VIRAL | Dikecam Beri Nama Anak 'Naruto', Bapa Tampil Jelas Hal Sebenar



Gara-gara memuat naik gambar sijil kelahiran anak kedua bernama Muhammad Putra Naruto di akaun Instagram, pelawak dan pelakon tempatan, Mohd Shah Rizal Sulaiman, dicela oleh pengguna Internet selepas dia memuat naik sijil lahir anak yang baru lahir, yang menunjukkan nama Muhammad Putra Naruto.

Naruto ialah siri anime Jepun terkenal yang menceritakan kisah Uzumaki Naruto, seorang ninja tanpa bakat istimewa, namun cekal dan pantang berputus asa demi mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang Hokage.

Walau bagaimanapun, Shah menjelaskan bahawa ia hanya jenaka untuk gurauan ahli keluarganya.





Beliau sebenarnya telah menyunting sijil lahir anaknya dan menukar nama sebenar, Muhammad Putra Iyyad, kepada Naruto sebelum memuat naik ke Instagram pada Selasa lalu.



"Saya minta maaf sebab hanya bergurau di Instagram. Tak sangka ia jadi viral. Sebenarnya sijil kelahiran ini sengaja disunting kerana saya nak ‘kenakan’ ahli keluarga yang mencadangkan nama Naruto memandangkan saya dan anak sulung meminati anime ini," katanya.



Ahli keluarga dan beberapa peminat terkejut dan percaya bayi itu dinamakan Naruto. - Sumber
KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

9 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
shahdiana
AUTHOR
February 17, 2017 at 3:55 PM delete

tula kalo public figure ni...susah nak buat silap..kena berhemah je...heheh..banyak mata yang memerati...

avatar
Mrs Pip
AUTHOR
February 18, 2017 at 6:23 AM delete

hi Mas ... awal pagi lagi saya dah gelak2 sorang2 baca entry ni ..ingatkan serius nama anak dia Naruto, rupa2nya ....la kena edit pula.

avatar
Mrs Pip
AUTHOR
February 18, 2017 at 6:25 AM delete

eh eh, lys la..awal2 pagi lagi dah salah taip ... tu la, gelak lagi sorang2 ...

avatar
Mummy MM
AUTHOR
February 18, 2017 at 6:50 PM delete

Naruto pun boleh. Tapi lagi baik kalau bagi nama anak dengan nama yang membawa maksud yang baik dalam Islam.

http://diarimommymuhaimin.blogspot.com/

avatar
Mime MF
AUTHOR
February 19, 2017 at 2:39 AM delete

tak pasal2 kena kecam..adehhh

avatar
February 22, 2017 at 12:54 PM delete

Boleh dijadikan iktibar.Bukan semua tempat boleh dijadikan jenaka.

avatar
linawati
AUTHOR
March 18, 2017 at 1:12 PM delete

haha lucu nama anaknya

avatar
Aulia BRC
AUTHOR
August 8, 2019 at 5:42 PM delete

Wah budak ni besar kan jadi jagoan. hehehe

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon