengar kata, kalau dapat email atau call dari SPA, peluang cerah.. insyaAllah aminn..~


Terima kasih sudi baca ~

KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

27 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
Anas Fikri
AUTHOR
January 1, 2022 at 8:59 PM delete

Thank you Lyssa for the tips, saya pun sekarang ni baru ja apply SPA, and mana-mana jawatan kosong now dah habis degree.

Btw, saya follow lama sangat blog lyssa, since saya tingkatan 2-3 camtu, around 2010 or 2011. Seingat saya blog ni banyak bagi tips template blog, menu bar and macam2. Haha, lama gila. Now dah 26 tahun dah saya.

avatar
January 2, 2022 at 1:48 PM delete

@Anas Fikri
wahh.. lama dah tu follow blog lyssa ni ye, ye laa zaman2 2010-2011 mcm tu memang aktif berbelog ye dakk. heheh..

apa2 pun goodluck la nanti kalau dapat iv mana2..
Lyssa pun tk tau lagi nasib lyssa ni dapatt ke tidak . hee~

avatar
Unknown
AUTHOR
January 30, 2022 at 10:41 PM delete

Dekat mana nak tengok org penemuduga kita ek

avatar
January 31, 2022 at 12:51 AM delete

@Unknown
dekat email ada tulis kod kan.. biasanya.. kod tu, kita boleh rujuk no. pada web SPA (Ahli Suruhanjaya). Macam saya, dapat kod 08. Panel yg temuduga saya, memang sama dgn kod urutan nombor dalam web SPA tu.. Tapi, ada juga yg tak dapat yg sama, mungkin panel tu tak dapat hadir..

avatar
anith
AUTHOR
February 4, 2022 at 12:07 PM delete

memang betul, kalau SPA call untuk dapatkan dokumen terkini atau resume terkini, samada dapat lantikan tetap ataupun calon simpanan.

avatar
anith
AUTHOR
February 4, 2022 at 12:08 PM delete

memang betul, kalau SPA call untuk dapatkan dokumen terkini atau resume terkini, samada dapat lantikan tetap ataupun calon simpanan.

avatar
Nurul
AUTHOR
February 7, 2022 at 10:41 AM delete

Salam lyssa. Nak tanya boleh masa upload transkrip dlm My Resume, Lyssa merge kan jpg transkrip tu ker? Atau upload satu2.Tq lyssa.

avatar
Anonymous
AUTHOR
February 7, 2022 at 10:52 AM delete

Salam Lyssa. nak tanya boleh, untuk transkrip lyssa upload dekat MyResume lyssa merge kan dalam satu jpg atau lyssa upload satu2. Tq lyssa.

avatar
February 7, 2022 at 12:00 PM delete

@Nurul
wslm.. ohh... Lyssa merge kan transkrip jadi 1 file.

avatar
nanzannie
AUTHOR
February 11, 2022 at 9:17 AM delete

Salam Lyssa, penemuduga tu jenis yang provoke soalan ke?

avatar
February 11, 2022 at 6:01 PM delete

@nanzanniewslm... bagi lyssa penemuduga tu okay.. bkn jenis provoke soalan ^^

avatar
March 4, 2022 at 8:50 AM delete This comment has been removed by the author.
avatar
dean ahmad
AUTHOR
March 30, 2022 at 4:37 PM delete

Assalamualaikum, Keputusan dah keluar kan? dapat x? btw, thanks for the tips. Sangat hargai :))

avatar
March 30, 2022 at 6:48 PM delete

@dean ahmad Waalaikummussalam. nanti saya update di blog ye. Terima kasih sebab sudi tnya di sini :)

avatar
dean ahmad
AUTHOR
March 30, 2022 at 8:42 PM delete

Wah, macam berita baik Tu. Alhamdulillah, Tahniah awak :)

avatar
March 31, 2022 at 6:32 PM delete

@dean ahmadTerima kasih. :) ALhamdulillah~

avatar
Anonymous
AUTHOR
April 3, 2022 at 9:41 PM delete

Result baru je kluar kn? Tahniah..kalau boleh bagi la hint skit..suka atau dukacita

avatar
Hermione
AUTHOR
July 14, 2022 at 8:27 PM delete

tahniah kak. saya pun first time pegi interview haritu, ya ALLAH nervousnya. Semoga berjaya kak.

avatar
Fazz
AUTHOR
September 20, 2022 at 3:47 PM delete

tahniah kak.. selamat maju jaya.. saya penah juga mohon tp belum ade rezki.. terima kasih atas perkongsian akak..

saya ada bace tips pemakaian utk interview, kebiasaannya memakai baju kurung. Tudung samada shawl atau bawal satin printed , asalkan nampak kemas .

avatar
Unknown
AUTHOR
October 18, 2022 at 4:48 PM delete

Hi sis, macam mana result interview sis? Sy pun baru lepas exam psikometrik, 2 sesi exam utk 2 jwtn.. Doakan sy lulus mcm sis
dan dpt intv ☺️

avatar
Khairul
AUTHOR
February 9, 2023 at 11:11 PM delete

Perkongsian yg bermanfaat.

avatar
SULETOTO
AUTHOR
October 29, 2023 at 3:08 PM delete

semoga anda sukses selalu, dan saling berbagi ilmu.

bandar togel terpercaya
agen slot online

avatar
September 12, 2024 at 8:41 PM delete

Betullah tu kena ada ilmu untuk lebih berjaya

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon