Rahsia Penjagaan Muka Lyssa Agar Sentiasa Segar dan Sihat !

Assalamualaikum. Hi Semua !


Hari ni Lyssa nak perkenalkan 1 produk yang sangat comel dan Lyssa dah semakin jatuh cinta dengan dengan produk ni. Produk ni lah yang menyebabkan kulit Lyssa tampak segar dan sihat sentiasa ! Pernah dengar produk daripada NanoWhite tak ? Famous lah produk ni. NanoWhite. Mesti korang pernah dengar punyalah. Ada yang pernah guna pun ada kan ? hihi. Lyssa pun pernah guna produk ni dulu, tapi bukanlah produk yang Lyssa nak cerita untuk entri ni. Produk yang Lyssa nak perkenalkan kat korang semua ni adalah NanoWhite Fresh !



NanoWhite Fresh adalah penting untuk dijadikan rutin harian korang supaya kulit korang akan jadi lebih cerah dan segar sepanjang masa kerana ianya dirumuskan khas untuk kulit berminyak. Walaupun Lyssa ni bukan jenis kulit berminyak, tapi dah seminggu lebih Lyssa cuba produk ni, Alhamdulillah ianya memang sangat sesuai dengan kulit ini. Kulit Lyssa bertambah bersih dan sentiasa segar !

Produk ini diformulasikan dengan 3 bahan utama iaitu Vitamin C, Sea Algae dan juga Tea Tree Oil untuk mencerahkan warna kulit, mengurangkan bintik-bintik hitam, dan jerawat di samping mengekalkan kelembapan pada kulit korang tu.

Kalau nak tahu, produk NanoWhite Fresh ini didatangi dengan 5 jenis benda tau iaitu NanoWhite Fresh Foam Cleanser, NanoWhite Fresh Anti Dullness Scrub, NanoWhite Fresh Miracle Mist, NanoWhite Fresh Dark Spot Corrector dan juga NanoWhite Fresh Mattifying Moisturiser. Tapi, bagi entri kali ini, Lyssa nak tekankan 3 jenis sahaja iaitu Cleanser, Miracle Mist dan Dark Spot Corrector.


NanoWhite Fresh Foam Cleanser (RM 15.90)


Kalau nak tahu, ini adalah pencuci muka (foam cleanser) bagi produk ini. Apa kelebihan pencuci muka ni ? Ianya membantu mencuci dan membersihkan korang punya liang pori yang tersumbat dan minyak yang berlebihan tu. Selain itu, ia juga memulihkan,memberi tenaga dan menyegarkan kulit serta menampakkan kulit yang lebih cerah dan sempurna. Bagi Lyssa, Lyssa memang suka pakai pencuci muka ni sebab semasa kita cuci muka kita dengan pencuci muka ni, kita akan rasa berangin je. Lepas sahaja bilas dengan air, muka kita rasa sejuk macam air-cond, lepas tu segar je. Padahal cuci muka je..Segar 1 badan ! Kalau tak percaya, korang cuba la :D

NanoWhite Fresh Miracle Mist (RM 20.50)


Ok. Yang ini pula, NanoWhite Fresh Miracle Mist. Kalau nak tahu, Miracle Mist ni boleh juga digunakan sebagai penyegar muka (toner) ataupun mist bila-bila masa sahaja semasa kulit korang terasa kering. Macam Lyssa cakapkan tadi, ianya mengandungi Vitamin C, Tea Tree Oil dan Sea Algae tapi untuk penyegar ni ada 9 kelebihan dalam 1 botol tau. Antaranya, ia boleh membantu mengimbangi kulit wajah kita di samping dapat mengurangkan pori di muka kita dan juga dapat menyegarkan kembali kulit kita yang letih tu.. Memang sangat bagus untuk meremajakan kulit korang agar kelihatan sihat sentiasa!  Jerawat pun boleh kurang kalau kita guna Miracle Mist ni . First time Lyssa jumpa miracle mist yang murah macam ni. Lepas tu mudah pulak nak guna. Hanya sembur-sembur je kat muka lepas korang guna pencuci muka tu.


NanoWhite Fresh Dark Spot Corrector (RM 18.50)


Benda apa pulak ni ? Kecik comel je ! Haaaa.. Ini lah dia Dark Spot Corrector. Apa fungsi Dark Spot Corrector ni.. Kalau nak tahu dark corrector ni boleh kawal minyak berlebihan dan mengurangkan lagi minyak di kulit korang tu. Walaupun muka Lyssa tak de bintik hitam, tapi jerawat selalu sangat tumbuh. Jadi, kalau jerawat tumbuh je, Lyssa mesti guna dark spot corrector ni untuk jadikan jerawat kecut. Hihi . Dah la berangin je bila tepek kat jerawat.. Cara nak guna ni senang je. Picitkan sedikit gel di jari, dan tepekkan terus ke bintik-bintik hitam atau jerawat di wajah korang tu. Gunakan ia pada waktu pagi dan juga waktu malam. Gunakan selalu. InsyaAllah cepatlah juga keberkesanannya. :)

Di bawah ni, Lyssa beri langkah-langkah cara nak gunakan produk ini. Kalau korang beli 3 jenis produk ni nanti, korang boleh ikut setiap satu langkah ini :


Langkah pertama :
1.     Basuh muka anda dengan air.
2.     Picitkan sedikit pencuci muka NanoWhite Fresh Foam Clenser.
3.     Cuci dan ratakan di kulit wajah anda.
4.     Bilas dengan air

Langkah kedua :
1.     Ambil pula NanoWhite Fresh Miracle Mist.
2.     Semburkan di keseluruhan muka.
3.     Elakkan daripada terkena mata.
4.     Tepuk-tepuk muka dan biarkan ianya meresap masuk ke dalam kulit.

Langkah ketiga :
1.     Ambil pula NanoWhite Fresh Dark Spot Corrector.
2.     Picitkan sedikit sahaja gel tersebut.
3.     Seratakan di bahagian bintik-bintik hitam dan juga jerawat.
4.     Amalkan setiap pagi dan petang.
5.     Tidak perlu dibilas.

Mudahkan ? Hanya 3 langkah di atas, korang boleh dapat kulit wajah yang berseri dan sentiasa segar. Tersangat lah sesuai untuk korang yang selalu alami kulit yang kusam. Lyssa yakin, korang pun akan berpuas hati dengan hasilnya nanti. Packaging dia pun sangat comel kan ? Mesti ada antara korang di luar sana yang tertarik dengan produk ni kan.

Sesuailah dengan kita-kita yang muda remaja ni. Umur macam kita ni kan selalu sangat susah nak dapat kulit yang cantik. Asyik-asyik tumbuh jerawat. Asyik-asyik ada bintik-bintik hitam kat muka. Muka pun selalu je kusam sebab selalu sangat lakukan aktiviti luar. Tambah pula, korang yang sudah bekerja atau masih belajar. Selalu sangat terdedah dengan sinaran cahaya matahari di luar tu. Tapi, dengan adanya NanoWhite Fresh, korang tak perlu risau lagi ! Sentiasa nampak segar dan yakin je nanti bila berhadapan dengan orang ramai.

Jadi apa yang korang tunggu lagi. Dapatkan Nano White Fresh dengan segera !


Haaaa . Ada benda menarik yang Lyssa nak bagitau lagi nih !

Ada satu contest daripada Guardian tau… Nanowhite Raya Contest ! Siapa yang berminat, boleh la join. Hadiah pun menarik tau. Kalau nak menang, syarat dia mudah je..  Antaranya gambar mestilah yang paling creative dan korang mesti tunjuk bukti pembelian bila nak tuntut hadiah nanti. Mudah sangat kan ? Baik korang pi join sekarang ! Lyssa pun nak join jugak nanti … hihi …

Terima Kasih Sudi Baca.
KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

22 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
Elih Japahar
AUTHOR
July 8, 2016 at 9:43 PM delete

Hai lyssa..comel lah !

avatar
Aqilah Azmi
AUTHOR
July 9, 2016 at 11:09 AM delete

nak beli face mist dia!!! hihiih thanks kak lyssa review :*

avatar
July 10, 2016 at 3:26 AM delete

boleh try yang nie pulak la sebab sebelum nie guna bio essence memang ok...nie geram pulak tengok packaging nano white yang comel sangat ni bila lyssa up entry ni

avatar
July 12, 2016 at 10:01 AM delete

Mudah je kan guna nanowhite ni. Best2..

avatar
Reena Sidek
AUTHOR
July 12, 2016 at 7:05 PM delete

NanoWhite Fresh Dark Spot Corrector mcm best.. boleh hilangkan bintik hitam dan jerawat.. rasa nak cuba..

avatar
Afif Rayyan
AUTHOR
July 12, 2016 at 9:19 PM delete

Saya dan isteri pun antara pengguna setia nano white nie.. memang best sangat2

avatar
Mummy MM
AUTHOR
July 12, 2016 at 9:32 PM delete

Teringin nak pakai jenama Nanowhite ni. Tapi saya baru jer selesa dengan skincare routine saya sekarang. Mungkin dalam 6 bulan akan datang saya cuba produk ni pulak. Diari Mommy Muhaimin

avatar
Unknown
AUTHOR
July 13, 2016 at 12:29 AM delete

saya pakai mistt... suka sangatt..hehehe saje nak gtau..

avatar
Munir
AUTHOR
August 24, 2016 at 7:28 AM delete

Hi,

Berapa kos untuk review produk ni ya? boleh tak email i? ahmadmunirabdullah@gmail.com

avatar
Unknown
AUTHOR
November 27, 2016 at 7:36 PM delete

Thanks untk entri nie.. mmg berguna and foam cleanser tu mmg best😍

avatar
Anonymous
AUTHOR
February 11, 2017 at 8:04 PM delete

Salam. Akak nak tanye kalau saye tak gune cleanser nano white tp pakai cleanser yg selalu pakai blh tak? and then sapukan krim malam & dark spot ok ke

avatar
February 13, 2017 at 12:13 AM delete

@Anonymous

yer, boleh sahaja... cuba dulu, kalau tak serasi dgn kulit, boleh stop ok ?

avatar
March 13, 2017 at 9:25 PM delete

Lysaaa kalau dah ada toner, pastu pakai lagi miracle mist ni boleh ke? Ke salah satu je?

avatar
March 14, 2017 at 1:51 AM delete

@Unknown

boleh je kalau nak pakai dua2... tapi, kalau Lyssa, pakai salah satu je ... miracle mist saje pun dah ok.. so far, Lyssa pakai miracle mist je ... tak pakai toner punn :D

avatar
Fatin sofea
AUTHOR
July 21, 2017 at 11:12 PM delete

Hai lyssa, saya baru je guna produk ni, clenaser dia memang sgat segar, and satu lagi saya pakai krim moisturizer, rasa berangin je, cuma miracle mist dia bila saya spray kat muka, ada rasa pedih, kenape ye, awak ada rasa juga tak?

avatar
jazzirajesmi
AUTHOR
August 20, 2017 at 8:33 PM delete

tadi tngah shop dkat wats0n ada usya ni .rasa nak beli . tp nak research dlu . rmai kata ok .

avatar
Unknown
AUTHOR
February 9, 2018 at 12:05 PM delete

Lyssa kalau lps pakai dark spot corrector tu then nk pakai make up bole ke

avatar
Unknown
AUTHOR
October 11, 2018 at 1:23 PM delete

Saya ada pki proudak tu ..tpi x sesuai ngn muka sy ..huhuhu...sy nk cuba nano white pulk. Ok x sy cuba nya

avatar
Unknown
AUTHOR
December 15, 2018 at 3:55 PM delete

Sport dark tu hilaggkn bintik hitm mcm blackhead tu ye ?

avatar
Unknown
AUTHOR
December 15, 2018 at 3:56 PM delete

SPOrt dark ni hilangkn black head skli bole tk ?

avatar
Unknown
AUTHOR
July 30, 2020 at 12:17 PM delete

Lyssa pkai sunblock apa yg ssuai?

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon