Lega ! Dah Selesai Scaling Gigi (Buang Karang Gigi)

Assalamualaikum..


Wahh.. Bila dah tengah cuti ni, (cuti semester) macam-macam plan lah nak buat untuk diri sendiri. Kalau sebelum ni, asyik fikir nak study, study dan study.. Assignment.. Assignment.. Assignment.. Tak da masa pulak rasanya untuk diri sendiri. Apa lah salah, kalau sesekali tu, kita manjakan diri kita juga..

Hari ni, dah selesai satu agenda yang dah lama juga Lyssa plan. Buat apa !?? Tu haaaa, dah tertulis kat tajuk entri kali ni. Buat apa lagi, SCALING GIGI lah .. hihi .. Pernah dengar tak, Scaling Gigi ? Kalau tak pernah dengar.. Meh sini nak cerita..


Apa itu Scaling Gigi ?




Scaling gigi adalah merupakan pembersihan karang gigi oleh doktor gigi yang disebut 'scaling'. Ianya menggunakan alat khusus yang disebut scaler (ultrasonic scaler). Walaupun ada banyak juga alat lain, namum scaler inilah yang menjadi senjata utama dalam menghancurkan karang gigi. Karang gigi boleh menjadi salah satu penyebab bau mulut ! Oleh sebab itu, membersihkan karang gigi perkara yang wajib kita lakukan, terutamanya untuk menjaga kesihatan gigi dan mulut secara menyeluruh.

Rawatan cuci gigi atau scaling adalah bertujuan untuk membuang karang-karang gigi dan tanda kotor pada gigi disebabkan rokok, teh, kopi, milo dan sebagainya. 


Apakah Bahaya Karang Gigi ?


So sekarang, dah tahu apa benda 'Scaling Gigi' tu kan ? hehe. Bagi yang tak pernah langsung cuci gigi korang tu, baik lah korang pergi sekarang. Salah satu kesan sampingan atau bahaya karang gigi ini adalah bau mulut dan radang gusi tau. Hal ini terjadi kerana 'plak' atau sisa makanan yang terkumpul akibat kurang bersih dalam memberus gigi, yang mengakibatkan pembusukan sehingga bakteria berkembang biak pada kawasan tersebut. Radang pada gusi pula, biasanya dapat dilihat dari warna gusi yang merah dan membengkak, bahkan bagi yang lebih parah ianya akan berdarah jika mendapat sentuhan ringan. 


Sebab tu lah, kita kena jaga kebersihan gigi kita. Jangan sampai dah terkeluar-keluar karang tu ke bahagian depan gigi, dah berdarah gusi, baru nak pergi jumpa doktor. Kalau boleh, dalam satu tahun tu, pergi lah 2 kali cuci karang gigi kita tu. Kalau tak de masa sangat setahun sekali je lah, pun dah memadai. Daripada tak cuci langsung kan ?

Apa Yang Bestnya, Scaling Gigi ?


Mestilah best ! Gigi kita terasa bersih dan jauh daripada segala kekotoran tau. Rasa lapang je kat bahagian belakang gigi ni, bila karang-karang gigi tu dah tak ada. Korang kena rasa tau pengalaman scaling gigi ni. Memang best ! Sekali cuba, mesti nak buat lagi tahun yang akan datangnya. 


4 Manfaat Scaling Gigi

Membersihkan Partikel Makanan - Walaupun sudah rajin kita menggosok gigi dengan teratur, kadang-kadang kita tidak sedar apa yang kita makan meninggalkan bekas di gigi dan susah untuk dicuci. Rupanya, partikel (zarah) makanan yang degil masih membolehkan terselit di celah-celah gigi. 

Membersihkan Karang Gigi - Bahagian belakang gigi mungkin agak susah untuk menjangkau oleh berus gigi. Biasanya, sisa partikel makanan yang tersisa bercampur dengan air liur kemudian mengeras dan melekat di gigi. Inilah yang dinamakan karang gigi. Dengan scaling, ianya membantu mengeluarkan dan membersihkan karang gigi secara menyeluruh kerana menggunakan alat canggih tanpa rasa sakit.

Mencegah Perubahan Warna Gigi - Scaling juga tidak bermanfaat hanya untuk membersihkan sisa zarah makanan yang sudah menjadi karang, tetapi ia juga membantu pencegahan warna gigi yang pudar. Biasanya yang paling banyak dialami orang adalah perubahan dari warna gigi asal kepada warna kuning.

Menghindari Penyakit Gusi - Dengan membuang karang gigi, ianya boleh terhindar daripada terkena penyakit gusi yang membengkak dan merah disebabkan oleh zarah makanan tidak segera dibersihkan. Bahaya kan ! Kalau dah jadi macam ni, adakah korang akan ambil ringan dengan gigi korang tu... ? 


Pengalaman Scaling Gigi (Membuang Karang Gigi)


Okey sebelum Lyssa cerita dengan lebih panjang lagi, Lyssa nak bagitau yang Lyssa buat Scaling ni di Klinik Pergigian Balik Pulau, di mana klinik yang pernah Lyssa pergi sebelum ini untuk membuat braces .. hihi (Baca : Pengalaman Kali Pertama Pakai Braces). Disebabkan Lyssa dah selesa pergi ke klinik tersebut, jadi Lyssa pilih juga klinik itu untuk membuat Scaling Gigi. Bukan Lyssa seorang je yang buat Scaling tu, mama Lyssa pun join sekaki ! wehee~ 



Pertama sekali, nama Lyssa dipanggil. Masuk je dalam bilik rawatan tu, doktor tu tanya , "dah pernah cuci gigi tak sebelum ni?" Lyssa dengan pantas nya jawab la.. "Dahh pernah .... Tapi ! Tapi dah lama dah tak cuci.." muehehe .. Terus doktor tu tengok gigi Lyssa ^^

Lyssa pun bukak mulut luas-luas, 'scaler' dimasukkan ke dalam mulut. Bila doktor letak je kat gigi, terus rasa getarannya. Tapi, doktor yang cakap siap-siap, "kalau sakit, bagitau ye.." Mula lah kecut perut pulak masa tu ... Padahal dah pernah buat sebelum ni. HAHA ! Ok. Terus terang Lyssa cakap, walaupun dah pernah buat sebelum ni, tapi perasaan sakit dan ngilu tu tetap terasa. Tak berani nak buka mata, Lyssa pejam je.. 

Ok. Ke-ngilu-an nya itu bergantung pada gigi seseorang tau. Kalau gigi sensitif, memang mudah untuk terasa ngilu tu. Dan tempoh masa buat scaling tu pun berbeza-beza setiap seorang. Lagi banyak karang gigi korang tu, lagi lama lah korang kena mengadap dok dalam bilik tu. wahaha.. Tapi, alhamdulillah, Lyssa punya karang tak de lah banyak sangat pun. 15 minit pun dah siap !

Keluar je dari bilik, tunggu seminit dua, mama Lyssa pun masuk untuk terima rawatan pula. 
Lyssa apa lagi, selfie lah kejap kat luar tuu.. haha ...

     
 *Awat nampak macam pelik jaa, muka ang ni Lyssa ?! HAHA*


Lepas je scaling tu, memang rasa 'lengang' je bahagian belakang gigi tu... Rasa kosong.. Dan agak kurang selesa lah sebab ada ruang kat belakang gigi kita tu. Mula ingat, macam susah nak makan minum, sekali ngap biskut bila sampai rumah, elok ja. Macam biasa jer. hahaha... Memang best lah pengalaman kali ni. Lagi terasa best sebab buat scaling ni lepas Lyssa buka braces. Kalau masa tengah pakai braces memang tak la nak buat. Mesti la lagi terasa ngilu nyaa kann .. huhhu... 


Berapa Kos Rawatan Scaling di Klinik Pergigian Balik Pulau ?


Ok. Kosnya memang akan berbeza di setiap tempat atau klinik ye.. Jangan ingat semua tempat sama je kalau nak buat scaling. Korang kena pandai survey, dapat mana klinik yang buat servis yang murah, untung lah korang. Bagi Lyssa, untuk klinik swasta macam ni, memang dah murah yang amat dah ni !! Hanya RM45 - RM100 sahaja kalau nak buat kat klinik ni. Lagi banyak karang gigi, lagi mahal lah .. Macam Lyssa biasa2 je karang gigi, so harga scaling Lyssa tadi RM60 je... Fuhh ! Kira okey lah tu... Kalau nak dibanding kan tempat yang pernah Lyssa survey kat KL haritu, lagi mahal .. Range harga lebih kurang dalam RM80 - RM200 tau.. Sebab tu, tanpa fikir panjang, Lyssa terus je nak buat kat Klinik Pergigian Balik Pulau ni. Tapi, kalau korang nak lagi murah, pergi je lah kat klinik kerajaan ye. Tapi, kalau korang ni jenis sanggup dan suka tunggu giliran yang lama lah.. Macam Lyssa, Lyssa malas nak menunggu lama, tu yang pergi kat klinik swasta tu.. Tunggu 5 minit, dah nama kena panggil. hihihihi :) Setiap orang, berbeza citarasa kan .. Eh :D


Haaa.. Rasanya, itu je lah kot yang Lyssa nak membebel. Nak tunjuk gambar sebelum dan selepas pun tak boleh .. Sebab susah benorrr nak tangkap gambar gigi bahagian belakang tu.. Korang pergi tengok sendiri je lah gigi korang lepas korang cuci karang tu ye .. Rasai lah nikmatnya gigi bebas dari karang... hahahha :D

p/s : Pesanan Lyssa, jangan segan dan malas nak pergi klinik untuk jumpa doktor gigi buat rawatan ye. Nanti, dah dapat macam-macam penyakit gigi atau gusi kan dah susah .... Cegah sebelum kena :) 


TerimaKasihSudiBaca..
LIKE JIKA SUKA, SHARE JIKA BERMAKNA ~

KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

31 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
PeRdU cINta
AUTHOR
July 20, 2017 at 12:13 AM delete

Alhamdulillah...kak PC 2 bulan lepas baru buat scaling Lyssa..huhuhu...lama tak buat...ngilu yang amat..

avatar
July 20, 2017 at 12:20 AM delete

@MKhairul Aminuddin

amboi,, apa yang lawaaa tuuu .. wuuuu~

avatar
July 20, 2017 at 12:21 AM delete

@PeRdU cINta

huhu, baguslah kak.. Sama-sama lah kita jaga gigi kita ni agar sentiasa bersih hendaknya yee.. eehehe, banyak kali buat pun, tetap terasa ngilunya kann . heheh ..

avatar
Sii Nurul
AUTHOR
July 20, 2017 at 1:10 AM delete

sy dah pernah scalling gigi.. RM120 kat klinik swasta huhuh

avatar
July 20, 2017 at 2:43 AM delete

at least stahun skali.. kalo rajin 6bulan skali cuci gigi.. syiook ehhe..

avatar
Faiz
AUTHOR
July 20, 2017 at 6:42 AM delete

Hoo patutlah gigi sentiasa cantik, nampaknya saya pun kena buat scaling gigi jugak, tak pernah buat pun huhuhuhu

avatar
Nina Mirza
AUTHOR
July 20, 2017 at 7:02 AM delete

Kak Nina pernah buat tapi memang ngilu dia tak tau nak bilang camner....
Huhuuu

avatar
July 20, 2017 at 3:10 PM delete

@Nurulatika Yunus Mahai gak tu, Klinik kt mana tu ... ? hihi ..

avatar
Sue Izza
AUTHOR
July 20, 2017 at 3:12 PM delete

lama gak ni tak buat scaling huhuuu

avatar
July 20, 2017 at 3:12 PM delete

@Siti Yang Menaip
haaaa.. betul tuuu ... kalau boleh setahun sekali pun dah cukuppp :D

avatar
July 20, 2017 at 3:13 PM delete

@Faiz


uiishhh, tak pernah buat kena pi buat tuuu .. rasailah nikmat nya scaling gigi . haha.

avatar
July 20, 2017 at 3:13 PM delete

@Nina Mirza

ngilu ngiluuu ,, tapi, lega kann .. hihi .

avatar
July 20, 2017 at 3:14 PM delete

@Sue Izza

kalau rasa dah lama, moh ler kita gi buat .. eh ehh . Lyssa dah buat .. ^^

avatar
mamapp
AUTHOR
July 20, 2017 at 6:35 PM delete

Mesti Gigi Rasa best je kanlrpas scaling

avatar
July 20, 2017 at 7:54 PM delete

@mamapp

hehehe, mesti lah ... best.. gigi rasa kosong ^^

avatar
amira faqihah
AUTHOR
July 20, 2017 at 9:12 PM delete

betul sgt,dkt kl even karang sikit pun dah 80 rggt

avatar
August 1, 2017 at 8:10 AM delete

nak pergi alma mana dah TT^TT duk bertangguh-tangguh :'(

nanti tade gigi terus.. ahahahaha

avatar
Huda Halid
AUTHOR
August 9, 2017 at 8:33 PM delete

Bagus lyssa jaga kesihatan gigi.
Blogwalking here =)
Jemput singgah >> www.ceritahuda.com

avatar
cik Jaja
AUTHOR
September 28, 2017 at 1:34 PM delete

Saya cuci gigi kat klinik kerajaan je hari tu..kena rm3 jek.hehe

avatar
Azhar
AUTHOR
October 18, 2017 at 8:21 PM delete

Saya pernah buat cuci karang gigi ni kat klinik kerajaan..tak ingat kena brapa. Mula2 tu takut gila sebab org kata sakit. Bila dah buat, x sakit sgt pun, rasa ngilu sikit2 ja waktu mesin tu terkena gusi sikit2..

avatar
Sofea Effendi
AUTHOR
November 10, 2017 at 1:41 PM delete

Bgus lysa share ni, baru ingat nak buat jugak scaling gigi ni. Last buat masa blm preggy haha lama sgt da. Tak sakit kan?

avatar
minipretzel
AUTHOR
November 13, 2017 at 10:21 PM delete

dah lama jugak tak scaling gigi ni.. ^_^

avatar
piedafieda
AUTHOR
December 19, 2017 at 11:35 AM delete

sis..bila buat tu gigi kita makin terhakis x?tq sharing

avatar
faeza
AUTHOR
January 21, 2018 at 9:53 PM delete

tudiaaa .. patutlaa gigi lawa .. visit my blog @ https://www.ketamkecil.com/turunkan-berat-badan-dengan-mudah-pun-perlu-keluar-dari-zon-selesa/ for more life tips

avatar
August 29, 2018 at 9:08 PM delete

Rabia pun selalu scalling gigi..pernah kena sakit gigi bongsu kat belakang ni..sakit sangat sampai nak makan pun tak ada selera tau.

avatar
Cikk Nabb
AUTHOR
January 30, 2019 at 5:49 PM delete

Cantikk.. saya skrg masih lagi pakai braces.. 3 tahun dh😑

avatar
Anonymous
AUTHOR
June 21, 2019 at 3:22 PM delete

Baru saja buat hari ini.. berdarah sikit doktor tu buat tapi cepat & rasa bersih 😂

avatar
Unknown
AUTHOR
March 3, 2020 at 6:41 PM delete

Best buat scalling...x sakit..dulu ingat sakit..hilang bau mulut...siap buat whitening..masa tu ada promosi..best sangat. Pertama kali dalam hidup .senyum je..perasan cantik🤣😂

avatar
maisamenulis
AUTHOR
January 18, 2022 at 8:48 AM delete

Lepas baca pengalaman awak, terus jadi yakin nak pi scaling gigi. Tq lyssa!❤️

avatar
January 18, 2022 at 2:24 PM delete

@maisamenulis
hihi, pergi jangan tak pergi.. mesti syok nnti bila gigi dah bersih.. ye la.. bila lagi nak merasa kan scaling.... pengalaman tuu.. hehe

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon