Aisan Top Team, Produk Penjagaan Rambut Lyssa Sekarang !

Assalamualaikum..

Hi semua ! Wahhh . Terima kasih sebab sudi singgah baca entri Lyssa kali ni.. Entri kali ni pula, Lyssa nak kongsikan pada korang semua pengalaman Lyssa menggunakan satu produk syampoo dalam penjagaan rambut Lyssa sekarang ni. Produk apa kalau bukan AISAN TOP TEAM yang merupakan set produk penjagaan rambut yang makin meletop sekarang nih.


Set Aisan Top Team ini mempunyai 2 produk penjagaan rambut iaitu Aisan Top Team Syampoo (50ML) dan juga Aisan Top Team Hair Mask (50ML). Kalau korang ada masalah dengan rambut, Lyssa sarankan korang cuba guna produk ni ! Sebab Lyssa dah cuba pakai set produk ni, dan tenyata Lyssa sangat puas hati dengan hasil dan keberkesanannya.


Antara masalah yang sering membelenggu para wanita sekarang ni, tidak kiralah wanita bertudung ataupun tidak, antaranya semestilah masalah keguguran rambut, masalah kulit kepala yang berminyak dan rambut selalu kering dan rosak ! Tapi, dengan adanya Aisan Top Team semua masalah tu dapat diselesaikan dengan mudah. Korang tak payah lagi nak ke salun untuk membuat rawatan rambut mahal-mahal dan sebagainya. Set syampoo Aisan Top Team pun sudah memadai untuk korang mendapatkan rambut yang korang idamkan selama ni.

Ok. Sekarang Lyssa akan ceritakan serba sedikit mengenai Syampoo dan Hair Mask Aisan Top Team ini.

Syampoo Aisan Top Team




Syampoo ini diperbuat daripada ekstrak bunga secara asli. Ianya sangat telus dan tidak mengandungi minyak silikon. Antara kelebihan syampoo Aisan Top Team ini adalah :

- Sesuai untuk yang memiliki rambut kering, mudah gugur, rambut bercabang dan rosak.
- Menyihatkan kutikel rambut dan membuatkan rambut jadi lembut.
- Mengimbangi kulit kepala.
- Membantu mengurangkan kelemumur.
-  Mengekalkan kelembapan dan kilauan pada rambut.
- Menanggalkan minyak berlebihan, kotoran dan produk dandanan rambut.
- Menenangkan dan menguatkan rambut hingga membuatkan kulit berasa nyaman dan selesa
- Mencuci lebih dalam dan tanggalkan minyak silikon yang berada di kutikel rambut.
- Mempunyai haruman DIOR, haruman yang dapat dikekalkan selama 3 hari !


KANDUNGAN BAHAN UTAMA SYAMPOO AISAN TOP TEAM
** Tidak mengandungi minyak silikon dan Sulfate

Apa itu minyak silikon ?
Kalau korang nak tahu, minyak silikon (dimethicon / silicon) ini biasanya di tambah di dalam setiap syampu untuk memenuhi ruang-ruang di antara kutikel rambut dan memberi kesan “lembut dan berkilau”.
Tapi, tahu tak korang yang sebenarnya silikon ni ada keburukannya. Minyak silikon ini tidak boleh dilarutkan di dalam air dan akan kekal di rambut dan kulit kepala korang selepas setiap cucian. Seterusnya, akan menyebabkan kutikel rambut dan kulit kepala semakin tersumbat. Akibatnya, rambut korang akan terasa berat dan hilang kilauan dan keanjalannya. Kesumbatan liang pori itu akan menyebabkan pori semakin merusut, kulit kepala pula akan menjadi gatal-gatal dan terus mengakibatkan keguguran rambut.

Syampu-syampu yang dijual di supermarket kebanyakannya memang mengandungi minyak silicone. Tapi macam mana pula nak tahu, syampu tu mengandungi silikon ataupun tidak ? Lyssa dah pun buat eksperimen antara salah satu syampu yang dijual di supermarket dan syampu Aisan. Tengok ni hasilnya :




Air syampu biasa akan menjadi putih (sebab tak larut air) manakala syampu Aisan akan menjadi telus kerana tidak mempunyai minyak silikon. Korang sendiri pun boleh nampak kat perbezaan antara 2 larutan syampu ni. Lyssa tak tipu tau . Lyssa campurkan 2 jenis syampu tu bersama air, lepas tu Lyssa kacau … So, memang terbukti syampu Aisan ni tak ada silikon tau ! Tu yang best tu .. Dah la wangi ! huwarghhh ..

CARA PENGGUNAAN

1. Gunakan air suam untuk membuka kutikel kulit kepala yang membantu untuk membuang segala kotoran dan sisa-sisa yang terperangkap.
2. Picit syampu di atas tapak tangan anda dan gosokkan kedua-dua tapak tangan sehingga berbuih sebelum menyapu di rambut. Jangan kenakan syampu terus pada rambut.
3. Gunakan hujung jari untuk mengurut kulit kepala dengan lembut selama 3 minit.
Bilas rambut dengan sepenuhnya untuk mengelakkan daripada ketinggalan sisa syampu pada kulit kepala anda.

Selepas mencuci, mungkin tidak akan rasa terlalu lembut kerana syampu ini tidak mengandungi minyak silikon, tetapi ini adalah fungsi syampu ini supaya ianya dapat mencuci lebih mendalam dan menanggalkan minyak silicon yang berada di kutikel rambut korang tu, selain dapat mengimbangi kulit kepala, membantu mengurangkan kelemumur dan mengekalkan kelembapan dan kilauan pada rambut.

Tetapi, apakah cara untuk mencapai rambut yang bermaya, sihat dan lembut ?
Seterusnya, gunakan pula Hair Mask Aisan !

Aisan Top Team Hair Mask



Hair Mask ini adalah merupakan produk treatment rambut yang berfungsi menjadikan rambut anda berasa lembut, sihat dan bermaya. Ianya sesuai untuk sesiapa yang memiliki rambut kering, mudah gugur, rambut bercabang dan rosak.

CIRI-CIRI PRODUK

Membaiki dan memulihara kerosakan rambut tahap ke-9 kepada tahap ke-3. Capai kilauan dan keanjalan rambut yang tahan lama !

CARA PENGGUNAAN

  •   Selepas perm/warna : Sapu pada hujung rambut semasa mencuci rambut untuk 15 minit dan bila sepenuhnya.
  •   Sebelum perm/warna : Selepas mencuci rambut, sapu pada rambut dan tunggu 15 minit sebelum meneruskan pewarnaan ataupun perm (tanpa dicuci)
  •   Penggunaan harian : Guna seperti perapi syampu, sekurang-kurangnya 2 kali seminggu untuk hasil yang lebih baik.

Jadi, itu adalah serba sedikit mengenai produk ini. So far, selama 2 minggu Lyssa menggunakan produk Aisan Top Team ini iaitu syampu dan hair mask.. Lyssa dapat rasakan ada sedikit perubahan pada rambut Lyssa ni. Dah tak rasa berat macam dulu-dulu. Bila apply je syampu tu, kepala pun rasa ringan.. Rambut gugur yang belenggu Lyssa selama ni pun dah makin kurang.. Apatah lagi gatal-gatal pada kulit kepala. Dah jarang dah rasa. Agak-agaknya kalau Lyssa amalkan selalu pakai syampu tu, memang rambut Lyssa dah tak gugur dan sentiasa sihat je lepas ni .Tak sabarnya nak tengok hasil selepas sebulan pulak ^^


Apa yang paling best, walaupun sehari tu Lyssa guna syampu tu, rambut Lyssa ni bau wangi je sentiasa. Bukan sehari je bau tu kekal pada rambut. Sampai 3 hari tau ! Itu yang buat Lyssa bertambah saaayang pada rambut Lyssa ni. Eh, boleh pulak gitu ye. Hihi. Haruman DIOR yang kekal selama 3 hari pada rambut Lyssa ni membuatkan Lyssa rasa tenang dan nyaman je. Korang patut cuba produk ni.. Eyy, jangan ingat wanita bertudung tak pandai jaga rambut ehh.. >.<


Haaa . Lyssa ada BERITA BAIK ni ! Nak kurangkan keguguran rambut dan memiliki rambut yang sihat dan bermaya sebelum raya macam Lyssa tak ? Tak payah ke salun lagi..

Sekarang ni, FOLLOWERS Lyssa berpeluang memenangi SATU SET syampu Aisan Top Team dan Hair Mask Yang Bernilai RM206




Cara nya mudah sahaja :
  1. LIKE PAGE HairSolutions di Facebook : https://www.facebook.com/hairsolutions.my
  2. Share gambar Lyssa dengan SETTING PUBLIC dan TAG 2 kawan di bahagian comment. Boleh klik >> SINI << untuk join !
  3. SIAP ! Share setiap hari sehingga 1/7/2016 , 11.59 pm untuk meningkatkan peluang anda untuk menang.

** Pemenang akan diumumkan pada 2/7/2016, 8 pm.

Ok . Selamat meng-join kan diri . haha . Good Luck ! ^^

Terima Kasih Sudi Baca ~_^
KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

6 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
Shaheizy Sam
AUTHOR
June 17, 2016 at 12:58 PM delete

First time i dengar shampoo nama ni

avatar
June 17, 2016 at 2:10 PM delete

waahhh.bestnye lyssa..akak pun ada masalah rambut gugur..nanti join giveaway tu..

avatar
June 18, 2016 at 9:18 AM delete

nakk bolehhh ? hahaha..larikkk~

avatar
NEEZA
AUTHOR
June 18, 2016 at 9:42 AM delete

Cantiknya packaginya kak lyssa

avatar
June 20, 2016 at 10:20 AM delete

wahh bagus gak produk ni..

avatar
Unknown
AUTHOR
August 11, 2016 at 2:22 AM delete

hi lyssa,produk ni sangat bagus n thks for sharing :)
entri terbaru saya-set penyusuan lengkap-set penyusuan 3m

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon