UniKL Buat Kejutan, Result Exam Keluar Hari Ni ?

Assalamualaikum ...

Hi semua.. Perasaan tengah libang-libu.. Hati semakin huru-hara jadinya bila dapat tahu keputusan peperiksaan bagi Universiti Kuala Lumpur (UniKL) keluar hari ini. Adakah ianya benar, atau mitos semata-mata ?

Nak dijadikan cerita, tadi ada salah seorang roomate Lyssa comment di IG Lyssa dan mengatakan :

"Jangan lupa check result ya ..."

Lyssa tergamam sebentar (sambil mulut ternganga) fikirkan hal itu. Dan dalam pada itu, Lyssa memang tak percaya langsung.. Nak percaya pun berbelah bahagi lah juga... Sebabnya, baru-baru ini di Twitter, UniKL menyatakan bahawa result exam keluar pada 16 Jun 2016. Padahal, hari ni baru 10 Jun 2016. 

Suprise apakah ini ?



Selepas sahaja terima comment dari roomate, Lyssa pun check lah twitter mengenai betul ke result exam sudah keluar ? Check punya check, ramai juga pelajar UNIKL yang tertanya-tanya. Ada juga Lyssa terbaca twitter someone yang menyatakan " Unofficial result UNIKL dah keluar. Tahniah kepada yang dapat deanlist".

Maknanya, betul lah tu kan ? Lepas tu, ramai pulak yang update pasal tak boleh nak masuk Sistem UNIKL. Server-down lah... Macam-macam status yang Lyssa baca tadi. Dan selepas Lyssa pun cuba masuk ke sistem Unikl untuk menyemak keputusan peperiksaan Lyssa, ternyata memang server UniKL down dari petang tadi lagi sampailah sekarang.

Maknanya ? Memang betul la, ramai yang dok berpusu-pusu buka sistem tu, sampai server pun jadi down. Semua pakat tak sabaq nak tengok result masing-masing. 

Lyssa pula ?

Tak sabar ?

atau Takut ?



Kalau nak tahu, perasaan sekarang ni bercampur baur tau tak ! Kadang rasa eksaited nak tengok, kadang rasa macam takut ... Takut sebab Lyssa memang tak berapa yakin dengan exam Semester 1 degree untuk kali ni. Kalau sebelum ni, semasa Diploma, tak de la rasa libang-libu sangat macam sekarang ni. Sebab dulu, adalah juga rasa yakin tu sampai setiap Sem Lyssa balun dapat Dean List.

Cuma bila dah masuk Degree ni, untuk dapat Dekan tu, kurang yakin sikit lah. Sebab tu Lyssa tak harap apa-apa pun untuk exam kali ni. Lagipun, parents Lyssa pun tak kisah kalau tak dapat Dekan sekali pun, asalkan lulus je untuk degree ni.. So, Lyssa agak rileks lah juga bila abah dengan mama tak letak harapan tinggi sangat macam Diploma dulu..

Tapi, kalau dah rezeki Lyssa dapat Dekan juga untuk degree Semester 1 ni, Lyssa bersyukur sangat-sangat. Kalau dapat pun, baru lah semangat tu ada untuk semester akan datang kan ? hihi. So, sekarang ni, Lyssa tengah sabar untuk menyelinap masuk dalam Sistem UNIKL tu. Mungkin pukul 1 atau 2 pagi nanti ok dah kot.

Ok lah . Apa-apa nanti Lyssa update balik dengan korang kat sini ye ..
Doakan Lyssa dapat keputusan yang cemerlang bagi Semester 1 ni ye .. Thank you korang <3

xoxo.


KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

9 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
NEEZA
AUTHOR
June 10, 2016 at 9:54 PM delete

good luck kak lyssa ^_^

avatar
June 10, 2016 at 10:17 PM delete

All the best lyssa... InshaAllah boleh dean list tu.. yeahh!

avatar
Ain Athirah
AUTHOR
June 10, 2016 at 10:25 PM delete

All the best! Semoga DL lagi tiap sem mcm dip hritu <3

avatar
Yanty Lee
AUTHOR
June 10, 2016 at 10:50 PM delete

Eventho fam x put hope. Why not u try to get it sis.. make them happy n proud of u.. sekaligus , u will enjoy in ur studies.. no matter what is ur result are... Keep it up... In sha Allah u gonna be such a successful girl k..

avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
June 10, 2016 at 11:12 PM delete

amin..in sya Allah Lyssa..berkat usaha dan doa mak ayah Lyssa.. :) all the best ok..

avatar
Ked
AUTHOR
June 11, 2016 at 12:42 AM delete

Rindunyaaa nak experience skali lagi berjaga tengah malam sebab nak tunggu tengok result. Padahal sama je result tu kalau tengok esok pun. Huhuhu. Masa uitm tak send result kat email dulu sampai lepas subuh berjaga semata-mata nak tunggu boleh masuk student portal. Kalau dok server down jee. Mula-mula cam jakun sket laa tunggu result tu. Lama-lama tu dah boleh baca dah style uitm masa tu release result by sem so senior akan dapat dulu selalunya.Bila senior atas satu sem dari weols dah start up depa punya result kat fb, masa tulah kami baru login student portal. Hehehehe. All the best lyssa. Insya Allah, ada rezeki DL lagi sem ni. :)

avatar
Unknown
AUTHOR
June 11, 2016 at 1:05 AM delete

Nnti bagitau la, dekan x? Lyssa unikl mana?

avatar
Anonymous
AUTHOR
June 11, 2016 at 2:02 AM delete

Tahniah . In Shaa Allah , Kejayaan akan sentiasa ada untuk lyssa okey . No worries okay babe

avatar
Nisa
AUTHOR
June 11, 2016 at 7:14 AM delete

good luck! insyaallah okay tuu :)

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon