Review | My Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Assalamualaikum...

Hi korang.. Eh, kejap nak tanya ni. Sebelum ni, korang ada pernah terbaca entri Lyssa mengenai Cetaphil kan ? Yah ! Sekarang, Lyssa nak story kat korang perjalanan Lyssa sepanjang menggunakan produk daripada Cetaphil. Tapi, sekarang ni Lyssa memang 100% nak fokuskan kepada Cetaphil Gentle Skin Cleanser.




Lyssa pasti, ramai antara pembaca blog Lyssa ni, mesti pernah dengar kan dengan produk jenama CETAPHIL. Pergi je lah mana-mana farmasi, mesti akan ternampak dan terjumpa dengan produk Cetaphil ni. Yer ! Semua produk Cetaphil memang sangat disyorkan kepada semua orang yang ada masalah kulit tak kira lah, masalah kulit kering, berminyak, gatal-gatal, sunburn dan sebagainya sebab ianya telah mendapat kepercayaan sepenuhnya dari dermatologists.

Ok! Bagi produk Cetaphil Gentle Skin Cleanser, untuk entri kali ini, apa yang Lyssa nak bagitau korang ni, adalah pengalaman Lyssa sepanjang menggunakannya. Kali ni, Lyssa dah cuba hampir 2 ke 3 minggu dengan produk ni. Alhamdulillah, hari demi hari, Lyssa dah makin nampak perubahan yang ada pada kulit Lyssa ni.


Lyssa tahu, Cetaphil Gentle Skin Cleanser ini adalah satu produk yang sememangnya bagus daripada dulu sehinggalah sekarang. Nak dijadikan cerita, baru-baru ni, dalam bulan lepas, Lyssa ada sertai satu aktiviti lasak di luar yang melibatkan Lyssa untuk berada di cuaca yang panas. Makin lama, Lyssa tengok kondisi kulit Lyssa agak kurang baik. Makin kering, kusam dan sedikit berminyak. Kawan-kawan Lyssa pun perasan benda yang sama. Sampailah satu hari tu, ada kawan Lyssa yang syorkan dan suruh cuba produk Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni. Baru Lyssa teringat, ramai yang cakap, produk ni memang bagus dan sangat sesuai dengan orang yang ada masalah kulit kering dan sebagainya. Lyssa pun dengan 'gelojohnya' nak cuba pakai balik produk ni! Sebab Lyssa tahu keberkesanannya memang bagus sebabnya dah pernah guna sebelum ni..

Punyalah eksaited nak guna sebab dah tak tahan nak tengok kulit muka yang makin hari makin kering. Bukan setakat muka je, seluruh badan, termasuk kaki dan tangan Lyssa pun kering. Lyssa pun cubalah satu hari tu.. Rasa macam tak boleh nak 'move on' dengan tekstur cleanser ni. Ok. Cuba korang perhatikan gambar di bawah ni. Nampakkan, tekstur cleanser ni ?


Haaa. Begitu lah rupa Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni. Tekstur dia nampak lembut dan tak berbuih. Memang best sangat bila disapukan dimuka dan seluruh badan. Bila dah bilas, muka dan seluruh badan automatik terus jadi lembut! Tak nak la cakap banyak, korang patut cuba sendiri ! hehe..

Untuk pengetahuan korang semua, survey dari Home Testers Club Malaysia 2018 menunjukkan 99% wanita bersetuju Cetaphil Gentle Skin Cleanser membersih dengan lembut sambil melembapkan kulit tanpa mengikis lapisan pelindung semulajadi kulit.

Banyak sangat manfaat yang boleh dapat kalau korang guna  Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni. Lyssa dah pernah guna, dan sekarang Lyssa nak syorkan pula kepada semua pembaca blog Lyssa untuk cuba guna juga  Cetaphil Gentle Skin Cleanser ini dan kenapa Lyssa memilih  Cetaphil Gentle Skin Cleanser ini adalah disebabkan :

1) Tidak berbuih ( produk yang berbuih akan menyebakan kulit kita jadi semakin kering)
2) Tidak berbau ( tidak akan mengganggu kulit)
3) pH yang seimbang
4) Secara klinikal terbukti tidak mengganggu kulit
5) Disyorkan oleh dermatologist
6) Tidak mengikis penghalang semulajadi kulit, menjadikan kulit lembap dan dilindungi
7) Sesuai untuk semua jenis kulit


Disebabkan perkara-perkara di atas ini lah, Lyssa bercadang untuk terus menggunakan produk Cetaphil Gentle Skin Cleanser ini. Lyssa nak kekalkan kulit yang sihat dan cantik. Bila kulit dah cantik, nak make up pun senang. Lagi cantik la makeup kita nanti, bila kulit dah sihat. Betul tak ? hihi.


Lagi pun, lifestyle Lyssa sekarang ni, nak pergi ke mana-mana pun mesti nak makeup. Kadang tu ada photoshoot lah, nak kena kerja luar. Bila adanya Cetaphil Gentle Skin Cleanser, Lyssa dah tak perlu risau lagi. Sekarang ni, dah jadi rutin harian Lyssa untuk pakai cleanser ini walau di mana sahaja Lyssa berada. hee ~ Thank you Cetaphil !! <3

Kalau nak cuba, boleh dapat dari farmasi ataupun online di Shopee dan Lazada.



Terima Kasih Sudi Baca xD
KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

16 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
Julia Johari
AUTHOR
March 25, 2019 at 12:38 PM delete

Akak pun baru guna beberapa bulan Cetaphil sbb kulit dibadan sensitif...so far so good.

avatar
March 25, 2019 at 6:17 PM delete

Selalu nmpk org review tapi tak pernah cuba lagi cuma kulit kte jenis berminyak n jerawat2 halus

avatar
Nurul
AUTHOR
March 26, 2019 at 9:54 AM delete

memang produk nie bagus, bagus jugak akak rekomen kan..

avatar
March 26, 2019 at 3:27 PM delete

Apakah harga produk ini. Bolehkah saya memesan secara online dengan menggunakan shopee promo code

avatar
Aiman Salleh
AUTHOR
March 26, 2019 at 11:23 PM delete

Dah dekat dua tahun pakai ni. satu botol yg 500ml boleh tahan lebih dari satu sem(lebih kurangg 6 bulan).

avatar
ayinadinda
AUTHOR
March 27, 2019 at 11:00 AM delete

i pun guna ni best ...muka pun x berminyak coz sebeluum ni muka sensitif ..sesuai utk muka sensitif

avatar
dalisha
AUTHOR
March 27, 2019 at 1:56 PM delete

sy pun guna :-) best

avatar
Ana Fatihah
AUTHOR
April 10, 2019 at 11:03 PM delete

Sekarang pun tengah pakai Cetaphil. Rasa macam positif jugak,cuma terasa nak bertukar angin pulak lepasni. Hehe

avatar
encikhafiz
AUTHOR
April 22, 2019 at 9:13 AM delete

blogwalking di pagi isnin, selamat pagi admin

avatar
April 23, 2019 at 9:59 AM delete

@Julia Johari kan.. Lyssa pun sukaa pakai Cetaphil ni.. hiih :D

avatar
April 23, 2019 at 9:59 AM delete

@Nurul hee, pengguna setia cetaphil juga ke ? hihi

avatar
April 23, 2019 at 10:00 AM delete

@My Wonderland betul tuu.. memang produk cetaphil ni, sgt sesuai dgn kulit yg sensitif..

avatar
ain
AUTHOR
May 9, 2019 at 3:37 PM delete

Hi Admin! Tumpang iklan jap ya. KUALITI YANG MEMUKAU MATA ANDA DARI Al Aqsa Carpets. Boleh klik link bawah untuk lihat perbezaan Tikar Getah Al Aqsa yang susah koyak dan tahan lasak dengan yang adaa di pasaran.
Tak percaya, jum tengok video ini!

https://www.youtube.com/watch?v=gIebXZiZ3NA

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon