Nenek Ditumbuk dan Ditetak Kaki Hingga Putus Oleh Seorang Remaja Lelaki


Pasir Mas: Wanita warga emas putus pergelangan kaki kiri selepas ditetak remaja lelaki yang cuba menyamunnya di rumahnya di Kampung Tanjung Rendang, Lemal, di sini.
Kejadian berlaku kira-kira 6 petang tadi ketika mangsa, Mek Som Mat Diah, 89, berehat di ruang tamu rumahnya bersama seorang anak perempuan berusia 50-an.

Difahamkan, remaja berusia 19 tahun yang juga jiran sekampung mangsa menceroboh rumahnya dan meminta wang.
Bagaimanapun, dia mula bertindak agresif apabila mangsa dan anaknya enggan memberikan wang diminta.
Anak perempuan Mek Som berjaya melarikan diri ketika kejadian, namun Mek Som ditumbuk di muka dan kakinya ditetak dengan senjata dipercayai jenis pisau.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Ibrahim Saad ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Katanya, mangsa dihantar ke Hospital Pasir Mas sebelum dirujuk di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.
"Suspek sudah ditahan penduduk kampung yang melihat kejadian dan akan dibawa ke Mahkamah Pasir Mas esok untuk perintah tahanan reman," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan ujian air kencing terhadap remaja itu mendapati dia positif dadah. - Sumber

KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

9 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
Ain Athirah
AUTHOR
June 20, 2016 at 11:26 AM delete

Allahu bulan puasa pun masih ada kejadian mcm ni. Kejam !

avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
June 20, 2016 at 1:38 PM delete

Ya Allah..tergamaknya la...

avatar
Mrs. A
AUTHOR
June 20, 2016 at 3:09 PM delete

Itulah akibat pengaruh dadah! zalim dan hilang kewarasan jadinya.

Kesian kat nenek tu.

avatar
Aretikz
AUTHOR
June 20, 2016 at 3:38 PM delete

Mendoakan yang terbaik untuk kedua-dua pihak.. Kasihan untuk kedua-duanya.. huhu

avatar
Pakar Video
AUTHOR
June 20, 2016 at 3:41 PM delete

Angkara dadah, macam macam manusia boleh jadi. Sampai ke tahap nak membunuh tu..

avatar
Unknown
AUTHOR
August 1, 2016 at 11:39 AM delete

kesian nenek tu.

http://adamshub.my/blog/

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon