Assalamualaikum..
Hai korang ! Baru-baru ni, Lyssa ada cuba satu produk skincare ni. Dah 2 minggu dah Lyssa cuba pakai ! Dann .. Dann .. Dann .. Memang best sangat bila tengok hasilnya ! Apa lagi la kalau bukan produk dari LVA BEAUTE ! Kalau korang nak tahu, Lva Beaute ni merupakan produk kecantikan untuk wanita dan lelaki tau. Ianya baru sahaja dilancarkan dengan 18 rangkaian produk. LVA juga diformulasikan dengan bahan dari Switzeland dan campuran resepi rahsia untuk mencantikkan kulit kita. Paling best ! Lyssa dapat tahu, yang LVA ni adalah produk setaraf dengan SK-II tau ! So, memang berbaloi sangat kalau korang pun cuba guna produk ni ..
Apa yang penting, produk LVA ini telah diluluskan KKM dan ianya juga langsung tidak mengandungi merkuri.
Terdapat 18 rangkaian produk LVA iaitu 7 set produk . Ianya termasuklah :
- Set LVA Untuk Wanita - Kulit Normal
- Set LVA Untuk Wanita - Kulit Sensitif
- Set LVA Untuk Lelaki
- 3 LVA Serum (Instant Lifting Serum, Intensive Whitening Serum, Acne Serum)
- Diamond UV Foundation
- V Shape Cream
- Enzyme Scrub
Tengok lah tu ! Betapa banyaknya Set produk daripada LVA Beaute ni kan ? So, korang boleh lah pilih antara set produk yang sesuai dengan kulit korang tu. Atau boleh cuba mana-mana set produk yang korang berkenan di hati tu ye..
Ok, macam Lyssa.. Disebabkan Lyssa ni wanita (bukan lelaki tau ! hahahhaha), dan merupakan kulit normal, jadi.. Lyssa cuba Set LVA Untuk Wanita bagi Kulit Normal.. hehehe ... Untuk set produk yang ini, ianya merupakan Hydra Series tau dan terdapat 4 produk iaitu :
- Hydra Cleanser
- Hydra Toner
- Hydra Day Cream
- Hydra Night Cream
Memang lengkap sangat 4 produk untuk 1 set bagi kulit normal macam Lyssa ni kan. Tambahan pula ianya adalah Hydra Series, jadi muka kita akan sentiasa terasa lembab dan fresh je bila apply keempat-empat produk ni. hihi ~
Ok, sekarang Lyssa akan ceritakan satu persatu, apa yang produk ni boleh buat dengan kulit kita !
1) HYDRA CLEANSER
Hydra Cleanser ini merupakan pencuci muka bagi Set LVA Untuk Wanita Kulit Normal. Apa yang bestnya, masa mula-mula Lyssa cuba pakai.. Ya Allah ! Tekstur dia sangat lembut dan tak rasa melekit langung. Kalau nak tahu, Hydra Cleanser ni dapat mengawal dan membersihkan segala kotoran secara menyeluruh. Bukan itu saja ! Ianya amat membantu dalam proses pembersihan permukaan kulit secara mendalam dan bertindak dengan cepat hasil daripada rumusan bahan vitamin A, C, E dan juga Estrak buahan. Dan baunya tersaaaangat la wangi tau ! hikhik.
2) HYDRA TONER
Hydra Toner ni pula merupakan penyegar untuk kulit. Macam biasa lah, bila apply je Toner, automatik muka kita akan terasa segar (fresh!) jer.. Toner ni digunakan selepas sahaja kita mencuci muka. Ianya membantu mengecilkan liang pori yang terbuka hasil pembersihan daripada Hydra Cleanser. Pori-pori yang terbuka akan dikecilkan secara konsisten mengikut cara penggunaan yang betul. Kita memang kena tutup liang pori untuk menghalang daripada kotoran masuk ke dalam.
3) HYDRA DAY CREAM
Tahu tak ! Lyssa suka sangat pakai Day Cream dari LVA Beaute ni. Sebab ? Yah ! Disebabkan ianya Hydra series, jadinya tekstur untuk day cream ni memang tak rasa macam krim yang melekit tu langsung lah. Terasa macam pakai pelembab (moisturizer) pulak ! Membuatkan kulit kita jadi lembut je! hihi. Dah la wangi ! Kalau nak tahu, Hydra Day Cream ni dapat menangkis dan menghalang kotoran yang terkesan daripada persekitaran. Sinaran UV daripada matahari amat merbahaya jika terdedah dalam kadar yang lama. Bahan yang diformulasikan dari produk ini adalah minyak bunga matahari, rose placenta dan ekstrak buahan. (patut la bau macam bunga mawar, ada rose placenta rupanya! kihkih)
4) HYDRA NIGHT CREAM
Ok! Untuk Hydra Night Cream ni pula, mesti dipakai semasa waktu malam . Lah ! Dah nama pun night cream kan. Mesti la pakai waktu malam. Apa yang bestnya night cream ni, ia dapat membantu merawat sel kulit mati pada waktu malam selepas penggunaan pencuci muka dan toner. Ianya iformulasikan dengan Rose Placenta VACCINIUM MYRTILLUS FRUIT EXTRACT yang kaya dengan Vitamin C dan E. Selain itu, night cream ini juga mengaktifkan antioksida dalam lapisan kulit dan memberikan kesan pencerahan seawal 7 hari serta dineutralkan daripada bahan aktif yang merbahaya. Dah la warna pink, memang terasa eksaited la nak pakai setiap malam ! ewaahhh ~ hihi
Jadi, tu semua adalah 4 produk yang terdapat dalam Set LVA Untuk Wanita Berkulit Normal. Bagi sesiapa yang kulit normal macam Lyssa ni, korang memang patut cuba! Memang best sangat pakai 1 set lengkap ni. Berbaloi sangat dengan harganya tau ! Kita yang perempuan ni, jangan malas sangat la nak jaga kulit muka kita ni kan. Kalau bukan untuk orang lain pun, setidaknya, buatlah untuk diri sendiri. Jangan kedekut sangat duit tu. Untuk diri sendiri jugak kan. Siapa tak nak cantikkan, setidaknya juga kita ada usaha. hihi ! Lyssa ni, sejak sejak pakai Set Produk LVA ni, muka jadi makin glowing pun hado... Makin peloles pun hado... Paling best, makin lembap je muka ni. Ah! Tak de dah rasa kulit kering macam sebelum-sebelum ni... Bau dia memang tak payah cakap la ! Empat2 produk ni bau wangi. Pernah bau air mawar ? Haaa.. Gitu lah bau dia. hikhik.. Belum cuba belum tahu kan :P
Untuk info lanjut, korang boleh ke :
FACEBOOK: www.facebook.com/Liveabeaute/
Terima Kasih Sudi Baca :P
5 000 orang Comment Di Sini
Write 000 orang Comment Di Sinimakin cantiklah lyssa nanti
http://junainah3.sharethisstory.net/my-1171490-10522
makin cunlah dia nanti kan...
~ Kisahsidairy~
lama jugak tak pakai day and night cream
cantiknya kak lyssa <3
.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon