Masalah Rambut Gugur dan Kelemumur Dapat Diatasi Dengan Alinen UK !

Assalamualaikum...

Hai korang semua... Buat apa tu ? Mesti tengah free kan.. Sebab tu sempat je masuk baca kat blog Lyssa ni kan ! hihi.. Tapi kali ni, kalau korang masuk blog Lyssa ni untuk baca entri Lyssa kali ni, memang tak rugi langsung laaa.. Sebab apa ? Haaa.. Sebab Lyssa nak perkenalkan dekat korang satu produk bagi yang ada masalah rambut tak kira lah masalah rambut gugur ke, masalah kelemumur ke, masalah rambut rosak dan kering ke, susah nak tumbuh rambut ke.. Entri ni memang sangat sesuai lah dengan korang ! Ni haaa, produk yang Lyssa nak bagitau kat korang sangat-sangat ni, iaitu produk Alinen UK .

Apa itu Alinen UK ?



Alinen UK merupakan satu jenama yang telah lama mencipta nama di pasaran Asia dan berkembang memasuki pasaran Malaysia. Alinen-UK Hair & Scalpcare diperkenalkan untuk setiap golongan lelaki dan wanita sama ada yang berhijab ataupun tidak dengan manfaat ekstrak natural dari tumbuh-tumbuhan. Ia juga menggalakkan pertumbuhan rambut dan melancarkan peredaran darah. Diperkaya dengan manfaat untuk menjadikan rambut dan kulit kepala anda lebih sihat, lebih mudah terurus dan bersinar.

Apa Yang Bestnya Produk Alinen UK Ni ?


Ok ! Tanpa bercerita panjang lagi, meh Lyssa nak bagitau. Terdapat 2 jenis produk tau daripada Alinen UK ni, iaitu Hair Tonic dan Ions Crystal Serum (Hair Serum). Kedua-dua jenis ni memang banyak fungsi dan manfaat tersendiri dalam penjagaan rambut kita. Siapalah yang tak nak rambut cantik, sihat dan bebas daripada sebarang masalah rambut kan ? Sebab tu lah sangat syorkan korang cuba guna dan pakai produk ni.

Hair Tonic (135ml)

Kalau korang nak tahu, hair tonic ni dirumus khas untuk kulit kepala yang gatal-gatal, berminyak dan mengawal rambut gugur.  Apa yang bestnya dengan Hair Tonic ini, ianya akan membuatkan kulit kepala kita jadi lebih bersih, segar dan terpelihara dari segalanya termasuklah kelemumur. Selain itu, ia juga akan menguatkan akar di rambut kita sekaligus dapat menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat.

Apa yang bestnya kan, Hair Tonic ni mengandungi 7 jenis ekstrak tumbuhan dan 2 ekstrak algae untuk menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebih sihat. Antaranya ialah Coolsfoot Leaf, Nettle, Horsetail, Yarrow, Thyme, Birch dan juga Rosemary.

Kebaikan dan Manfaat Hair Tonic

  • Selamat digunakan 
  • Mengandungi bahan yang menguatkan struktur rambut
  • Bebas paraben
  • Kesan positif di awal penggunaan
  • Tidak berminyak dan tidak melekit
  • Merawat rambut gugur
  • Menjadikan rambut lebih sihat
  • Menjadikan kulit kepala lebih bersih
  • Menghilangkan stress akibat masalah rambut
  • Meransang peredaran darah di bahagian kulit kepala 
  • Mengawal keseimbangan minyak




Ions Crystal Serum (Hair Serum) (135ml)

Hair serum ini pula dirumus khas bagi rambut kering, bercabang dan selepas perlindungan kimia. Kalau korang nak tahu, bila korang guna serum rambut ini, ia akan menjadikan rambut kita mudah diurus di samping dapat melindungi dan menjadikan rambut lebih kekal sihat dan bersinar. Serum ini memang tak berminyak langsung selepas penggunaan dan baunya sangat wangi dan kekal harum walaupun selepas bertudung.

Kebaikan dan Manfaat Ions Crystal Serum

  • Halal dan mesra solat
  • Rambut kekal wangi walaupun bertudung
  • Tidak berminyak dan senang menyerap
  • Rambut lebih mudah diurus
  • Rambut menjadi licin, lembut dengan serta merta
  • Sesuai untuk lelaki dan wanita
  • Sesuai untuk semua jenis rambut
  • Merawat rambut kering dan bercabang
  • Bertindak sebagai pelindung UV bagi rambut
  • Bertindak seperti perapi tanpa bilas

Cara Penggunaan Hair Tonic dan Ions Crystal Serum


Hair Tonic : Selepas keringkan rambut, spray 2 atau 3 kali di bahagian kulit kepala yang berkelemumur dan gatal secara rata. Kemudian, urut kepala perlahan-lahan menggunakan jari selama 3 saat. Tidak perlu dibilas. Gunakan ia 2 kali sehari untuk kesan yang lebih baik..

Ions Crystal Serum : Picitkan sedikit serum ke tapak tangan. Gosok di tangan dan usap terus ke rambut perlahan-lahan. Seratakan serum ke rambut supaya kelihatan bersinar dan lembut. Kemudian boleh sikat rambut seperti biasa.

Berapa Harga Hair Tonic dan Ions Crystal Serum Alinen UK ?


Harga untuk kedua-dua jenis produk ini, tersangat harga mampu milik. Jangan fikir fungsi yang begitu banyak itu boleh mencecah harga ratusan yer... NO, NO No ...

Hair Tonic
Dengan harga promosi, korang boleh dapat 1 botol Hair Tonic (135ml)  + Alinen UK Shampoo (40ml) dengan harga RM68.00 . FREE POSTAGE tau !!

Ions Crystal Serum
Ok. Untuk serum rambut ini pula, korang boleh dapat 1 botol Ions Crystal Serum (135ml)  + Alinen UK Shampoo (40ml) dengan harga RM58.00 sahaja tau. Juga sekali dengan FREE POSTAGE ! hee..

Testimoni Lyssa Sendiri 


    


Ok. Setelah penggunaan tak sampai seminggu pun lagi, Lyssa sudah pun nampak hasilnya pada rambut Lyssa. Masalah keguguran rambut dan kelemumur yang Lyssa hadapi sebelum ni pun dah makin kurang. Lyssa suka sangat pakai kedua-dua jenis produk ni iaitu Hair Tonic dan Ions Crystal Serum.. Untuk hair tonic tu, memang sangat-sangat mudah untuk dipakai.. Hanya perlu spray di kulit kepala je, urut-urut siket, and yeah ! Gatal-gatal kat kulit kepala pun dah hilang. Kelemumur pun dah tak de. Sejuk je rasa kepala ni.. Paling best, masa Lyssa sikat rambut, rambut pun dah tak berapa nak gugur macam sebelum2 ni.. hooreyy ! :) 

Lepas dah spray tu, terus Lyssa apply pula Ions Crystal Serum tu untuk bagi rambut Lyssa jadi lembut, bersinar dan nampak sihat. Serum ni dah la bau dia wangi gila !! Lepas buka tudung pun, masih lagi bau wangi kat rambut. Memang sesuai lah dengan kita-kita yang bertudung nih. Bukan takat perempuan je boleh guna, korang yang lelaki pun boleh tau. Tambah-tambah macam rider yang pakai helmet tu, mesti tak nak rambut korang bau busuk kan ? Apa kata, korang cuba la pakai produk Alinen-UK ni. Lyssa pasti korang pun mesti suka dan terjatuh cinta dengan produk ni, hihi.. *Sangat recommended okeh ! :)

Bagaimana Cara Untuk Mendapatkan Produk Alinen UK ?


Haaa .. Ok. Siapa-siapa yang berminat dan nak tahu info lanjut, boleh terus ke :


Ok lah! Itu sahaja.

Terima Kasih Sudi Baca ~
KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

10 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
Admin
AUTHOR
August 25, 2017 at 3:35 AM delete

Nampak bagus je produk ni.

avatar
Khir Khalid
AUTHOR
September 3, 2017 at 2:10 AM delete

Produk ni mmg nampak bagus dan menarik.. mmg baik utk penjagaan rambut subur dan bermaya. Harga pun berbaloi.. ok sgt berbanding kebaikannya. Thanks sharing & salam berblogging :)

avatar
September 14, 2017 at 9:25 AM delete

Berminat nak cuba..Harga pun mampu milik:)

avatar
Bermakeup
AUTHOR
September 14, 2017 at 2:54 PM delete

pernah sih coba2 lumayan bagus

avatar
October 11, 2017 at 6:10 PM delete

Salam,
Rambut memang menjadi "Mahkota" bagi wanita, oleh sebab itu banyak cara untuk merawat rambut agar tampak cantik dan sehat

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon