Kulit Wajah Lyssa Jadi Semakin Cantik Dengan SkinKare Saffron Set !

Assalamualaikum..

Hi korang semua.. Tengah buat apa tu ? Seronok ek bercuti. Esok dah start keje kan ? Sekolah pun dah mula esok kan.. ? Tapi Lyssa tak mula kelas lagi. Sekarang ni tengah cuti semester sampailah pertengahan bulan 2 nanti. Baru je lepas habis final exam. So, macam biasa. Mengadap blog je lah lepas nih. HAHA ! Haaaa. Korang !!! Lyssa ada satu rahsia nak bagitau korang ni. Rahsia Lyssa dapatkan kulit dan kekalkan kulit wajah cantik, lembut and cerah gituww. Nak tahu Lyssa pakai apa? Korang boleh baca sampai habis ek !

Lyssa amat teruja sekali bila mula pakai satu set skincare ni. Lepas je Lyssa pakai satu produk ni, kulit Lyssa bertambah sihat dan jadi makin ploless gituww. Serius tak tipu weh! Sebab tu Lyssa nak syorkan kat korang pula untuk cuba produk ni. Produk apa lagi kalau bukan SkinKare Premium Saffron Set !


Apa itu SkinKare Saffron Set ?

Saffron Set adalah satu penjagaan kulit wajah yang diformulasikan daripada bahan premium terbaik dan berkualiti tinggi dari seluruh pelusuk dunia, terutamanya herba paling berharga dan termahal di dunia iaitu Saffron dari Iran. Tujuan utama produk ini adalah untuk merawat segala jenis permasalahan kulit secara selamat kerana SkinKare amat menitikberatkan kesihatan kulit para pengguna. Kulit yang sihat adalah asas utama untuk tampil lebih yakin dan cantik. Formulasinya yang bebas daripada bahan kimia dan 100% berasaskan bahan semulajadi adalah kunci utama kepada kulit yang bersih dan sihat.

Apa kandungan di dalam SkinKare Saffron Set ?

Antara kandungan bahan yang terdapat dalam Saffron Set ini adalah Saffron Soya, Vitamin C, Vitamin E, Vitamin B1, Hydrolized Whey Protein, Asam Jawa dan Minyak Zaitun.

Kelebihan SkinKare Saffron Set

  • Melembutkan, mencerah serta menyatakan warna kulit
  • Merawat jerawat
  • Mengecilkan liang pori
  • Memperbaiki struktur kulit
  • Memudarkan parut dan menyingkirkan sel kulit mati
  • Menghilangkan jeragat, bintik-bintik hitam
  • Menghilangkan lingkaran hitam bawah mata dan 'Eyebag'
  • Bersifat anti-penuaan dan mengembalikan keanjalan kulit
  • Melembabkan kulit, kulit kering dan bersisik tiada lagi
  • Menanggalkan lebihan minyak dan wajah akan kelihatan segar


Dalam 3 step je, korang dah boleh dapatkan kulit yang cantik tau ! Magik sangat !! Apa 3 step tu ?

Step 1 : Saffron Cleanser 50ml


Pertama sekali, korang cuci muka korang tu dengan Saffron Cleanser. Saffron Cleanser ni dapat membersihkan kulit secara mendalam dan menanggalkan sisa kotoran pada kulit wajah di samping membantu menstabilkan PH pada kulit serta mengecilkan liang pori. Best sangat tau pakai pencuci muka ni. Lepas je bilas dengan air, rasa bersih sangat dan tegang je muka. Bau pun wangi! hihi..

Step 2 : Special Treatment Serum 15ml


Ok. Lepas dah habis cuci muka. Lap kering-kering. Dan macam biasa, kita apply pula Special Treatment Serum ni kat muka. Senang je nak guna. Hanya dengan satu drop ke wajah kulit kita dan ianya dapat membantu membaik pulih serta mempercepatkan proses pembaharuan sel-sel kulit yang rosak. Selain itu, serum ini juga dapat membantu merawat mendalam parut di wajah disamping mengekalkan keanjalan dan ketegangan kulit secara sempurna. Jangan risau, lepas je apply serum ni, dia sangat cepat meresap masuk ke dalam kulit kita tau. So, memang takkan rasa melekit !

Step 3 : Skin Repair Moisturizer 20g


Ok. Lepas pakai serum tu tadi, sekarang korang boleh terus je apply Skin Repair Moisturizer ni kat muka. Wah ! Lyssa suka sangat pakai moisturizer ni sebab rasa sejuk je bila pakai. hihi. Kalau korang nak tahu, pelembap ni dapat menjaga dan memelihara kulit secara dwicara untuk membantu melindungi kulit daripada pencemaran bebas dan Free Radical serta menambah tahap kelembapan kulit untuk melambatkan proses penuaan. Jadi, korang tak perlu lagi risau kalau kulit korang tu kering ke apa. Memang akan sentiasa lembap je rasa bila pakai moisturizer ni. Nak apply make up pun senang dan tahan lama :)


Testimoni Daripada Pengguna


 



Testimoni Lyssa Sendiri


   

Terus terang cakap, Lyssa memang suka sangat tengok hasilnya selepas cuba pakai produk ni. Kulit bertambah lembut, cerah and paling best, jerawat yang ada kat muka ni, cepat je kecut and hilang lepas apply saffron set ni ! Fuh .. Rugi lah kalau ada antara korang yang tak nak cuba SkinKare Saffron Set ni. Rasanya, korang kena la cuba sendiri kalau nak tahu keberkesanannya kan. Lyssa tak nak la cakap banyak. Cuma, korang try grab 1 dulu, cuba pakai dan tengok apa hasilnya... hihi !! Yang pasti, korang pun mesti akan jatuh cinta dengan Skinkare Saffron Set ni ! weeeee..~

Ada yang berminat nak order ??

Untuk maklumat lanjut, korang boleh terus ke :

Instagram : @skinkarebyhezs
Email : skinkarebyhezs@gmail.com
Whatsapp : 019-2273435

TerimaKasihSudiBaca..

KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

7 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
Unknown
AUTHOR
January 30, 2017 at 9:19 PM delete

Masih tercari-cari skincare yang sesuai. Nak try beli yang ni =)

avatar
January 30, 2017 at 9:36 PM delete

@munirah mansor

cuba try guna produk ni .. best tau . belum cuba belum tahu ^^ hehehe

avatar
February 3, 2017 at 11:33 AM delete

Malu nak tanya. Sesuai ke untuk lelaki? hahahahahaha :):):)

avatar
Mummy MM
AUTHOR
February 3, 2017 at 4:06 PM delete

Saya tengah mencari-cari skincare yang sesuai untuk kulit berminyak.

-Diari Mummy Muhaimin-

avatar
February 3, 2017 at 5:48 PM delete

@Abdullah Idris

jangan risau.. produk ni, bukan utk perempuan jee.. lelaki pun boleh pakai ^^

avatar
February 3, 2017 at 5:48 PM delete

@Mommy Muhaimin

boleh juga cuba produk ni . sangat sesuai utk semua jenis kulit :)

avatar
Unknown
AUTHOR
February 14, 2017 at 4:05 PM delete

jual pasir galunggung kualitas terjamin http://www.pasirgalunggung.tk/

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon