UniKL Sorok Balik Result Exam

Assalamualaikum..

Hi korang.. Dah pukul 1 pagi ni . Saja nak membebel time korang tengah membuta tu. hahaha. Tapi, kalau ada yang tengah baca tu, komen lah sikit. (ada ke yang baca ? hoho ). Lyssa nak tanya korang ada terperasan tak entry Lyssa baru-baru ni mengenai Unikl Buat Kejutan, Result Exam Keluar Hari Ni tu ?




HEHE . Menggelabah semua pelajar UniKL bila dapat tahu result keluar waktu tu. Sampai ada kebanyakan pelajar yang sanggup tak tidur sebab menunggu "tekan-tekan" sistem UniKL (Ecitie) dengan harapan boleh dapat tengok result. *termasuklah Lyssa sendiri* ! HAHA . Kelakar bila fikir-fikirkan balik. " Apa ? Kau ingat kalau dapat tengok result waktu tu, result kau akan berubah-rubah setiap masa? " haha . Serius. Lawak gila bila fikirkan balik. Sanggup kunci jam 3 pagi semata-mata nak check result kot kot boleh dah masuk sistem tu. Dan semuanya sia-sia bila masih tak boleh masuk juga walaupun dah pukul 2 - 3 pagi. Hampa lah juga waktu tu ...




Ok fine . Lyssa pun sambung tidur balik. Then terjaga masa sahur. Pukul 5.00 pagi. Bangun je terus bukak sistem tu. Masih tak boleh pun nak tengok ! *nampak tak, betapa TAK GIVE UP nya seorang Lyssa ?* huh.

Setiap masa dok refresh-refresh. Tetap tak boleh bukak juga. Server-down je... Ok tak pe. Lepas Subuh tidur balik, dengan harapan bangun je, boleh lah aku check result tu ...

Ok. Bangun dah pagi. Check lagi sistem tu . Dan finally ! Pukul 8.30 pagi, dah boleh masuk dah sistem tu. Login lah ID macam biasa. Pergi bahagian Result Exam ... Dan ....


Apa perasaan korang bila ternampak benda ni ? Konon dengan harapan dapat check result korang pagi tu .... hahahahaha .... Funny kan ??!

Mana resultnya ? Mana result yang kengkonon server down sebab result dah keluar ? hahahahha ..

Lyssa pun pergi lah check twitter mana tahu ada yang update pasal ni .. Dan ternyata server down sebab Unikl "ter-release" result kami.. Mana yang sempat tengok tu, sempat la .. Mana yang tak sempat, jadi macam Lyssa menunggu harapan menggunung yang tak pasti. Betapa kuciwaaa nyaa diri dahku masa tu.. huhu . Bukan Lyssa seorang je yang kecewa. Ramai lagi..

Dan ramai juga yang tweet, UniKL sorokkan balik result..

HAHA ! Kelakar lah ... Nampaknya, kena la tunggu juga 16 June ni . Tak pe lah ..
Sabar dan tunggu je lah . Lagi 3 hari je pun ... Sabar .. Sabar .. >.<

*tak pernah aku jadi macam ni sebelum ni. Mungkin sebab 1st sem kot. Perasaan tu lain macam ...

Ok dah ! Jom tidur ..  Good night korang ..

Terima Kasih Sudi Baca ...

KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

4 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
Anonymous
AUTHOR
June 13, 2016 at 1:53 AM delete

Assalamualaikum..
Saya memahami situasi Lyssa ..
Dia buat suprise le tuu .
Anyway , Good luck .
In Shaa Allah , Kejayaan Milik Lyssa :)
Muahh cikedd ..
I'm newbie .
Kalo re rajin boleh le singgah sini
http://bicaragadisbiasa.blogspot.my/

Thankyou

avatar
X sabar
AUTHOR
June 13, 2016 at 2:13 AM delete

Kecewa satu hari duk tekan x leh masuk. Bile dh boleh masuk menambah lagi duka 😫

avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
June 13, 2016 at 4:18 AM delete

Gigihkan...tapi tak apa...ada hikmahnya Lyssa..in sya Allah :)

avatar
Unknown
AUTHOR
June 28, 2016 at 8:34 AM delete

Nak link utk check result. Boleh x?? X caya la dapat mcm ni

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon