Hi
semua ! Hari ni Lyssa nak kongsikan pada
semua pengalaman Lyssa menggunakan telefon pintar ZTE Blade V7 Lite ni .. Rasa-rasanya korang pernah dengar tak
dengan telefon jenama ZTE ni ? huargh ! Apa ? Tak pernah dengar … ? Lahh .
Kalau korang nak tahu, ZTE ni bukanlah baru dalam dunia teknologi ni .. Dah
lama dah sebenarnya ..
ZTE
dah melabur kira-kira 50 billion untuk produk R&D dalam 6 tahun lepas untuk
pastikan dan menyediakan produk yang inovatif untuk pengguna. ZTE adalah
satu-satunya syarikat di seluruh dunia yang telah disenaraikan di dalam Top-3
oleh WIPO (World Intellectual Property Organization) untuk 6 tahun yang lalu
(2010-2015) bagi pemfailan paten. Di
Rusia, pasaran saham telefon pintar ZTE, merupakan kedudukan 2 teratas selepas
APPLE termasuk Jerman, Sepanyol dan Itali yang semakin berkembang pesat !
Tetapi,
baru-baru ni, dalam bulan lepas ZTE telah pun mengeluarkan produk telefon
pintarnya sendiri dan dapat jugalah Lyssa merasa guna telefon ni.. dan ternyata
ianya tidak mengecewakan Lyssa sama sekali. Buat masa ni, dah seminggu Lyssa
menggunakan telefon ZTE Blade V7 Lite ni.. So far memang tak ada masalah
langsung la kan.. Kalau nak tahu produk ni ada kualitinya tersendiri jika nak
dibandingkan dengan produk yang lain tau !
Jadi
apa yang best nya ZTE Blade v7 Lite
ni ?
Walaupun
harganya tidaklah semahal dari telefon pintar produk yang lain, jangan nak
pandang rendah sangat tau dengan phone ZTE ni. Kalau nak tahu, phone ini
menggunakan skrin bersaiz 5 inchi dan menggunakan sistem operasi (OS) Android Marshmallow 6.0 serta juga
mempunyai sistem sekuriti finger print
yang mungkin akan menjadi perhatian korang semua !
Tengok
gambar kat bawah ni. Korang boleh record
fingerprint korang di bahagian belakang telefon ini dan ianya betul-betul
berada di bawah kamera. Smart kan ??! Lyssa pun agak teruja lepas dapat telefon
ni kat tangan Lyssa … hihi !
Bukan
itu saja ! Biasanya, kalau korang guna telefon pintar besar yang lain, mesti
korang akan rasa berat dan tebal bila nak bawa ke mana-mana kan ? Tapi, dengan
ZTE Blade v7 Lite ni, korang hanya boleh masukkan telefon ini ke dalam poket
dengan senang hati tau tanpa fikir ketebalannya. Ianya sememangnya nipis dan
ringan. Saiz ketebalannya adalah 7.9 mm sahaja ! Lyssa ni memang suka letak
telefon dalam poket, so Lyssa sedikit pun tak rasa rimas, kadang tu tak rasa
pun macam ada phone dalam poket. HAHA !
Ini
lagi satu perkara menarik yang ingin Lyssa kongsikan pada semua. Sekarang ni
Lyssa nak cerita mengenai Kamera ZTE
Blade v7 Lite. Kameranya ada dua. Di bahagian belakang dan di bahagian
hadapan juga. Kedua-dua bahagian mempunyai flash. Menarikkan ? Untuk kamera di
belakang ianya adalah 13 megapixel yang mana kita memang boleh dapat gambar
yang sangat cantik dan sharp ! Bagi
kamera depan pula, ianya adalah 8 megapixel di mana bagi Lyssa, memang sangat
lawa bila korang nak selfie. Tak perlu dah nak guna apps lain, kamera depan ni
pun dah lawa :D serius ! hehe.
Cuba
korang tengok untuk kamera belakang. Kita boleh pilih sama ada nak guna Auto
ataupun Pro. Kalau korang tak berapa pandai nak adjust dan setting
sendiri, guna Auto pun dah ok sangat
dah.. Kalau nak gambar lagi nampak lawa, korang boleh guna Pro dan boleh adjust
ISO dia, Contrast, Brightness , dan etc.
Macam
mana pulak dengan kamera depan telefon ZTE ni ? haa ! Korang boleh nilai
sendiri ye..
Amacam
? Lawa kan kamera depan dia. Banyak tau features
untuk kamera ZTE ni . Korang boleh settingkan dia bagi ada Face Detection, kemudian boleh adjust
juga saiz gambar dan yang paling best kan, korang boleh setting kan voice control dia. Korang hanya cakap “Capture” ataupun “Cheese”,
dalam masa 3 saat, akan tertangkap lah gambar korang tu. Mudah kan ? HIHI !
Pertama kali Lyssa tahu ada telefon pintar yang guna “voice control” untuk snap
gambar. Selalunya guna isyarat tangan je yang pernah Lyssa tengok. Ini sampai
boleh detect suara ni kira ohsemmmm sangat dah ni .. hihi .
Lyssa rasa dengan harga tak sampai RM 700 ni pun dah sangat
berbaloi untuk korang guna. Tambah lagi, ianya boleh juga dijadikan telefon
kedua korang. Kalau korang hanya ada bajet bawah RM700, Lyssa rasa telefon
pintar ZTE
Blade v7 Lite ini memang
sangat sesuai untuk korang beli. Dual-SimCard pulak tu. Jadi, memang mudah la
korang nak buat back-up kalau salah satu network line buat masalah kan.
Harga asal Blade V7 Lite ini adalah RM669. Tapi sekarang
Blade V7 datang dengan promosi dengan
hanya RM499 sahaja. Promosi akan berakhir sehingga diberitahu.
Bateri bagi telefon ini pula, 2500 mAH dengan 2 GB RAM, 16GB memori dalaman serta 1.0GHz
quad-core processor. Best kan? Selama Lyssa guna telefon ni, tak pernah ‘hang’
lagi la. Banyak juga game yang sudah Lyssa download. Tak rasa ‘ lag’ lagi la
buat masa seminggu Lyssa guna ni.. hihi. Tapi, sememangnya smooth je bila guna.. Tu yang buat Lyssa jatuh cinta dengan telefon
ni …
Blade V7 Lite didatangi
dengan 2 warna iaitu warna ‘metallic gold’ dan juga ‘metallic
silver’ . Bagi ‘metallic gold’, akan mula ada di Malaysia pada 6 June
2016 nanti.. Tak lama dah.. :)
Jadi, kalau korang hanya ada bajet dalam RM700, korang boleh dapatkan telefon ni
sekarang. Atau nak hadiahkan pada sesiapa pun ok. Saja-saja nak beli untuk
dijadikan phone kedua pun lagi digalakkan. Lyssa dah jatuh cinta dengan telefon
ni, mana tahu korang pun sama-sama akan terjatuh cinta pulak ke.. hehe..
Ok lah, untuk maklumat lanjut, korang boleh terus ke
website : http://ztedevices.com.my/index.php/2016/05/11/blade-v7-lite/
Terima Kasih.
11 000 orang Comment Di Sini
Write 000 orang Comment Di SiniMcm menarik je kamera selfie tu
wowww macam iphone la pulak ! tapi idaman hati tetap nak beli iphone. sanggup cuti sem keje part time semata nak kumpul duit beli iphone hahahahaha
Thank you Akak review pasal ZTE Blade ni, mmg tgh plan nak beli pun. Boleh tunjuk dgn Mak Abah review Akak ni! Love you Akak lyssa
lisa hang zte ni dia punya keyboard tu boleh tukar font yang menarik x?
Dah boleh rasanya start kumpul duit hehee
mmg menarik ZTE Blade ni...tengah men kutu zte blade ni skrg lyssa hihi..raya nt bleh selpie dgn henpon baru...
Memang pada masa kini kemudahan telefon pintar amat diperlukan. Kecanggihan teknologi.
Woww!!! dh jatuh cinta la ngn blade v7 lite.kna bli ni..����tq review
Pkwe sy pn da belikan tuk saya ,, mmg terbaik laa😘
Btl ke camera cntik?
Terima kasih atas review. nak try cyba ZTE lah
.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon