Makanan Dinner Special di Chili’s Memang Best !

Assalamualaikum ..

Hi guys ! Baru-baru ni Lyssa ada lepak santai bersama beberapa rakan blogger lain di Chili’s Citta Mall, Subang. Dah lama dah rasanya Lyssa tak singgah makan kat sini. Dulu-dulu kalau ada duit lebih sikit, pernah juga Lyssa datang makan dengan keluarga Lyssa. Hehehe..

Lyssa dengan bloggers yang lain ada cuba hidangan “Dinner Special” yang terdapat di Chili’s ni malam Jumaat haritu. Menu menarik ni korang pun boleh cuba tau bermula 6 June hingga 5 Julai 2016 di mana ianya boleh didapati di semua cawangan Restoran Chili’s di Malaysia. Tak sabar leteww. Sabar.Sabar ..Lyssa tak habis cerita lagi ni . >.<


Malam tu, kitorang order menu yang tak ada lagi di restoran ni. Jadi, kami lah orang pertama yang dapat rasa makanan Dinner Special di Chili’s ni. Chewahh .. Eh, jangan jeles ! haha. Takpe, sekarang masa untuk korang pula nak merasa makanan sedap tu. Serius menu Dinner Special ni memang sedap tau. Memang kena dengan selera tekak Lyssa semua nya ..

    


Hari tu, Lyssa order menu Dinner Special paling value antara 3 combos tu.. Citrus Fire Chicken & Prawns (RM 43.95 COMBOS) ! Memang sedap. Siapa yang suka makan ayam dan udang boleh la order makanan ni. Dia ada sediakan nasi juga dalam menu ni..


Tidak ketinggalan juga makanan lain dapat juga Lyssa rasa. Contoh makanan lain yang ada ialah :

RM35.95 COMBO

Country Fried Chicken


Hidangan ini didatangi dengan dada ayam goreng dan dihidangkan sekali bersama kentang putar dan juga jagung..

Firecracker Fish Fillet


Menu ini pula merupakan ikan fillet dory putih bakar yang disaluti bersama sos manis pedas dan dihias juga dengan bijan benih cili. Disertakan dengan nasi dan brokoli.

RM40.95 COMBO

Sweet & Smokey Burger 


Burger ini dihidangkan bersama keju lada Jack, lembu daging, rempah ratus bawang dilapisi tepung roti, mangga diselitkan dengan sos BBQ & Sos Signature Chili’s. Dihidangkan juga bersama Smoky BBQ Sauce.

Southwestern Quesadillas Combo


Menu yang ni pun sedap juga tau. Ayam dan daging bersama bawang panggang dan keju Jack diperap di dalam tortila. Dihidangkan sekali dengan krim masam dan house-mate pico de gallo.

RM43.95 COMBO

Citrus Fire Chicken & Prawns


Yah ! Ini lah menu yang Lyssa order haritu .. Tetiba malam tu teringin pulak nak makan udang. Tu yang terus je order Citrus Fire Chicken & Prawn ! Sedap tau .. Habis la juga sepinggan Lyssa makan. Ianya diperap, dada ayam yang dibakar bersama topping bawang putih pedas dan udang panggang bersama limau nipis. Dihidangkan juga dengan nasi, brokoli, dan house-made pico de gallo.

Southwestern Grilled Lamb


Huwargh ! Nampak tak daging kambing tu ? Nampak sedap dan menyelerakan kan ? Memang betul ! Daging kambing ni sangat sedap dan lembut je tau. Menu ini pula merupakan kambing panggang dengan perapan Chili istimewa. Dihidangkan dengan kentang putar, berkrimkan kuah lada hitam dan juga sayur brokoli. Sedap ! Korang patut cuba yang ini bagi penggemar kambing di luar sana.

Kalau korang nak tahu, semua COMBO ni, membolehkan korang untuk membuat pilihan sama ada mahu dihidangkan sekali bersama Sup ataupun Salad. Korang boleh pilih antara dua hidangan ini beserta dengan 1 skop aiskrim Vanilla sebagai pencuci mulut.



Bukan itu sahaja. Ada 2 jenis pencuci mulut (dessert) yang boleh juga korang order. 2 dessert ini sangatlah menjadi perhatian Lyssa ! Siapa yang datang Chili’s, tapi tak order dua dessert ni, memang rugi !

Molten Chocolate Cake ( RM 22.05 )

Ok. Sebenarnya ini ada kek coklat moist tau. Dalam kek tu ada coklat panas yang cair beserta dengan aiskrim vanilla sebagai topping kek ni. Lepas tu ada pula chocolate shell kat dalam tu. Memang menarik sekali hidangan dessert yang ini. Korang patut cuba !


Skillet Chocolate Chip Cookie ( RM 17.95 )

Chocolate Chip Cookie ini dimasak di dalam oven dan toppingnya aiskrim vanilla.


Hehehe . Mesti semua rasa macam teringin nak makan kat sini kan ? Sebab Menu Dinner Special ni semuanya gempak-gempak ! Paling best kan mereka ada buat Promo “ Kids Eat Free” tau, di mana kanak-kanak boleh makan percuma apabila ditemani oleh parents mereka yang order menu utama daripada menu a la carte. Ianya dikhaskan untuk kanak-kanak yang berumur bawah 12 tahun sahaja. Siapa boleh refill air lagi bila makan kat sini tau.

Apa yang menariknya mengenai Chili’s ini, ianya merupakan Restoran Tex-Mex di mana mereka menyediakan menu yang menjadi inspirasi daripada citarasa seni klasik Amerika Selatan dengan sedikit Mexico. Sebab tu korang takkan jumpa rasa makanan yang unik ini di restoran yang lain.

Puas memang puas makan haritu. Tapi, Lyssa akan singgah makan lagi sebab nak cuba menu lain dalam Dinner Special ni pula. Korang boleh order menu Dinner Special ni bermula jam 6 petang tau.. So, apa tunggu lagi … Jom lah makan di Restoran Chili’s berdekatan anda.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh terus ke :
Chili's Mailing List: http://bit.ly/1TX8h6v

Terima Kasih .



KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

2 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
Nur Madihah
AUTHOR
June 11, 2016 at 4:29 AM delete

sedapnye! Terliur tengok makanan2 tu

avatar
June 11, 2016 at 10:13 PM delete

perut bergendang-gendut baca entri ni..

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon