Sedih Di Hari Kemerdekaan !

Assalamualaikum..

Hari ni genaplah tahun ke-59 negara kita negara Malaysia MERDEKA ! Tanggal 31 Ogos adalah hari kebebasan bagi semua rakyat Malaysia. Macam-macam aktiviti yang dapat kita lihat di pagi merdeka hari ni. Dalam suka kita menyambut hari yang penuh bermakna demi negara kita.. Tapi aku... Terima berita yang menyedih di pagi Hari Kemerdekaan !

Subuh-subuh lagi, jam 5.50 pagi aku terima satu mesej daripada mama aku. Tak pernah-pernah mama hantar mesej Sesubuh tadi. Terkejut jugak tiba-tiba dapat mesej yang mengatakan salah seekor kucing aku MATI ! Hmm. Jacky namanya..



Kalau korang ada follow instagram dan facebook aku, aku selalu juga post gambar-gambar kucing aku tu. Al-maklumlah.. Kucing ada 3 ekor di rumah. Memang aku sayang sangat kat diorang tu haa.. Tapi, berita yang menyedihkan pagi tadi membuatkan mood aku hilang secara tiba-tiba. Sumpah sedih gila bila dengar kucing kesayangan sendiri mati ! Bukan mati kena langgar .. Tapi ... Jap. Aku cerita ..

Sebenarnya Jacky tu dah sakit dalam 2 hari ni. Muntah-muntah dan cirit-birit. Abah dengan mamampun pelik lah kenapa jadi macam ni. Lepas tu semalam, abah dah bawa pergi ke klinik veterinar. Doktor cucuk Jacky. Then balik, dah bagi minum air kelapa. Dah bagi makan ubat cirit. Tetap sama. Dok macam tu jugak. Abah kata, sebenarnya malam tadi ok, tapi dah kurang bergerak.. Pagi-pagi tadi bangun tengok Jacky dah mati. Mati dalam sangkar ditemani adik betinanya Jenny.

Tengok gambar ni ..


Jenny dengan Jacob diam terkelu tak terkata.. Walaupun Jacob selalu bergaduh dengan Jacky, tapi aku tahu dipelosok, dilubuk hati dia, sayang kat Jacky teman sepermainan dia tu. Urmm . Subuh tadi dah kebumikan dah Si Jacky kat belakang rumah. Bila fikirkan balik.. Memang kesian dekat Si Jenny tu sebab yang mati tu abang dia.. Abang dia tu memang 24 jam jaga je Jenny nak ke mana-mana pun. Tapi, sekarang ? Siapa nak pegang tanggungjawab tu ? Mungkin Jacky dah lepaskan tanggunjawab tu kepada Jacob kot.

Jacky kiri , Jenny kanan

Sekarang ni dah tinggal 2 ekor je kat rumah. Ajal maut di tangan Tuhan ye tak. Tapi aku harap sangat dorang berdua tu boleh hidup lagi lama la.... T_T  Tak nak lagi rasa kehilangan ~~~


*Jacky dalam kenangan* 

Terima Kasih Sudi Baca ...

KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

1 000 orang Comment Di Sini:

Write 000 orang Comment Di Sini
Syamimi Saad
AUTHOR
August 31, 2016 at 4:09 PM delete

comelnya kucing2 lyssa.. rupa dia sebijik kucing akk..

akk pun pnah tau kucing jadi camtu. bawak pergi vet. tak tahu la ubat apa dicucuk. esok paginya mati.. so sad sngt..
sebab kucing kat umah mak akk tu, masa akk dlu sana, mana yang sakit, akk yng jaga. yang mati atas riba pun ada..

apa-apa pun, lyssa bnyk kn sbar ye.. akk pham. bila hilang sesuatu yng kita syng tu, mmng rasa macam sedih tu takde penghujungnya..

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon