TASEK GELUGOR – Gitaris kumpulan Crosstown, Izharuddin Shariff, 55, meninggal dunia akibat serangan jantung sebaik selesai mengiringi persembahan Awie pada majlis penutupan Ekspo Usahawan Bumiputera Pulau Pinang (Penbex) 2016 di Dataran Transformasi Usahawan di Kubang Menerong, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, Izharuddin yang dikenali sebagai Ajan, dilaporkan tiba-tiba rebah di atas pentas ketika kumpulan itu mahu bergambar bersama Awie.
Abangnya yang juga ahli kumpulan itu, Mohamed Izzamudin, 57, berkata beberapa rakan cuba membantu Izharuddin yang masih bernafas ketika itu.
“Keadaan agak kelam kabut kerana ramai peminat masih berkumpul ketika kami dan Awie cuba membantu mengangkat adik saya.
“Ajan disahkan meninggal dunia dalam perjalanan mendapatkan rawatan di Hospital Kepala Batas (HKB),” katanya. Kumpulan Crosstown yang ditubuhkan pada 1986 di Pulau Pinang terkenal dengan lagu ‘Pulau Pinang Kita’ yang popular sekitar 90-an. – BH
1 000 orang Comment Di Sini:
Write 000 orang Comment Di SiniTakziah buat keluarga arwah.
.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon