'Kecut Perut' Bila Tak Boleh Masuk Facebook Sebab Kena 'Blocked' !

Assalamualaikum...

Hai kome ....

HAHAHA ! Tiba-tiba terpanggil untuk update blog hari ni. Padahal, exam lagi 2 paper tak study lagi ni. Tapi tak pe lah. Dah terajin nak menaip pulak pagi ni, apa kata teruskan je lah niat tu ek. Sekurang-kurangnya dapat la juga release tension daripada asyik dok study je kan. hihi!




Okey ! Pagi yang tak berapa indah pula harini bila dapat tahu, Lyssa tak boleh nak 'access' masuk ke Facebook Rasmi Lyssa ni. Agak-agak korang la kan, yang kaki Facebook tu, apa korang rasa bila tiba-tiba korang nak bukak Facebook, tetiba dia jadi macam terlogout sendiri dan bila nak login, dah tak boleh sebab kena blocked oleh Facebook tu sendiri ? Mesti kecut perut gila nak mati kan ! erghh.. Sama la juga dengan perasaan yang Lyssa rasa pagi tadi.

Kengkonon nak tengok la apa yang terbaru kat News Feed FB Lyssa tu kan. Tapi, bila buka je Facebook Apps kat ipong Lyssa tu, terus dia bagi Alert Message macam ni :


Oh ya ! Account di-'lock' buat sementara waktu. Ah ! Tak kisah lah sementara waktu ke apa kan ? But still, KECUT PERUT JUGAK LAH KANNN.. Even dia cakap temporarily, tapi sampai bila yang sementara tu kan. Hm !

Tanpa fikir panjang, Lyssa pun tekan je lah button 'Continue' tu.. Disebabkan terlalu kecut perut, terus tak sempat nak screenshot satu persatu arahan tu. Tapi, Lyssa cerita je lah kat korang. Harap korang faham la apa yang Lyssa cuba nak sampaikan ni ek.

Apa yang Facebook tu bagitahu, katanya Lyssa ada masukkan password ke website yang nampak macam Facebook dan ianya merupakan sejenis serangan yang dinamakan 'Phishing'. Kalau korang nak tahu, 'Phishing' ni adalah satu cara yang digunakan oleh 'hacker' untuk mencuri password dengan cara mengelabui pengguna dalam mengakses sesuatu website palsu. Contoh macam ni lah. Mungkin Lyssa ter-login ke Aplikasi Facebook yang menyerupai dengan Facebook asal. So, daripada situ lah aktiviti 'Phising' diorang ni berjaya terus dapat password Lyssa ni. Maybelah ! emm..

Ok dah ! Tadi tu, lepas Lyssa tekan Continue tu, dia suruh ketatkan lagi security Facebook Lyssa ni. Jadi, macam-macam perkara lah yang perlu kita buat. Pertama sekali, dia akan suruh kita pilih salah satu dari soalan yang akan diberi, iaitu :

1) Pilih kawan daripada tagged photo yang akan ditunjuk.2) Pilih recent comment daripada Timeline Facebook kita. 

Lebih kurang macam tu la pilihan yang dia bagi suruh kita jawab ....

Fikir punya fikir, last2 Lyssa pilih yang no. 1 tu.. Mungkin lebih mudah kot. Dan lepas tu, akan terkeluar lah muka kawan Facebook kita dan juga ada pilihan jawapan nama kenapa muka yang keluar tu. Kita kena betul2 cam dan tahu siapa muka dalam gambar tu.. Ada 5 muka secara random. Kalau korang tak kenal, habislaa.. Lyssa pun tak tahu apa akan jadi kalau korang tersalah padankan nama dengan muka.

Alhamdulillah... kelima2 muka tu Lyssa cam !

Ok, dah lepas satu azab. Lepas tu, dia suruh kita update NEW PASSWORD ! Pastikan, masa korang letak password baru tu, make sure tertulis 'Strong' supaya lepas ni, agak sukar hacker nak hack Facebook kita lagi...

Dah habis update password, settle satu masalah. Lepas tu, terus lah terlogin masuk ke Facebook kita. Terus rasa lega gilaaaaa ! Tapi, tak habis macam tu ja. Disebabkan Facebook ni nak review lagi kita punya Account FB, dia suruh delete mana-mana recent activity comment kita. Jadi, korang kena delete je lah mana-mana yang korang rasa nak delete, walaupun satu comment, ikutkan saja.

Kemudian, dah settle !

Facebook pun dah dapat balik. Lega hati dahku rasanyaaaa.. Tak tahu nak cakap la, kalau Facebook Lyssa dah tak ada.. Dah nak kena mula dari bawah balik. Nak kena kumpul kawan-kawan kita balik. Sumpah sedih ! :'(

Harap benda-benda macam ni, takkan berulang lagi..

p/s : Pesanan Lyssa, jangan sesekali klik link yang korang sendiri pun ragu2 itu link apa sebenarnya. Dan sebelum login ke Facebook account, kena pastikan itu adalah Facebook Account yang asli dan tertulis https dihadapan link FB tu.Ok itu ja..

Korang pernah jadi macam ni jugak ? Atau kenalan korang pun ada pernah jadi macam ni ?
Comment kat bawah okeyyy ? :D


Terima Kasih Sudi Baca..






KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

17 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
nilamhimawari
AUTHOR
July 7, 2017 at 11:50 AM delete

Aduhaiiiiiii.. risau juga kalu terjadi camni

avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
July 7, 2017 at 12:01 PM delete

Peringatan untuk semua ni Lyssa..terima kasih perkongsian ini ya..

avatar
July 7, 2017 at 12:31 PM delete

@nilamhimawari

Lyssa pun risau kalau jadi balik benda yg samaaa.. sobsob..

avatar
July 7, 2017 at 12:32 PM delete

@PeRdU cINta

Sama-sama kak ..Ya ! Peringatan untuk semua juga ~

avatar
Aisya Ismail
AUTHOR
July 7, 2017 at 1:18 PM delete

tak tau nak kata kalau jadi kat acc bisness.. bukan kenal sangat kenalan kat acc tu..

avatar
Lyana Ishak
AUTHOR
July 7, 2017 at 2:34 PM delete

Masa sekolah dulu yana pernah klik apa ntah .. terus dia hack fb yana on the spot smpai searang xdapat balik mujurlah dapat report n delete akaun tu .. Skarang nak main app kat fb pon seryau hehe

avatar
Izyan Balqis
AUTHOR
July 7, 2017 at 3:19 PM delete

cara nak recognise tu macam cara wechat jugak, recognise kawan2 kita...ok la, sbb kita kenal kawan2 kita kan

avatar
Lisa Nurulain
AUTHOR
July 7, 2017 at 3:28 PM delete

hari rabu ritu dah kena .. hahaha. cuak gak. tengah chat dalam messager tiba-tiba kena mcm tu ... aduh. ke mmg iphone je yang kena ? or nama lisa /lyssa akan kena.. kekekeke... seram sejuk. pasword tu mmg dh storng gila pun leh kna lock tiba2

avatar
July 7, 2017 at 3:43 PM delete

baru je kena sama mcam Lyssa kena ni...kecut perut jgak mula2...alhamdulillah selamat dah..

avatar
diaripink
AUTHOR
July 7, 2017 at 4:12 PM delete

pernah kena jugak sebelum ni... suruh pilih frenz baru boleh login balik

avatar
Uyul Rosli
AUTHOR
July 8, 2017 at 6:54 PM delete

fuhh sayang kot lyssa kalau hilang fb tuh kan.
Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

avatar
Mimin Adam
AUTHOR
July 10, 2017 at 6:49 PM delete

ayoyoyoy retiss ni. hati hati lepas ni yeee adikk maniss. hehehehe .. seram nyaaa kalau tak dapat balik fb tuu ..selamat hari raya lyssa

avatar
Unknown
AUTHOR
August 8, 2018 at 9:02 PM delete

alamak kita baru je terkena lock.
dh ikut step by step dia.ulang 4 kali dh. tp last dia suh pilih join or login. klip login still mn yg sama dia suruh. klip join kne buat acount baru uhh.. mcm mn nk buat ni lyssa

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon