Assalamualaikum.
Hi korang semua.. Sihat ke idok ? hehe. Alhamdulillah, Lyssa pun sihat juga. Tapi sekarang ni, bosan dok rumah je sebab baru je lepas habis praktikal. So, berblog sahaja lah kerja kita ye. hihi. Ok ! Ok ! Korang, Lyssa nak story something kat korang ni. Baru-baru ni kan, Lyssa ada cuba satu produk minuman ni tau. Korang ada pernah dengar tak dengan Surya Chlorophyll ? Apa dia ? Tak pernah ? Serius ahh ! Haaa.. Ok takpe. Kalau siapa yang tak pernah dengar tu, meh sini Lyssa cerita apa itu Surya Chlorophyll.
Apa itu Surya Chlorophyll ?
Surya Chlorophyll adalah minuman campuran botani yang didatangi dengan dua perisa iaitu Laici dan juga Peach. Minuman ini merupakan perisa baru yang tiada bahan pengawet dan juga telah disahkan sijil Halal/GMP/HACPP/BioNexus. Surya Chlorophyll ini diekstrak daripada daun Mulberi yang dikenal bebas dari racun perosak. Daun Mulberi putih dipilih kerana ia adalah sumber yang kaya dengan klorofil, nutrient ia lebih stabil dan mudah diserap oleh badan. Chlorophyll ini juga merupakan alkali semujadi, sangat sesuai untuk pembersihan dalaman yang akan menolong kulit kita jadi lebih cerah, sihat dan bebas daripada jerawat.Selain itu, untuk pengetahuan korang, klorofil adalah PIGMEN yang dijadikan daripada tumbuhan hijau.
Bagi yang tak tahu apa itu klorofil, KLOROFIL adalah kelompok pigmen fotosintesis yang terdapat dalam tumbuhan, menyerap cahaya merah, biru dan ungu, serta merefleksikan cahaya hijau yang menyebabkan tumbuhan memperoleh ciri warnanya. Terdapat dalam kloroplas dan memanfaatkan cahaya yang diserap sebagai energi untuk reaksi-reaksi cahaya dalam proses fotosintesis.
Apakah Kandungan atau Bahan Surya Chlorophyll ?
Air, Laici/Peach, Epal dan Klorofil dan juga mempunyai bahan pengawet yang dibenarkan.
Apakah Kebaikan atau Manfaat Surya Chlorophyll ?
1) Antioksidan yang tinggi - Membantu meneutralkan toksin dalam darah kita.
2) Purify 'darah' (Meningkatkan hemogoblin & sel darah merah).
3) Membantu meningkatkan kesihatan kulit yang lebih baik- Baik untuk kulit jerawat & kusam.
4) Deodarant semulajadi - Membantu mengatasi masalah mulut berbau/badan berbau.
5) Baik untuk detox hati.
6) Membantu mengawal selera makan dan masalah penghadaman.
7) Salah satu superfood yang kaya dengan multivitamin dan mineral.
Siapa Yang Patut Minum Surya Chlorophyll ?
- Penggemar kecantikan
- Orang yang mencari penyelesaian masalah kulit semualajadi
- Individu yang ada masalah jerawat
- Individu yang kurang makan sayur
- Individu yang ada masalah bau badan dan bau nafas
- Sesuai untuk kanak-kanak 4 tahun dan ke atas
Cara Pengambilan Surya Chlorophyll
Caranya mudah sahaja !
1) Campurkan 25ml minuman ini dengan 125ml air suam atau air masak biasa.
2) Kacau dan minum begitu sahaja.
Mudah kan ? Haaa ! Kalau tak faham, jom tengok VIDEO LYSSA kat bawah ni :
Testimoni Daripada Lyssa Sendiri
Sejujurnya Lyssa cakap, Lyssa memang suka dengan Minuman Surya Chlorophyll berperisa Laici ini. Sangat mudah dibancuh dan minum! Hanya campurkan dengan air masak dan terus minum. Mudah! Lagipun, tak tahu la pembaca Lyssa ni tahu ke tak, yang Lyssa ni sejenis yang tak berapa nak makan sayur. Kalau order makanan kat kedai pun, mesti akan cakap, "Sayur tak nak ye"... haaa, nampak sangat minuman ni sangat sesuai dengan Lyssa kan ? hihi ! Lyssa tahu, ramai pembaca blog Lyssa ni juga tak berapa sangat gemar dengan sayur kan ? haha ! Boleh cuba Surya Chlorophyll, confirm tak menyesal ! Dia rasa macam nak kata manis, tak manis sangat, nak kata tawar, tak berapa nak tawar sangat. Ok ok je ! Kena lah dengan tekak Lyssa. Serius! Memang akan ada juga rasa Laici tu. Nanti dan habis nanti yang ini, Lyssa nak repeat lagi yang perisa Peach pulak ! Tak sabarnyaa ! agagahahahaahha.... *gelak jahat!*
Kat Mana Nak Beli Surya Chlorophyll ?
Ok, bagi sesiapa yang nak beli dan nak cuba Surya Chlorophyll ni, korang boleh dapatinya di Watsons atau pun, kalau nak beli online, boleh beli dia www.mynaturaloption.com. Kalau macam Lyssa, Lyssa lebih senang beli kat Watsons, sebab memang selalu pergi Watsons. So alang-alang, terus je beli kat situ. Harga dia tak sampai RM50 pun. Sangat recommended ok!
Untuk maklumat lanjut, boleh terus ke :
Facebook : facebook.com/Surya.Malaysia
Instagram : instagram.com/Surya.Malaysia
#RasaSayang #KulitBerseri #SuryaMalaysia
Terima Kasih Sudi Baca :)
4 000 orang Comment Di Sini
Write 000 orang Comment Di SiniAkak pun dah beli yg laici,hopefully leh hilang lah jerawat ni hehe
Iolss beli yang Lychee dah!! Best!!
Thanks for providing such a great Information, you can see
Kalau masa haid boleh minum tak ?
.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon