Bermalam di Hotel Avillion Cameron Highland

Assalamualaikum..

Uit.. Ada ke yang sudi baca entri Lyssa ni ? hihi . Ok lah.. ok lah.. Tak ada yang baca pun tak apa. Dah habis karang satu entri ni nanti, biar Lyssa sorang je lah yang godek baca balik nanti. HAHA! Sebenarnya, dah lama dah Lyssa nak taip entri ni. Memandangkan sekarang ni kan cuti sekolah, dan ramai yang plan nak pergi bercuti dan mungkin ada yang sedang bercuti pun sekarang ni kan. hihi!

Bulan lepas, kalau tak silap Lyssa 14 Oktober 2019 kot, Lyssa ada pergi bercuti dengan keluarga Lyssa di Cameron Highland. hahaha! Tak habis-habis lagi Lyssa ni dengan Cameron Highland kan ?

Ingat lagi tak, entri ini : Tak Pernah Jemu Jejak Kaki Di Sini

Ye. Sebenarnya banyak kali dah pergi merehatkan minda kat Cameron tu. Sebab bagi Lyssa, tempat tu sangat tenang...dengan kehijauan pokok di sekeliling. Cuaca yang sejuk, even tak sesejuk dulu... Tapi still ada rasa sejuk tu lagi. haha! Dan Lyssa kembali lagi jejakkan kaki ke situ.

Macam entri sebelum ini, Lyssa bermalam di Brinchang kat Hotel Rosa Passadena. Untuk percutian kali ini, kami sekeluarga memilih untuk bermalam di Tanah Rata pula, iaitu di Avillion Hotel Cameron Highland. Sebenarnya, kami tak ada plan awal pun nak bercuti ke sini. Alang-alang Lyssa pun baru habis konvokesyen haritu, esoknya terus la naik Cameron. Sampai je sana, tercari-cari juga lah hotel mana nak stay kan. Macam biasa lah, Lyssa memang selalu ditugaskan untuk cari hotel. hahaha! 

Then, cari punya cari ada la dalam dua tiga hotel area Tanah Rata yang menarik perhatian Lyssa!
Masa tengah meng-google tu, kebetulan pula tengah makan dekat satu restoran ni, sempat pula la tanya orang yang berniaga kat situ, hotel yang berdekatan kat situ. Katanya Avillion ni ok. So, dengan eksaitednya, Lyssa pun ajak lah abah Lyssa pergi ke hotel tu. Ok! Ni part paling lawak! Lyssa buka waze untuk cari hotel tu. Waze tunjuk, kami dah sampai di destinasi, tapi kami dok la pusing-pusing keliling bangunan tu! hahahah. Sumpah tak nampak langsung mana pintu nak masuk Hotel Avillion ni. Dua tiga kali juga la pusing. Lepas tu Lyssa ternampak macam ada signboard Welcome to Avillion. Err. Tapi macam pelik sebab di macam betul-betul di bahagian bawah, dan memang banyak gila kedai kt situ. Aku macam..."biaq betul Avillion macam ni? Kata 4 bintang. Tapi ? errrr"

Lepas tu, nasib baik la ada orang jaga kat bawah tu, kami tanya la Lobby Avillion kat mana. Dia kata, "kat atas Encik... Tingkat 3" ! kahkahkah. Sumpah kelakar, Lyssa pula tak research betul2.. Mana nak tahu lobby kat atas .. hahaha. Then, kami pun parking dekat situ, and bawa barang-barang naik atas. Eyyhh , kami walk-in je tau. Tak booking apa langsung. Main redah jerrr... 

Then minta la bilik yang ada katil queen 1 and single 1. Ataupun 2 single pun dah oke.. Then dia kata, tak ada bilik yang kosong. Ahh sudaahhhh ~! Baru berangan nak bilik Superior Studio sebab tengok kat google macam cantik jaa. Sesuai lah kami 3 beranak kan... Ok then. Macam mana ntah, diorang offer ada bilik ni, 2 bedroom suite. K fine... Lyssa dengan confident nya "YES" kan saja... Lyssa tak bayang pun, bilik tu ada dua bilik. Yang Lyssa bayangkan ada 2 katil. hahahahah... Ok . Tak pe. Kita stop kat situ... Dah ambil kunci and terus naik ke bilik.

Buka je pintu bilik tu, Lyssa ternganga, terlopong, terkejut, or tereksaited ke apa Lyssa pun tak tahu, bila tengok dalam bilik tu.. ada lagi 2 bilik! Ohmaigodd! Aku tersalah dengar lah tadi tu.. 2 BEDROOM! bukan 2 BED !!! hahaha. Sumpah kelakar weh.. 3 orang kami. Mama...  Abah... Aku... nak duduk dalam bilik yang ada bilik ? Besar gila pulak tu ruang dia... Ini memang betul2 bercuti ni aku rasa.... haha... Padahal, kami menginap kat situ 1 malam je pun... haha! Patot la harga hampir RM500 / malam .. hahaha...

Meh la sini Lyssa tunjuk gambar bilik kat Hotel Avillion ni...













Features yang ada :
  • 1 king bed & 2 single beds
  • 2 Bilik 
  • 2 Bilik mandi
  • Balkoni
  • Dapur kecil
  • Kipas
  • Peti Ais
  • Cermin (yang ni memang banyak.Merata sudut ada!) Sesuai dengan Lyssa yang 'hantu cermin'!
  • Tuala
  • Toiletries
  • Telefon
  • TV (flat screen) 
  • Safebox
  • Sofa
  • Meja
  • Meja makan
  • Coffee/Tea maker
  • Iron + iron board


So, apa pendapat korang? Terlalu besar bagi kami 3 beranak yang kecil kecil cili padi ni, atau "normal ah tu"... hahaha! Bila tengok bilik tu, macam boleh muat dalam 2 family kecil gituu... sebab kat bahagian ruang tamu pun ada katil kecil. Sofa pun besar.. Selesa sangat lah kalau nak tidur situ... Bilik air ada dua... Katil king 1, katil single ada 2.. Last-last. Lyssa duduk tidur sebilik dengan mama. And abah Lyssa tidur kat sofa sebab abah nak tengok TV. hah. Kan dah membazir 1 bilik.... Tak guna pun 1 bilik tu.... hahahha.. My fault lah sebab salah dengar ! :D haha...

Tapi tak apa... ini kira macam pengajaran la untuk akan datang. So, lepas ni... tak payah nak ulang kesilapan yang sama, and bukak telinga tu luas2 apa orang tu cakap. Jangan main serbu jeee... hahahahah.... By the way percutian ni memang best dan sangat tenang... Rasa macam nak duduk kat  hotel tu je.. tak nak keluar. haha ..

Lagipun best environment kat situ... Kat bawah hotel ada banyak gilaaaa kedai.. Old Town ada.. banyak restoran kat bawah.. Guardian ada, MyNews ada, kedai runcit ada.. Bank ada. So tak worry sangat lah kalau lapar ke apa tengah malam kan... hhihihi...

So, itu lah pengalaman Lyssa bermalam di Avillion Hotel Cameron Highland , Tanah Rata :) Lyssa nak kasi 8/10 bintang !!!! hee~

Jangan lupa baca entri Lyssa jalan-jalan kat kawasan Tanah Rata ni ye ;)

Entri ini : Bercuti di Cameron Highland bersama Family (*eh, belum update lagi! Nanti singgah lagi tau baca entri yang ni pulak!) hehe~


TerimaKasihSudiBaca :)

KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

7 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
LoveBird
AUTHOR
November 29, 2019 at 5:48 PM delete

Thank you for the information! Dah lama tak visit blog lyssa, dulu saya memang peminat lyssa masa zaman blog lagi :) Visit me also everyone <3

avatar
Anis
AUTHOR
February 27, 2020 at 9:43 AM delete

Thanks for sharing dear

avatar
Daniel
AUTHOR
March 30, 2020 at 9:51 AM delete

T Q atas perkongsian...Sangat bermanafaat

avatar
Azrul Yahya
AUTHOR
May 17, 2020 at 7:15 AM delete

cantik sangat tempat tue. tapi malangnya sekarang tak boleh nak pegi..

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon