Assalamualaikum..
Hey korang !
Terima kasih sebab sudi singgah baca blog Lyssa lagi. Hari ni Lyssa nak story sedikit mengenai satu produk muka terkemuka dan masih digunakan oleh masyarakat kita sekarang ini iaitu Bedak MIYAMI . Lyssa nak tanya lah ni, siapa yang kat sini, memang pengguna tegar bedak MIYAMI dari dulu sampai sekarang ? Ye lah.. apa pulak tak suka, bedak ni kan dapat menutup segala cela kat kulit muka kita kan.. Lagi pulak ianya juga adalah bedak yang mempunyai 'Two Way Foundation' dan ada juga UV Protection kan .. Kadang bila pakai, seketul jerawat pun tak nampak. heheh !
Jadi sekarang , baca entri ni sampai habis tau..
Selama korang guna bedak MIYAMI ini, tahukah korang mana satu yang Ori dan mana satu yang Fake (bukan original). Hmm. Nampak macam remeh, tapi penting tau ! Sekarang ni, bukan bedak yang Lyssa cakap ni je ada yang fake, tapi banyak dah sekarang produk yang mengeluarkan barang yang bukan ori dan kadang-kadang boleh menjejaskan diri kita sendiri. Jadi, kita perlu ambil tahu juga supaya kulit atau badan kita tak rosak dek produk yang fake macam ni.
Dah kebetulan Lyssa terjumpa info ini di facebook, jadi Lyssa pun nak kongsikan pada korang semualah supaya tak ada antara korang yang tertipu dengan produk fake ini. Tapi selalunya, kalau tak nak rasa was-was adakah bedak MIYAMI yang kita nak beli ni ori ataupun tidak, korang boleh dapatkan sahaja di mana-mana cawangan Cosway, sebab Cosway mengeluarkan produk yang ori. Jadi memang tak perlu risau langsung !
Tapi, kalau korang nak beli kat tempat lain juga, korang boleh kenali bedak mana yang ori atau fake dengan merujuk gambar-gambar di bawah ini.... Tengok betul- betul tau !
Sticker Belakang Bedak
- ORI = ke tengah sedikit, bawah lubang tu dan tidak berkilat (matte)
- FAKE = ke bahagian atas, tutup lubang dan berkilat
Saiz dan Berat Bedak
- ORI = Lebar dan berat
-FAKE = Kecik sedikit dan ringan
Tulisan Pada Bekas Bedak
-ORI = Tidak berkilat
-FAKE = Berkilat
Sponge
- ORI = Tebal
-FAKE = Nipis daripada original
Pengalaman Sendiri
Ok. Baru-baru ni, Lyssa sekeluarga ada pergi ke Uptown Cheras tu. Sahaja la nak cari barang sikit. Terjumpa la satu kedai yang menjual semua barang make-up. Lyssa ni memang pantang kalau jumpa kedai makeup, mesti akan singgah nak tengok. Kalau tak beli, tengok-tengok pun jadi lah. Masa tu, mama Lyssa pun ada sekali. Katanya, bedak Miyami dia dah habis. Jadi, nak beli la yang baru. Lyssa pun tanya la kat akak tu, berapa harga bedak ni. Katanya RM20. Then cakap kat mana. Murah nih ! Beli lah. Tak terfikir langsung la produk ni Ori ke tak, main beli je. Sebab selalunya kalau Lyssa beli harga RM26 macam tu. So, dah jual murah ni, memang tak lepaskan peluang la nak beli. Tapi mama Lyssa je la yang beli, memandangkan bedak Lyssa baru je beli. Dan kebetulan tadi, mama ada juga terbaca info mengenai bedak Miyami Ori vs Fake ni, mama check balik bedak yang baru dibelinya tu, dan dapati bedak baru tu FAKE !
Kiri FAKE , kanan ORI
erghh. Tertipu lah kami haritu... Emm.. Bukan tak boleh pakai. Boleh, tapi efek nya siapa tahu ? Benda FAKE kan.. Kot kot la boleh rosak muka kita. Dari muka dah ok, tiba-tiba pakai bedak ni jadi tak oke ke apa kan ? Kan satu hal pulak.
So, sekarang.. Benda dah tahu, korang pun dah tahu. Jadi, pengajarannya, berhati-hatilah semasa membeli produk kecantikan. Kita nak cantik, tengok-tengok jadi lain dari apa yang kita nak. Renung-renungkan dan selamat beramal ~ eh ! :D
TerimaKasihSudiBaca..
p/s : *kalau korang tak pakai bedak ni pun, boleh SHARE kepada kawan-kawan atau sedara yang guna bedak ni supaya takada lagi antara kita yang tertipu :D
18 000 orang Comment Di Sini
Write 000 orang Comment Di Sinizya pengguna bedak nie dari zaman sekolah smpai skrg.ni baru tahu ada yg fake lepas nie kena berhati2 lah. tq lysa atas maklumat nie.
Sooo useful! Sebab I memang pengguna miyami pun & so far yang dibeli pun ori
http://azreensofia.blogspot.my/
Haih sekarang ni memang banyak sangat barang makeup fake, dah lah ingredients dia bahaya. Thank you sebab share! :)
Anyway, kalau rajin singgah lah baca blog. Thank you in advance and have a good day :)
http://husnawho.blogspot.my/
terus tgk bedak kite....heeeee...seb baik ori..tq lyssa
mai guna bedak ni, thank you lyssa untuk panduan ni.lepas ni kena berhati2.
Fake products ni sangat worrying tau. Dah lah orang kalau jual banyak gila, murah pulak tu and senang nak dapat as well. Lenne lebih suka pergi watsons or guardian, much safer.
JOM JOIN GIVEAWAY CONTACT LENS. 2 PAIRS FOR FREE ;) http://naziramohamad.blogspot.my/2016/11/giveaway-contact-lens-2016.html
HARI TU BELI RM13
pelik bila sampai ringan sangat. xpadat cam biasa. tp bile pakai kesan dia cantek. cuma nasihat sy..beli jela kt cosway lps ni..byr mahal skit asal selamat dan berbaloi. pelik patutla org jual pukal. sigh!
MIL akak pakai bedak ni Lyssa..alahai ada yang fake..
Dulu mmg pakai bedak miyami jugak..tapi dah lama tak guna
Saya bukanlah pengguna bedak ni, tapi saya ada isteri yang mungkin pengguna produk ni. Boleh bagitahu diaorang. Tapi yang peliknya, kalau dah produk fake macam ni boleh beri kesan buruk pada pengguna, kenapa ia boleh dijual secara terbuka ek. Takde sebarang pemantauan ke?
Fake pun ok kalau kualiti sama.
Kalau kualiti tak sama dikira tak ok.
Blog kat bawah ni bukan fake. Ori lagi:
http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com
neeza pun pengguna setia miyami sejak dari sekolah sampai sekarang.. better safe beli dekat cosway je :D
www.neezalife.com
Bahaya juga barang tiruan nih... semua buat sebab nak untung atas usaha orang lain yang ada kos marketing...hmmm
P/S: Jana pendapatan lumayan dengan Uber.
Cara daftar di sini >> http://www.uber.hebahkan.com/2016/03/bagaimanakah-cara-mendaftar-untuk.html
Bkn k yg sblah kiri tu original from indonesia..yg kanan dr japan..rasa2 kedua-duanya original..dikilangkan di indonesia
ooo.. baru tau. TQ info.
Ada x yang ada masalah Hb rendah? Jom semak 10 Makanan Naikkan Hb
Dekat kelantan bedak ori rm19 je bini sy beli... harga puas hati bini pom cantik gituuu
Sya beli d cosway .. tp mmg fake juga.. pakai kejap ja bedak dh brcapuk..rasa nya xda yg ori lg.. biasa nya ori pakai ja cantik wlupun muka penuh bekas jerawat..
.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon