Assalamualaikum..
Hi korang.... nak tahu something tak ? Kebetulan baru-bau ni pencuci muka Lyssa dah habis. And sekarang ni, Lyssa ada cuba satu set produk ni, iaitu Produk Voqq ! Nama pun Voqq, bila korang pakai bertambah vogue2 kebaboom lah kan ! hehe. Mesti macam tertanya-tanya kan, produk Voqq ? Apa tu ? Haa, ok ! Meh sini nak habaq ...
Apa itu Voqq ?
Voqq ini adalah produk skincare yang merupakan produk 100% bahan semulajadi dengan ekstrak tomato. Ianya didatangi dengan dua jenis produk iaitu Facial Wash (Pencuci Muka) dan Anti Aging Cream (Krim Anti Penuaan). Masing-masing mempunyai kelebihan masing-masing tau.
Voqq Facial Wash
Pencuci muka tomato ini merupakan produk mencantikkan kulit yang terbaik dengan sumber nutrisi lycopene yang membantu dalam pemulihan kulit. Kajian membuktikan bahawa yang memakai DS Tomato Facial Wash secara berterusan selama 2-3 bulan mampu mengurangkan kerosakan kulit akibat sinaran radiasi matahari sebanyak 30%. Selain itu, ianya juga membantu menghapuskan garis-garis halus dan kedutan dan melindungi kulit anda dari unsur-unsur berbahaya seperti radikal bebas dan sinaran UV.
Kandungan Bahan Voqq Facial Wash
Aqua, Sodium Laureth Sulfate, Glycerin, Tetrasodium EDTA, Polyquaternium-37, Propylene Glycol, Tomato Fruit Extract dan banyak lagi ! Korang boleh rujuk rambar di bawah :
Cara Penggunaan Facial Wash
1) Pencuci muka Tomato ini digunakan pada waktu pagi dan malam sebelum tidur.
2) Basuh muka dengan air suam, dan urut perlahan-lahan ke seluruh muka dan leher.
3) Bilas sehingga bersih.
Korang boleh tengok tekstur Facial Wash ini pada gambar di atas. Ianya juga ada ekstrak Oat tau. Sebab tu korang akan nampak macam serbuk-serbuk putih kat situ. Tapi, bila sapu kat muka, rasa berangin macam 'aircond' je tau muka kita ! ehehee..
Kelebihan Voqq Facial Wash
- Diekstrak dari tomato yang kaya dengan sumber lycopene, yang membantu kondisi kulit untuk kekal muda dan anjal seperti kulit bayi. Malah lycopene membantu melindungi kulit daripada sinaran UV.
- Membantu melambatkan proses penuaan dan kedutan pada wajah.
- Membantu mencerah dan menyerikan kulit kusam.
- Dapat menyejukkan kulit dan menyerap lebihan minyak pada wajah
- Di adun bersama oat untuk membantu menormalkan pH kulit sehingga dapat meredakan gatal atau rasa tidak nyaman pada kulit.
- Membantu menyerap kelebihan minyak, menghilangkan bakteria pada wajah, serta membantu pengelupasan kulit mati.
- Merupakan pelembab alami yang dapat menenangkan kulit sensitif dan kering, membantu menjaga kelembaban almi kulit, sekaligus memiliki efek anti-oksidan.
Voqq Anti Aging Cream
Anti Aging Cream (Krim Anti Penuaan) ini merupakan produk mencantikkan kulit yang terbaik dan merupakan rumusan botani semulajadi untuk menghaluskan kulit serta menghilangkan jeragat dan jerawat. Ia juga boleh lindungi kulit daripada cahaya matahari dan sangat sesuai dengan semua jenis kulit.
Kandungan Bahan Voqq Anti Aging Cream
Aqua, Carbomer, Glycerin, Cetearyl Alcohol, Glyceryl Stearate, Mineral Oil, Aloe Barbadensis Leaf Extract dan banyak lagi ! Korang boleh rujuk pada gambar di bawah ini :
Cara Penggunaan Anti Aging Cream
1) Sapukan ke seluruh muka 2 kali sehari
2) Gunakan ia pagi dan malam
3) Tidak perlu dibilas
Nampak tak tekstrur cream ni. Okey ! Krim ni memang tak berminyak dan tak melekit langsung bila guna. Muka akan terasa fresh je. Dengan ekstrak tomatonya, jadi bertambah wangi pulak muka kita nanti. hihi ! Hilang lah segala kedutan di wajah sesiapa yang cuba amalkan pakai Krim Anti Penuaan ini. hehe.
Kelebihan Voqq Anti Aging Cream
- Voqqq juga membantu membebaskan kulit anda dari 10 bahan tambahan yang boleh menyebabkan kekeringan dan kekejangan kulit seperti Surfaktan, silikon, paraben, denatured alkohol, minyak mineral, pigmen tiruan, bahan mentah haiwan, benzophenone, TEA, sulfat)
- Krim Voqq yang dibentuk seperti natto mengambil dua kali jumlah masa untuk dicampurkan berbanding krim biasa, ini membolehkan ianya membezakan rupa dan menghasilkan texture seperti natto.
- Voqq adalah krim formula buatan tangan yang bebas daripada surfaktan dan silikon, membolehkan ianya menyerap dengan lebih baik ke dalam kulit berbanding dengan krim-krim lain.
- Proses Penguraian semula jadi menggunakan minyak dan mentega untuk mengelakkan keregangan dan mengekalkan kelembapan dan kelembutan krim.
- Voqq mampu menyerap ke dalam kulit dengan lebih baik dan meningkatkan kesan kulit putih dalam masa yang begitu singkat.
- Semasa penghasilan Voqq teknologi vakum digunakan untuk menyedut udara yang boleh bercampur masuk ke dalam krim semasa proses pembuatan untuk lebih menghasilkan tekstur seperti natto.
Harga Produk Voqq
Ok. Bila dah tahu semuanya ni, mesti korang pun nak tahu berapa harga produk Voqq ni kan ?
Korang tak perlu risau. 1 produk ni pun, korang boleh dapat dengan harga tak sampai RM100 pun tau .... Ok lah, Lyssa bagitahu satu persatu harga produk ni ye ?
Voqq Facial Wash - RM 75 (SM) | RM 85 (SS)
Voqq Anti Aging Cream - RM 70 (SM) | RM 80 (SS)
Testimoni dari Lyssa Sendiri
So far, Lyssa memang suka sangat pakai pencuci muka dan krim anti penuaan daripada produk Voqq ni. Walaupun kulit Lyssa ni, jenis tak ada lah masalah sangat, tapi Lyssa suka pakai produk ni sebab kulit muka Lyssa bertambah halus, cerah dan jadi semakin glowing even tak tepek make up langung pun. hihi. Korang pun patut cuba tau dengan produk ni. Paling best bila pakai pencuci muka dia. Fuhh ! Bila kena je kat muka, seratakan.. Terus jadi berangin je muka. Bila dah bilas tu, muka kita akan jadi fresh je tau. Lepas dah pakai pencuci muka tu, korang harus pakai Anti Aging Cream tu pulak. Bukan setakat dapat hilangkan jerawat dan jeragat korang tu, ianya juga serta-merta dapat menghilangkan garis-garis halus kat muka tau. Lyssa ada perasan sebelum ni, Lyssa ada garis-garis halus kat bahagian dahi tu, tapi lepas pakai je krim tu, nampak macam sekarang ni dah makin berkurangan ! Memang ajaib lahhh ... Tak nyesal guna produk ni.. Sangat-sangat membantu ! Terima kasih Voqq :D
Untuk info lanjut, korang boleh terus ke :
Call / Whatsapp : 019 - 612 8164
Facebook : https://www.facebook.com/voqqskincarehq/
Instagram : https://www.instagram.com/voqqskincarehq/
Website : http://www.voqqskincare.com.my/
#voqqskincare #kembalipersona #antiageing #100%natural
Terima Kasih Sudi Baca ~
5 000 orang Comment Di Sini
Write 000 orang Comment Di SiniBetul tu Lyssa.. best guna pencuci muka VOQQ ni.. segar je lepas cuci.. suka yanie dengan produknya..
best facial wash dia
Waaa nak try lah cuba produk voqq ni.
Tak syabar nak try. Tunggu gaji.
Waaaa bestnya. Nk try guna gak lh
.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon