Hidangan Ikan Patin Tempoyak di Restoran Temerloh Catering Wangsa Maju

Assalamualaikum..

Yah ! Bersama lagi Lyssa dengan MAKANAN ! haha . Kali ni Lyssa nak share kat korang pulak Hidangan Ikan Patin Tempoyak Paling Sedap di Restoran Temerloh Catering Wangsa Maju. Baru-baru ni Lyssa bersama blogger yang lain dijemput untuk makan Ikan Patin Tempoyak di Restoran Temerloh Catering ni. Jadi, lepas dah makan di situ, Lyssa nak kongsikan pula la kepada pembaca kesayangan Lyssa ni.


Restoran Temerloh Catering ini terletak di Wangsa Maju, betul-betul dekat belakang Wangsa Walk. Kalau korang selalu lalu area tu, mesti korang akan perasan kedai warna putih merah kat hujung sekali ni. hehe. Restoran ni memang cukup terkenal dengan masakan ikan patin masak tempoyak yang mana Lyssa dah cuba makan sebelum ni, memang ternyata sedap sampai menjilat jari ! Patut la selalu Lyssa lalu dekat kedai ni, tak putus-putus orang datang. Memang tak pernah senyap lah restoran ni.. sentiasa penuh. Sebab apa ? Sebab masakan kat situ memang betul-betul sedap ...

Bukan hanya ikan patin je yang ada kat sini tau ! Macam-macam lagi masakan kampung yang ada kat sini. Tapi yang paling femes ikan patin masak tempoyak lah. Macam-macam jenis ikan sungai ada kat sini.Contohnya ikan talapia, ikan lampam, ikan seluang, ikan kerai, dan macam-macam jenis sayur dan ulam-ulaman ada tau ! Ayam kampung pun ada okeh :)




Kalau korang semua nak tahu, kat sini ada 3 jenis ikan patin tau. Ok sekarang Lyssa senaraikan jenis-jenis ikan pati beserta harganya ye ..

1. Ikan Patin Buah : RM 29 seketul
2. Ikan Patin Sangkar : RM 12 seketul
3. Ikan Patin Mas : RM 22 seketul

Antara semua ni, ikan patin buah lah yang sering menjadi kegilaan ramai dan mendapat sambutan hangat daripada pelanggan di sini. 

Seperti yang Lyssa katakan tapi, bukanlah ikan patin sahaja yang ada di restoran ni. Ikan sungai yang lain pun ada juga tau ..

1. Ikan Baung : RM 18 
2. Ikan Kerai : RM 12/ 100gm
3. Ikan Jelawat : RM 12 / 100gm
4. Ikan talapia : RM 10 seekor
5. Ikan lampam : RM4 - RM8 seekor

Hari tu Lyssa berkesempatan merasa Ikan Kerai dan Ikan Lampam ! Memang sedap tak terkata tauu . Ini dia Ikan Kerai .... Memang best kalau dapat makan sekali dengan sambal belacan . hihi ...



Huish ! Lyssa update entri ni pun terasa tempoyak ikan patin kat hujung-hujung lidah ni . Rasa macam nak pi singgah makan lagi pun ada. Auww ! Sedappppppnyeee !

Tengok ni .... !!! 








Aduh . Terliur pulak bila tengok gambar-gambar ni kan .. Memang ! Belum rasa lagi , belum makan lagi , Lyssa yakin mesti korang akan terpikat dengan masakan di Restoran Temerloh Catering ni. huh!

Puding Raja sebagai pencuci mulut >.<


Ok . Bab air pulak, kalau korang nak air paling special kat sini ialah Ais Kacang (ABC) dia ! Tengok ni ! Menarikkan ? Haritu, kami semua order Ais Kacang !


Berbelang-belang ha.. Tapi rasa dia memang sedap. Bagi siapa yang memang teringin nak cuba masakan ikan patin meletop kebabomm ni , boleh lah rajin-rajin kan diri singgah makan kat Restoran Temerlong Catering ni ye. Jangan ingat dengan Wangsa Maju je ada. Temerloh Catering ni ada banyak lagi cawangan lain tau... Ada di Temerloh sendiri, Bangi , Shah Alam dan Wangsa Maju ni lah .

 Antara bloggers yang turut hadir :)


Waktu Operasi :

Hari Biasa = 10.00 am - 8.00 pm
Bulan Puasa = 3.00 pm - 9.00 am

Bulan puasa nak dekat dah ni, apa kata nanti korang cuba makan kat sini ye... Bawa sekali dengan keluarga makan kat sini. Memang best !


Cawangan Restoran Temerloh Catering sekitar Selangor dan Kuala Lumpur :

Wangsa Maju ( tutup Hari Jumaat )
35-G, Kedai D’Wangsa,
Jalan Wangsa Delima 12,
Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur.

Bandar Baru Bangi ( tutup Hari Jumaat )
4 & 6, Jalan 8 / 36, Seksyen 8,
Bandar Baru Bangi, Bandar, SelangoR.

Shah Alam ( dibuka setiap hari )
Waktu Operasi : 8.30 pagi sehingga 6 petang
2, Jalan Pahat J 15/J, Seksyen 15,
40000 Shah Alam, Selangor

Untuk maklumat lanjut boleh terus ke :

Terima Kasih Sudi Baca..

KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

7 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
Suria Amanda
AUTHOR
June 2, 2016 at 11:20 AM delete

Wow..terliur akak tgok..fav Ni..OK Leh masuk wishlist

avatar
Nisha
AUTHOR
June 2, 2016 at 1:16 PM delete

wah sedapnya *_* terliur tengok gambar2 tu :3 InshaAllah, kalau ada masa, Nisha pergi mkn dekat situ ^^

avatar
Anonymous
AUTHOR
June 2, 2016 at 1:18 PM delete

Dulu akak tak makan tau ikan patin masak tempoyak ni..Lepas try mkn sekali..terus jatuh cinta..Sanggup bayaq mahai tak pa g..janji hati puas.nak masak sendiri akak tak pro lagi..

avatar
Nadia Johari
AUTHOR
June 2, 2016 at 8:13 PM delete

sedapnya..dahla feveret ikan patin

avatar
Unknown
AUTHOR
June 11, 2016 at 9:55 PM delete

tak tahulah pula ada kat seksyen 15 shah alam, nanti nak usha la, hehe

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon