Assalamualaikum...
Hi semua !! Terujanya Lyssa rasa nak taip entri kali ni.. Tak sabar nak kongsikan pada korang semua 1 produk yang sudah Lyssa guna selama seminggu ni. Ni bukan 'skincare product' tau. Tapi, ianya lebih kepada produk kosmetik. Macam yang dah tertera kat tajuk ni lahh.. iaitu Smoothie Foundation 8 in 1 dari produk Koreal Cosmetics.
Mesti ada antara korang yang pernah juga terdengar dengan produk Koreal Cosmetics ni kan ? Tambah-tambah lagi, bila korang tertengok iklannya di facebook. Mungkin ada juga yang sudah mencuba Foundation dari Koreal Cosmetics ni. Sebab tu lah Lyssa rasa tak sabar nak kongsikan pengalaman Lyssa menggunakan foundation ni. Sebab bagi Lyssa, foundation ni adalah antara yang terbaik Lyssa pernah gunakan setakat ini..
Korang tengok je botol ni pun, korang akan rasa tertarik nak guna kan ? Comel sangat botol ni warna emas-keemasan. Lagi comel, kalau korang sendiri yang cuba guna foundation ni ! hik hik. Sebab Lyssa dah guna dan cuba sendiri, sebab tu la Lyssa berani nak 'recommend' kan pada korang untuk rasainya juga. Sebelum Lyssa cerita lebih panjang lagi, jom kita tengok apa bahan-bahan yang terkandung dalam Foudation Koreal Cosmetics ni...
Smoothie Foundation 8 in 1 (15ml) - Koreal Cosmetics
Bahan-Bahan Produk Koreal Cosmetics
Aqua , Ethylhexyl Methoxycin-namate, Dimethicone , Beeswax , Dimethicone , lauryl PEG/PPG-18/18 Methicone , Isononly Isononanoate , Titanium Dioxide , Malus Domestica Fruit Cell culture Extract , citrus Aurantium Dulcis ( Orange ) callus culture Extract , Rhododendron ferrugineum left cell culture Extract , collagen , ascorbic acid , iron oxides , sodium chloride , phenoxyethanol , tocopheryl acetate , D-Panthenol , 1,2-Hexanediol ,Allantion , chlorphenesin , disodium EDTA.
Nak paling mudah faham dan senang dibaca, ni haaa Lyssa senaraikan kat korang ye..
1. Vitamin C
2. Vitamin E
3. TRIPLE STEMCELL!!!!!!
4. Shining
5. SPF 35
6. Salmon collagen
7. Titanium Dioxide
8. Dimethicone
Tengok lah tu.. Siap ada Vit C dan E lagi ! Memang best lah sebab sambil-sambil tu, dapat juga rawat kulit muka kita ni kan ? heee . Paling syok siap ada Stemcell lagi dalam foundation ni .. Bukan 1, bukan double, tapi TRIPLE ! wowww... Ditambah pula dengan shining, memang muka korang automatik nampak glowing la bila pakai foundation ni. hihi. Tu yang Lyssa suka kan sangat tu ! weee~ Haaa, sebab tu laaa ianya dinamakan Foundation 8 in 1 ! Dalam 1 botol, ada kelapan-lapan benda ni laa .... Best kan !!
Cara Penggunaan
Cara nak guna foundation ni tersangat lah mudah tauuu !
1. Picitkan sedikit foundation dengan bersaiz seperti 'pearl' di hujung jari.
2. Letakkan sedikit-sedikit di seluruh muka dan leher.
3. Sapu menggukan brush atau 'beauty blender' dengan rata untuk menjadikan kulit bertambah lembap, licin dan berseri.
Haaa... Semudah tu je kan ...
Kesan Penggunaan
Kalau korang nak tahu, kesan penggunaannya seawal 7 hari. *eh, dah macam skincare lah pulak!* haha. Tak. Maksud Lyssa, dalam masa 7 hari korang menggunakan foundation Koreal Cosmetics ni, korang dapat lihat hasil dalam pengurangan bintik-bintik hitam di muka dan boleh kelihatan glowing tau.. Makin lama korang pakai, korang akan tampak makin muda disebabkan dalam foundation ni kan ada Triple Stemcell dan macam-macam lagi yang sudah Lyssa 'mention' kan kat atas tu tadi.. hihi, menarik kan ?!
Haaa, sekarang ni Lyssa nak ceritakan pengalaman Lyssa menggunakan Foundation 8 in 1 dari Koreal Cosmetics ni ye ? First time nak guna foundation ni, rasa macam eksaited sangat-sangat ! Sebab teringin nak tengok apa hasilnya terjadi kat muka kita lepas pakai kan. Bila picit je sedikit foundation tu kat jari, fuhhh ! Terus Lyssa cakap dalam hati, " pergh ! Lembutnye tekstur foundation ni.. Satgi letak kat muka, mesti ringan dan tak rasa berat!" Bila dah seratakan ke muka, memang ternyata ringan sangat foundation ni. Tak nampak tebal sangat. Natural je jadi muka ni... huhu... Biasa la, Lyssa memang tak suka sangat letak benda banyak-banyak and tebal sangat kat muka ni.. Jadi foundation ni, memang ngam la dengan tekak, eh dengan selera jiwa Lyssa ni kan . haha ! Paling bestnye, foundation ni tahan lama. Dah la tahan lama, tahan peluh pulak tu. Tak melekit ! Tak bercapuk ! Kurang berminyak lagi. Memang selesa sangat lah bila pakai ! Korang kena cuba sendiri, baru korang akan tahu apa rasanya. hihihihi ~ Malas la Lyssa cakap lelebih. Apa yang penting, Lyssa memang suka sangat dengan foundation nihh..
Lagi pula, ianya memang selamat di bawah kawalan KKM (NOT170402257K). Jadi, korang dah tak perlu risau. Yey ! *tersengihnampakgigibesi!*
Apa Yang Bestnya Koreal Cosmetics Smoothie Foundation 8 in 1 ni ?
Lagi pula, ianya memang selamat di bawah kawalan KKM (NOT170402257K). Jadi, korang dah tak perlu risau. Yey ! *tersengihnampakgigibesi!*
Testimoni Pengguna Lain
Ramai tau yang dah cuba dan bagi testimoni, tapi Lyssa tunjukkan 4 dulu ye.. Yang lain tu nanti, korang boleh terjah godek-godek sendiri di Instagram dan Facebook Koreal Cosmetics ye ... (Link boleh lihat dibawah)Berapa Harga Foundation 8 in 1 dari Koreal Cosmetics ?
Cuba teka, berapa harga foundation ni ? hihi ! Aishh.. Harganya tak sampai seratus pun hokeh ! RM90 pun tak sampai.. Nahhh ! RM87 je sayang-sayang sekalian :D Bagi 120 pelanggan terawal, nanti korang akan terima sekali dengan FREE GIFT bernilai RM75 tau. Untung nya ! Dah beli foundation, dapat free gift pulak tu ! Baik korang pi order sekarang. Kalau tak nanti, tak dapat free gift. hihi.Untuk info lanjut, korang boleh terus :
Whatsapp : 019 2565 008 atau klik sini terus ---> http://www.wasap.my/ 60192565008
Facebook : facebook.com/KorealCosmetics
Instagram : instagram.com/KorealCosmetics
Website : http://www.korealcosmetics.com/
#korealcosmetics #smoothiefoundation #8in1 #No.1Malaysia #takcubetakcantik
Terima Kasih Sudi Baca ~
#korealcosmetics #smoothiefoundation #8in1 #No.1Malaysia #takcubetakcantik
Terima Kasih Sudi Baca ~
5 000 orang Comment Di Sini
Write 000 orang Comment Di SiniPatut kulit lyssa cntik
@✿Cik Cappuccino Latte ✿
hehe, alhamdulillah .. boleh ler cuba kalau nak kulit cantik jugak ? hehehe xD
Aloloooo... Rupanya Adek cayang kak Nina pun pakai sama mcm foundation kak Nina.
Memang best smoothie foundation Koreal Cosmetics ni kannn...
cantik!
best weih foundation ni . hihi senang blend
.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon