SEJUJURNYA, berapa kerapkah anda membelek kamus bahasa Melayu (BM) atau lebih tepat lagi, Kamus Dewan Bahasa? Pasti jarang-jarang sahaja bukan?
Menurut Harian Metro, sikap malas membuka kamus BM menjadi punca utama mengapa sesetengah perkataan bahasa Melayu masih janggal digunakan dalam kehidupan seharian, malah seperti berbelit lidah mahu menyebutnya.
Tak salah masyarakat mahu memperbaiki penguasaan bahasa Inggeris (BI) dengan mempraktikkan penggunaannya dalam kehidupan seharian.
Namun, apa yang terjadi hari ini adalah penggunaan perkataan BI telah menenggelamkan bahasa kebangsaan kita.
Sejak dipaparkan di akhbar Harian Metro kelmarin (Khamis), senarai perkataan baharu bahasa Melayu telah meluas ditularkan di laman sosial.
Walaupun kesemua perkataan itu sebenarnya sudah lama diterbitkan dalam kamus bahasa Melayu, namun penggunaannya yang kurang menyebabkan perkataan itu kelihatan seperti perkataan baharu.
Malah, mungkin ada dalam kalangan masyarakat yang sememangnya tidak pernah melihat atau mendengar perkataan itu, jauh sekali mengetahui maksudnya.
Perkongsian senarai perkataan itu di media sosial mendapat perhatian ramai netizen. Boleh dilihat, ramai juga yang cuba membina ayat dengan menggunakan perkataan tersebut.
Bagaimana dengan anda? Boleh anda bina satu ayat dengan menggunakan perkataan yang disenaraikan? – Sumber
9 000 orang Comment Di Sini
Write 000 orang Comment Di Sini:-bd. Betul- betul perkataan baru. Jerayawara.
Thanks you for sharing, biasa dengar viral je..
take note!
cam pelik ja dengar...haha
Nice sharing lyssa.. Tapi takat ni tak pernah lagi tengok atau dengar org guna.. :)
dah boleh tular dh
dh tular ni.....
hehe... sebenarnya tak baru... dh lama dalam kamus... cuma baru nak guna semula...
Wow...baru tahu...pernah dengar sekali dalam era...pada anda semua kalau berkelapangan, datanglah ke blog kami...http://nzcleaning.blogspot.my/...dan ini website kami, www.nzcleaningmalaysia.com
.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon