Blog Bermasalah Atau Aku Yang Bermalasah ?

Assalamualaikum..

Uhm.. Lama betul rasanya tak berceloteh dan membebel dalam belog ni. Padahal semalam baru je update pasal tempat makan menarik yang Lyssa gi makan haritu. Gi lah usha entri tu, mana tau kot kot korang tak de idea nak makan kat mana, boleh jugak lah singgah makan kat situ kan ? huu.

Tapi bukan itu yang Lyssa nak celotehkan sekarang ni. Sekarang ni, Lyssa tak tahu la apa masalah dengan blog Lyssa ni. Semalam tengok okey je. Tadi, tiba-tiba jadi lain pulak. Lyssa ada la juga tanya dalam group blogger kot kot depa taw. Tapi, depa suruh tunggu kot kot nanti elok sendiri ka pa. Memang la Lyssa dok tunggu ni. Bukan la dok melangut ja. Cari la juga info kot boleh betulkan balik belog ni. Tapi, tak menjadi juga lah. Tetap jadi benda yang sama.



Ni haa.. Jadi gini ...


So, korang nampak tak apa yang Lyssa nampak ni. Yes ! Bila ke homepage blog Lyssa dia akan hanya keluar gambar dan tajuk post tu. Mana pi hilangnya perenggan pertama post tu ? Makna kata kat sini, snippet (atau sedikit ayat di permulaan perenggan) tak keluar. Kosong macam tu ja.. !

Jadi, "blog yang bermasalah atau aku yang bermasalah sebenarnya ?"

HAHA ! Selidik punya selidik, baru ler dapat tau yang ini masalah template. Rupanya bukan Lyssa je alami masalah ni, ada juga orang lain yang ada masalah tak keluar snippet post ni kat homepage. Haihh... Dah cuba cari solution pun tetap tak jadi jugak. Tak jumpa pun sebenarnya apa solutionnya. Hanya mampu bersabar dan tunggu ianya pulih sendiri. Cepat atau lambat tu tak pasti..

Tapi, kalau dalam masa seminggu ni dok macam ni jugak, Lyssa tak teragak-agak untuk tukar template lain !

Tu satu masalah jugak. MALASSSSSSSNYAAAAAAA nak bermain dengan coding edit itu edit iniiiii......

Nasib.....Nasib....

Okbye~

Terima Kasihlah Sudi Baca. Dah baca, komen lah !


UPDATE !!!!! 

Masalah dah settle. tunggu punya tunggu alhamdulillah pulih dengan sendirinya.... :D
Tengok ni.. Dah ada description dah bahagian bawah tajuk post :D Alhamdulillah~


KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

8 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
Anonymous
AUTHOR
February 17, 2017 at 8:32 AM delete

Blog sy pun mcm ni jgk. Haha. Tp kan, knp ya sy x blh follow blog kak lyssa. Selalu keluar error.

avatar
Unknown
AUTHOR
February 17, 2017 at 11:56 AM delete

2 hari lepas saya perasan widget follow me to dah ok. After login nuffnang tak boleh pulak tgok followers. Haihh

avatar
Anum Abdullah
AUTHOR
February 17, 2017 at 2:32 PM delete

syukurlah template dah kembali pulih..

avatar
Anonymous
AUTHOR
February 17, 2017 at 4:54 PM delete

web blogger punya problem lah tu...

avatar
February 17, 2017 at 7:06 PM delete

Saya pun macam tu juga.. jenuh nak cari code mana yang bermasalah.. sampai tukar template baru lagi.. rupanya masalah blogger cis.. nasib tak beli template premium.

avatar
Uyul Rosli
AUTHOR
March 8, 2017 at 10:34 PM delete

Lyssa, part malas main coding tuh, sama lahh. ehhehehe. tapi lyssa, thanks so much, dulu masa zaman 2012, zaman uyul gigih berblog, blog lyssa ni tempat rujukan uyul. TQ Lyssa!

JOM KE BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

avatar
Admin
AUTHOR
March 15, 2017 at 3:42 PM delete

mungkin template lah...bug ka?

avatar
usufhilmann
AUTHOR
May 1, 2017 at 4:27 PM delete

Eh..eh...blog Lyssa mmg tak de masalah! memang sentiasa best sb tu saya slalu singgah! Keep it up!

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon