Rahsia Kahwin Lain Terbongkar, Adi Putra Batal Majlis Adilfitri



PETALING JAYA: Pelakon Adi Putra membatalkan majlis Aidilfitri bersama kelab peminatnya pada saat-saat akhir yang dijadualkan pada Ahad dipercayai selepas berita perkahwinan keduanya yang dilakukan secara rahsia terbongkar.

Majlis Aidifitri itu sepatutnya diadakan di Casa Ombak, Ampang dekat sini dibatalkan tanpa dinyatakan secara terperinci namun dia sekadar memaklumkan di Instagram miliknya tindakan itu kerana sebab-sebab tertentu.


“Assalammualaikum wmbt… Saya memohon maaf kepada semua hotlovers kerana perjumpaan raya dan ulang tahun hotloversesok 17 Julai, harus dibatalkan atas sebab-sebab yang tertentu. Saya sekali lagi mohon kemaafan,” katanya dalam laman sosial itu.



Inilah gambar yang tersebar mengaitkan perkahwinan terbaharu Adi Putra.

Perjumpaan itu adalah bertujuan mengeratkan lagi hubungan Adi dengan peminatnya dan sebagai meraikan ulang tahun kelima penubuhan kelab tersebut.



Setiap orang dikenakan bayaran RM60 untuk menghadiri majlis berkenaan.

Terdahulu foto perkahwinan kedua Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 35, tersebar pada Sabtu.

Dia dipercayai berkahwin dengan seorang janda anak satu berusia 33 tahun yang merupakan pegawai beruniform sebuah agensi kerajaan.

Akhbar melaporkan, wanita berkenaan dipercayai rakan kongsi perniagaan bersama Adi yang dikenali sejak setahun lalu.

Adi pada Disember 2013 pernah menimbulkan kontroversi selepas dia dilaporkan mempunyai skandal dengan isteri orang dari Johor sehingga melibatkan laporan polis dan disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Namun pihak polis menutup kes berkenaan dan diklasifikasikan sebagai “no futher action” atau tiada tindakan lanjut.

Dalam pada itu perkahwinan kedua Adi ini dikatakan tidak diketahui oleh isterinya Aida Yusof, 41.


Adi Putra bersama isterinya, Aida atau Zuhaidah Yusof.
Adi bersama isterinya Aida Yusof.

Rumah tangga Adi dengan Aida sebelum ini pernah berhadapan dengan masalah apabila Adi memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur terhadap Aida pada 11 Mei 2012 dan membatalkan hasrat itu kemudiannya.

Hasil perkahwinan Adi dan Aida sejak 14 April 2006, mereka tidak mendapat cahaya mata kerana Aida sering keguguran namun mereka mempunyai seorang anak angkat perempuan berusia empat tahun.

Dalam pada itu usaha mStar Online untuk mendapatkan komen Adi gagal apabila dia enggan menjawab sebarang panggilan telefon.

Sumber
KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

5 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
PeRdU cINta
AUTHOR
July 17, 2016 at 1:22 PM delete

Kita doakan yang baik2 untuk beliau...amin..

avatar
Anonymous
AUTHOR
July 18, 2016 at 12:17 PM delete

adeh..pastu kuar la statemen kate tu scene dlm tv3 ptg2 magrib...haruuuu

Jom tgk kat sini..Kenapa Tiada Warna Merah Jambu di Terengganu

avatar
July 18, 2016 at 2:24 PM delete

very saddening news. takpe, kita doakan yg the best for him :')

avatar
Afif Rayyan
AUTHOR
July 18, 2016 at 6:24 PM delete

Macam2 kontroversi adi putra nie.. ish3

avatar
July 18, 2016 at 10:35 PM delete

Betul ke Adi Putra kawin lain?
Semoga dia bahagia bersama isteri2nya di dunia dan akhirat.

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon