Khai Bahar 'Telan' Ujian Pertama



Bergelar artis tidak semudah yang disangka. Apabila berada di kemuncak perjalanan karier, tentu akan datang pelbagai dugaan untuk menggoyahkan laluan itu.
Bagi penyanyi lagu Bayang, Khai Bahar, dia juga tidak terlepas daripada berhadapan tohmahan masyarakat. Antara yang dulunya panas disebut adalah video yang dianggap mencurigakan personaliti dirinya itu.
Bagi Khai, itu sebahagian daripada ujian pertama buatnya dalam mengejar minat menjadi ‘public figure’.
“Ketika video itu mula tersebar di Facebook, pelbagai reaksi masyarakat dapat saya lihat. Ada yang menghentam dan menganggap saya golongan songsang.
“Bagi saya, mereka yang melemparkan komen negatif itu belum kenal siapa saya yang sebenarnya. Itu hanya tanggapan semata-mata dan bukannya realiti. Saya sebenarnya cukup mesra dengan kawan baik saya kerana kami memang rapat sejak dulu,” ujarnya kepada BLING!
Jelas bintang YouTube kelahiran Perlis itu lagi, dia sendiri masih waras dan tidak mungkin akan berkongsi video atau perkara yang akan hanya mengaibkan diri mahupun keluarga.
“Video itu tidaklah keterlaluan mana pun. Kalau ia melampaui batasan, tidak mungkin saya dan sahabat itu akan memuat naik ke laman Facebook.
“Setiap apa yang saya lakukan, saya akan fikirkan sedalam-dalamnya kesan dan apa yang akan berlaku selepas itu,” kata Khai.
Tidak hanya dia yang terkena tempias komen negatif masyarakat, Khai atau nama sebenarnya Muhamad Khairul Baharudin, 22, akui rakannya juga turut dilempar dengan pelbagai tohmahan.
“Kawan baik saya itu juga mengadu, dia turut dikecam dan dilemparkan pelbagai komen negatif. Saya nasihatkan dia agar usah melayani komen yang negatif kerana sebagai manusia, kita takkan dapat puaskan hati semua orang.
“Untuk memudahkan hidup, saya tetap hargai semua komen peminat tetapi akan lebih beri perhatian kepada mereka yang sentiasa menyokong karier saya,” katanya.
Tidak kisah dilabel penyanyi lagu sedih
Terbaru, Khai baru sahaja selesai merakam tiga lagu baru dan dalam proses untuk memilih lagu yang sesuai dijadikan single keduanya.
“Ketiga-tiga lagu itu masih mengekalkan konsep sama seperti lagu Bayang. Rentaknya juga tidak banyak berbeza dan jalan ceritanya juga masih mengenai kesedihan,” katanya.
Ditanya sama ada dia selesa sekiranya dilabel sebagai penyanyi lagu sedih, Khai tidak menolak kerana baginya, dia selesa membawakan lagu berkonsep sebegitu.
“Mungkin kerana jiwa saya selesa dengan lagu sebegitu, jadi rasanya tak jadi masalah. Mungkin kalau ada rezeki, selepas single kedua, saya akan hadir dengan lagu lebih rancak.
“Buat masa sekarang, fokus saya untuk terus tumpukan kepada promosi Bayang. Alhamdulillah, sambutannya juga semakin menggalakkan dan itu menjadi pendorong kepada saya untuk lebih bersemangat,” katanya.
Diminta mengulas mengenai strateginya mengekalkan kedudukannya di samping semakin ramai bakat baru
yang muncul, Khai ada jawapannya.
“Apa yang dapat saya lihat, semakin ramai penyanyi baru muncul dengan lagu baru di laman sosial. Ini adalah petanda baik untuk saya dan artis lain kerana industri kita semakin meriah,” katanya. -Sumber

p/s : Biasalah, hidup seorang artiskan . Memang akan ada cabarannya. Terpulang kepada individu masing-masing dan fikir sendiri bagaimana nak atasi sesuatu masalah atau ujian tu kan? Samalah macam kita yang tak bergelar artis ni pun, ujian memang tetap ada. Bezanya sedikit atau banyak dan dalam situasi yang berbeza. Kena kecam tu lumrah biasa seorang artis. Pandai kita handle, settle la masalah. Mulut orang, mana boleh kita tutup. Ye dak ? Jadikan ia suatu pengajaran untuk masa akan datang...
KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon