OrganicHana | Produk Kecantikan Homemade

Assalamualaikum...

Hi koranggg ! Lyssa nak habaq satu benda ni.. Sebelum ni korang ada pernah terdengaq dak dengan satu produk ni, produk homemade, handblended, handcrafted yang dihasilkan dari rumah sahaja ? Haaa.. Tudia la nak habaq ni .. Apa la lagi kalau bukan produk kecantikan dari OrganicHana ! Meh sini nak cerita sikit pasai OrganicHana nih bagi yang tak tau lagi noh..



Produk OrganicHana merupakan produk orgnanik dan semulajadi. 80% bahan yang digunakan adalah diimport dari USA tau! Sebenarnya, produk ni dah lama dah.. Dikeluarkan sejak Oktober 2014 lagi. Masa tahun pertama tu, produk ini hanya memfokuskan jualan di instagram. Tapi, permintaan tersangatlah tinggi setiap bulan, dan akhirnya sekarang ni berani untuk buka agent/stokis di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura. Menarikkan ?! Lagipun, produk ni diformulasikan dan dihasilkan sendiri, tiada lemak haiwan, tiada kimia berbahaya dan lagi penting produk ni halal okey !

Produk OrganicHana ini adalah 100% homemade dan buatan tangan. Bahan asas yang digunakan adalah seperti minyak zaitun, minyak kelapa dara, minyak bunga matahari, minyak castor, dan minyak kacang almond. Dan disebabkan Organic Hana menggunakan bahan organik dan natural, ianya hanya boleh bertahan dari 3 bulan - setahun selepas dibuka.

Produk pertama beliau pada 2014 ialah homemade Lipbalm yang diperbuat dari lilin lebah, cocoa butter dan minyak zaitun asli,  dan lipscrub, disusuli dengan sabun-sabun yang dihasilkan secara Cold-pressed dan eyecream. Sebenarnya banyak lagi tau produk dari OrganicHana ni. Antaranya adalah Bonita Liptint , Face Cream Skin Repair , Rub Balm , Lotus Mole Cream, Anti Scar Cream dan juga Sabun Anti Parut. Nanti semua produk ni, Lyssa akan cerita kat bawah ni, korang baca je sampai habis eh ! Mana tahu ada yang berkenan di hati nak beli produk organic yang tanpa bahan kimia ni kan ... hihi !

Firming Eye Cream

Produk OrganicHana ini mendapat jualan tertinggi pada 2014 iaitu Firming EyeCream, yang bertindak mengurangkan kesan lebam bawah mata, menghilangkan lingkaran letih bawah mata, kedut mata dan pada masa yang sama memperbaiki dan menghasilkan kolagen baru di sekeliling mata.


Lipbalm / Moist LipScrub

Ini pula produk bibir Lipbalm dan Moist LipScrub. Set lengkap bibir ini untuk wanita yang mempunyai masalah kulit bibir kering, merekah, lebam dan hitam. Ianya diperbuat daripada bahan semulajadi yang tidak akan mengeringkan kulit. Harganya hanyalah RM25 sahaja.


Bonita Liptint

Ini pula adalah Bonita Liptint khas untuk wanita yang menginginkan bibir yang merah, sihat, licin tanpa penggunaan bahan kimia. LipTint ini diperbuat daripada organik aloe vera, vitamin E, Safflower oil, dan lain-lain bagi mengekalkan bibir sentiasa sihat remaja.


Repair Cream

Repair Cream ini yang merupakan krim muka dihasilkan daripada minyak-minyak tumbuhan dan pati bunga untuk melewatkan tanda-tanda penuaan, mengurangkan jerawat aktif dan bertindak sebagai pelembap yang boleh digunakan siang dan malam. Kini, repair cream OrganicHana hadir dalam packaging baru yang lebih mudah digunakan dan bersaiz kecil.



The RubBalm

Ok. Pada Ogos 2016, OrganicHana mengeluarkan pula produk penjagaan khusus untuk baby, iaitu NO-Rashes Cream dan juga the RubBalm. Ianya diperbuat daripada Virgin Olive Oil, Beeswax dan Essential Oil of Eucalyptus, Rosemary, PaperMint dan Lavender. Apa kelebihan The RubBalm ni ?
Jom tengok !



Kelebihan The RubBalm

  • Kulit Eczema dan kulit yang sensitif dengan steriod cream.
  • Baby akan rasa nyaman bila pakai.
  • Boleh disapu di tumit yang kering.
  • Bagus untuk elakkan gigitan nyamuk dan serangga.
  • Mengelakkan kembung perut.
  • Melegakan rasa pening dan loya.
  • Melembutkan dan melembapkan kulit.
  • Mengurangkan migrain.
  • Sesuai untuk ibu mengandung yang mahu mengurangkan strechmark di bahagian peha.


Lotus Mole Cream

Tahun ni bulan Januari haritu , OrganicHana ada juga mengeluarkan satu produk baru iaitu Lotus Mole Cream. Memang dah jadi trend kini ramai sangat orang nak buangkan tahi lalat kan ? Jadi, produk ini dihasilkan untuk menghilangkan tahi lalat, ketuat, isi terlebih dan juga biji kolestrol. Kalau korang nak tahu, ianya telah terjual melebihi 5000 unit dalam masa beberapa bulan dan merupakan Set Mole Removal Cream No 1 di Instagram !!!



Seperti gambar di bawah ini, ianya merupakan Set lengkap Lotus Mole Cream dan Set Anti Parut yang berhaga RM99 (PROMOTION!!!) beserta FREE POSTAGE mengandungi :


  • Lotus Mole Cream 10g (Untuk menghilangkan tahi lalat yang tidak diingini, ketuat, biji kolestrol dan kutil) - Pemakaiannya hanya 2 kali sahaja.
  • Anti Scar Cream 3g (Dipakai setelah kuping tertanggal bertindak bagi mengurangkan parut)
  • Sabun Anti Parut 50g (Dipakai selama 2 minit kemudian bilas)


Antara Testimoni Pengguna Produk OrganicHana



 

Banyak lagi TESTIMONI PENGGUNA >> DI SINI <<


Ada banyak lagi tau produk yang boleh korang ushaaaa dekat website dan IG mereka !!
Sebarang pertanyaan dan info lanjut mengenai produk Organic Hana ini, korang boleh terus ke :

Whatsapp : TYPE LYLMC to 016 - 711 4112

Terdapat 2 outlet juga iaitu di :
Dataran Sunway, Kota Damansara dan juga
Alam Avenue 1, Padang Jawa Shah Alam

** Boleh whatsapp nombor di atas untuk untuk dapatkan Waze ye :)



Terima Kasih Sudi Baca ...

KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon