Mampukah Countertop Dapur Anda Berdepan Ujian Memasak di Malaysia?

Apakah perkara terpenting semasa memilih countertop dapur?

Ya, countertop dapur mesti tahan lama dan menarik. Tetapi, apa yang paling penting adalah ia mesti mampu bertahan dengan cabaran bahan masakan Malaysia seperti serbuk kunyit, minyak sapi dan kicap.

Sebab itutlah pemilihan countertop dapur anda amat penting. Memilih bahan terbaik bermaksud memerhatikan bagaimana anda menggunakan dapur anda. Adakah anda meletakkan kuali panas terus di atas kaunter? Atau anda menggunakan lesung dan alu untuk menumbuk sambal?

Bila maklumat sudah dalam genggaman, jadi bolehlah anda memendekkan senarai bahan-bahan countertop dapur anda seperti berikut:


Marmar

Di sisi bahan-bahan batu asli yang lain, marmar terkenal kerana ia tahan haus dan lusuh. Bahan klasik ini juga kalis panas dan didatangkan dalam pelbagai tekstur dan tona.

Walaubagaimanapun, ia merupakan pilihan yang mahal. Marmar mesti direkatkan semasa pemasangan dan direkatkan semula secara berkala dari semasa ke semasa. Ini kerana ia berliang atau menyerap air. Jadi, ia boleh menimbulkan masalah.


Countertop dapur marmar dari marblegranitemalaysia.com


Kuarza


Kuarza terhasil daripada kombinasi mineral, resin, dan warna yang mencipta tekstur batu semulajadi yang bertenaga. Ia hadir dalam pelbagai ira, tekstur, warna dan tona seragam. Tidak seperti batu, campuran bahan ini tidak memerlukan rekatan atau penyelenggaraan yang kerap. Malah, ia tahan calar, kotoran dan kepanasan. Tapi, harga kuarza juga tinggi. Bucunya yang tajam pula perlukan perhatian pakar bilamana berlaku kerosakan.

Countertop kuarza gelap dengan tambahan percikan marmar  Sumber dari Jessstone.com.my


Granit


Seperti batu dan kuarza, granit juga kalis kerosakan. Kerosakan di dapur biasanya berpunca daripada pisau atau kepanasan. Tapi, sebagaimana kuarza, sisi granit juga mudah rosak sehingga terpaksa mendapat jagaan pakar.

Namun, ia amat dikenali kerana tekstur dan coraknya yang unik dengan pilihan permukaan berkilat atau pusam. Ini menjadikan granit tahan kepada kesan kotoran. Lebih unik warnanya, maka lebih tinggilah kosnya. Dan, sepertimana batu, granit juga perlu direkatkan semula dari semasa ke semasa.


Countertop granit. Sumber: hudsonvalleylighting.com


Permukaan Padu


Countertop dengan permukaan padu menyerupai tekstur dan warna batu, kaca serta bahan-bahan konkrit. Ia kurang penyelenggaraan, sekaligus membantu mengurangkan kos anda. Walaupun begitu, ia kekal dengan ciri tahan haba dan air yang boleh merosakkan batu. Ia juga lebih mudah untuk dibersihkan dan tidak cepat lusuh. Permukaan padu boleh tercalar dan terbakar tapi boleh diperbaiki hanya dengan sedikit penjagaan istimewa.


Countertop padu. Sumber: meridianinspiration


Konkrit

Rupa semulajadi dan pelbagai potensi warna atau arca sebenarnya merupakan ciri konkrit yang mampu menyatukan elemen di dapur. Lebih-lebih lagi jika berada di samping kayu dan batu. Bahan tahan lama ini mampu menahan kerosakan yang berpunca daripada haba dan kotoran. Jadi, berbaloilah ia dengan perekatan berkala dan penyelenggaraannya.

Tapi, saiz konkrit yang agak berat menyebabkan lebih perhatian diperlukan semasa proses rekaan dan pemasangannya. Ini kerana konkrit dengan mudah dirosakkan oleh cecair-cecair berasid tinggi.


Countertop konkrit. Sumber: Pinterest

Jubin

Sebagai bahan countertop, jubin seramik merupakan kawan baik si tuan rumah. Bukan sahaja ia mengurangkan kos,malah ia juga lebih mesra dalam projek DIY anda. Kaya dengan saiz, bentuk, warna dan tekstur menjadikan ia senang digayakan dengan apa jua rekaan. Cuma, jubin agak mudah rosak. Jubin memerlukan pembersihan rutin untuk mengelakkan kulapuk dan kotoran. Namun begitu, jubin ada kelebihan iaitu ia tahan daripada kelembapan, haba, calar , dan kotoran.


Countertop jubin. Sumber: Pinterest


Kayu


Di antara bahan-bahan semulajadi yang ada, kayu menyerlah sebagai bahan yang menambah kehangatan di mana jua ruang dapur. Ia agak bagus menentang masalah haus dan lusuh, kesan daripada cincangan, tetakan, dan potongan. Malah, kelusuhannya menghasilkan kesan yang menawan. Blok keratan, misalnya, menjadi tapak yang hebat sebagai kawasan kerja walaupun bidur berhias juga boleh digunakan.

Walau bagaimanapun, kayu memerlukan penyelenggaraan dan rekatan yang mesra makanan memandangkan ia boleh rosak akibat air, haba, kotoran dan bahan-bahan kimia serta berasid yang biasa.


Countertop kayu. Sumber: Pinterest


Laminat


Seiring dengan perkembangan teknologi, laminat muncul tidak kurang popular kerana ia hadir dalam pelbagai warna dan tekstur. Dengan keupayaannya menyerupai bahan-bahan yang lain, laminat memerlukan papan lapis berpartikel di dalam lapisan nipis resin plastik. Ini menjadikan laminat sebagai bahan countertop yang tidak mahal, selain tahan lama dan agak mudah dijaga. Tapi, hati-hati dengan kerosakan akibat pan panas dan calar yang dalam kerana tiada cara mampu memperbaikinya. Tambahan pula, hanya sinki mangkuk yang sesuai digunakan dengan bahan ini kerana ciri-ciri binaannya.


Countertop laminat, diwarnakan menyerupai kayu. Sumber: sarahsarna.com


Keluli tahan karat


Ada sebab mengapa restoran menggunakan keluli tahan karat di dapur mereka. Bahan ini hampir tidak dapat dimusnahkan. Ia mampu berdepan kegiatan gila-gila yang sering berlaku di mana-mana dapur komersil. Ia mudah dibersihkan memandangkan apa jua tumpahan tidak akan menembusi permukaan yang boleh membawa kepada bakteria. Namun, selepas beberapa lama, permukaan berkilat itu akan mulai kusam dan tercalar. Ia juga hadir dalam satu warna sahaja.


Countertop keluli tahan karat. Sumber: bobvila.com


Perlu pakar pengubahsuaian dapur untuk memberikan sebut harga?


Memilih countertop dapur yang baik sebenarnya berakar daripada pengetahuan mengenai keperluan ruang dapur anda. Tidak dapat dinafikan bahawa ada bahan di luar sana yang terbaik untuk anda dan seisi rumah anda. Cuma, anda perlu membuat pertimbangan dengan cermat bagi memilih bahan terbaik bagi rumah anda.

Jika anda perlu seorang pakar pengubahsuaian dapur, layarilah Recommend.my. Anda hanya perlu kongsikan maklumat ringkas tentang perkhidmatan yang anda perlukan melalui online request form, dan nantikan maklum balas serta sebut harga percuma dalam tempoh beberapa jam sahaja. 

KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

10 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
Sheila Adziz
AUTHOR
January 27, 2018 at 1:18 PM delete

hasih... cantik2... cuma sediakan duit ja... hehe

avatar
Hans Hanis
AUTHOR
January 27, 2018 at 3:32 PM delete

wahhh
seronok pula baca
sebelum nih tak terfikir pula komponen dapur dan kesesuaiannya
kiranya masing-masing ada kelebihan dan kekurangan
thanks sangat2 for this entry
tambah ilmu saya

avatar
Juls Julie80
AUTHOR
January 28, 2018 at 3:13 AM delete

cantikk dah buat dapur guna tiles jer sbb paling murah dan jimatttttttttttt... yang penting...buat ikut kemampuan poket kita...janji selesa nak masak2 kat dapur.ekekeke

avatar
fae
AUTHOR
January 28, 2018 at 9:10 AM delete

alamak .. kenapa cantik sangat ?! nampak mewah jaa.. visit https://www.ketamkecil.com/cara-atasi-cepat-penat-dan-mengantuk-untuk-ibu-yang-sibuk-bekerja/ for infos mnarik

avatar
DE SOPHEA
AUTHOR
January 29, 2018 at 9:13 PM delete

mmg cantik... kalau macam ni siap boleh tido dekat dapur lagi :)

avatar
faeza
AUTHOR
February 5, 2018 at 7:21 PM delete

cantik ! nampak kemas je dapur ... blogwalking @ https://www.ketamkecil.com/cara-atasi-cepat-penat-dan-mengantuk-untuk-ibu-yang-sibuk-bekerja/

avatar
faeza
AUTHOR
February 5, 2018 at 7:25 PM delete

wahhhhh .. kemas jadi dapur .. visit https://www.ketamkecil.com/cara-atasi-cepat-penat-dan-mengantuk-untuk-ibu-yang-sibuk-bekerja/

avatar
Unknown
AUTHOR
February 9, 2018 at 6:24 PM delete

cantik betul pandai betul diaorang buat ingat satu hari nanti nak buat dapur macam ni.
Lawati juga laman cari jodoh paling terkini ianya percuma: klik disini
https://www.jodohmukmin.com

avatar
Kak Wawa
AUTHOR
February 11, 2018 at 1:41 PM delete

cantik sngat2 , nampak teratur dan kemas , jemput ke http://www.vitaminwawa.com/ , terima kasih ...

avatar
Kitchshop
AUTHOR
January 14, 2021 at 2:18 PM delete

Thanks for sharing!
Check out ours as well
https://kitchshop.my/

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon