Tips : Cara Terbaik Lupakan 'Someone' . Move On Please !

Assalamualaikum.

Hai enkorang sekalian . haha ! Kemain semangat haaa setelah beberapa abad Lyssa tak bagi tips mengenai cinta kan ? Tips cinta sangat . Muntah pulak dengar !* wek ! Tips ni pun rasanya, mesti korang biasa dengar kan ? Rasanya entri ni memang sangat sesuai bagi yang tak boleh nak lupakan someone yang sudah dia tinggal atau ditinggalkan. Senang cerita , kau yang susah sangat nak "move on" . Naahhh ! Baca ni ..




Cara terbaik untuk melupakan seseorang


1.Jauhkan diri daripada jumpa dia. 

2.Jangan contact dia.

3.Delete nick dia from CHAT korang.

4.Hindarkan diri dari "lepak" dengan dia.

5.Tak payah laa dok cerita pasal dia 24 jam. Hal ini mungkin akan menggembirakan anda di saat anda bercerita tuu tapi kesan jangka panjang ialah, dengan mengingati dia , hati anda yang terluka itu akan bertambah dalam lukanya..

6.Kalau boleh delete FACEBOOK dia sekali agar profile dia tak muncul kat FB korang everytime dia update FB. Bukan setakat delete . Block terus ! FB ? Twitter ? Insta ? Whatsapp ? BLOCKED !

[​IMG] 

7.Fikirkan semua sifat-sifat buruk dia yang korang rasa tak worth pun untuk diminati.

8.Stop thinking that he/she is sweet. Tak de sweet nye derrr orang yang tak nampak keistimewaan kita kan..?

9.Ingat...hanya "SAYANG" orang yang sayang kita sahaja.

10.Berusaha untuk buang terus dia dari ingatan.

11.Tak yah laa nak "berkawan" dengan dia dengan harapan dia akan merubah fikiran.Kalau boleh lupakan dia terus dan anggap je dia dah mati.

12.Tumpukan perhatian kepada life anda.

13. Anggap sahaja bukan anda yg bermasalah tapi dia.

14.Tak payah laa letak orang yang tinggalkan kita or treat kita macam sampah sebagai ratu/putera hati kita. Pertama , orang yang lukakan kita tak layak pun mendapat tempat yang istimewa dalam hati kita. Kedua , kalau anda tak buang orang tu dari hati anda , anda akan terlepas cinta lain yang mungkin lebih hebat daripada ex anda yang sah2 tak sayangkan anda.

15. Akhir sekali tabahkan hati dan sentiasa ingat mana2 lelaki/perempuan pun bertuah memilih anda sebagai teman hidup kerana anda adalah seorang yang tabah menempuh dugaan hidup dan tidak gentar dan tidak bosan hidup secara solo molo . Malah anda sentiasa happy solo atau berpasangan.......Anda seorang yang kreatif.Anda mampu mencipta kegembiraan seorang.Tambahan pula, sikap anda yang matang dan optimistic itu mampu menarik perhatian pasangan yg lebih menghormati dan menyayagi anda.

Siapa yang tidak kagum dengan orang yang pernah jatuh berkali-kali , tetapi mampu bangun semula dari setiap kegagalannya dan hidup seperti biasa secara normal..

[​IMG] 

p/s : Entri ini tiada kaitan langsung dengan diri Lyssa sekarang ni . Tapi pernah ada pengalaman sebelum ni. Jadi , harap entri kali ni membantu korang untuk teruskan hidup korang macam biasa dan dapat lupakan 'someone' tu dengan cepat ..

Terima Kasih Sudi Baca ..

KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

17 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
Mrs Nurain
AUTHOR
May 1, 2016 at 6:41 PM delete

Salam cik Lyssa...hai2. No.1 sampai 15 dah buat dah..haha^^ good tips. Hidup kena pandang ke hadapann..cewahh hee

avatar
zety
AUTHOR
May 1, 2016 at 8:59 PM delete

singgah blog femes cik lyssa..heheh tips ni semua mmg kena buat kalau nak move on =)

avatar
Sii Nurul
AUTHOR
May 1, 2016 at 10:35 PM delete

haha alhamdulillah :) sy dah move on

avatar
May 1, 2016 at 11:50 PM delete

Selain dia, janganlah dekati lagi orang yang rapat dengan dia atau yang masih berhubung dengan dia..biasanya org lagi mudah melupakan seseorang itu bila dah tak berkawan dengan orang yang ada kena mengena dengan orang yang ingin dilupakan..

avatar
Perawat Islam
AUTHOR
May 3, 2016 at 3:34 PM delete

Jangan lupa juga supaya kembali dekatkan diri dengan Allah. Yakinlah yang apa yang berlaku ada hikmahnya.Check balik. Mungkin disebabkan kita bercinta, kita jauh dari Allah.

Allah sayangkan kita yang dah semakin jauh dengan Nya,lalu dia hilangkan orang yang kita sayang sangat-sangat supaya kita kembali pada Allah.

Benda nilah yang selalu saya nasihatkan kepada pesakit-pesakit yang datang ke pusat rawatan saya.Mengadu kat saya kenapa susah sangat nak lupa pasangan yang dah tinggalkan kita.Takut terkena sihir Mahabbah (sihir percintaan).

Tapi bila saya korek-korek cerita,rupa-rupanya bila dah putus cinta semakin jauh dengan Allah.Solat pun ditinggalkan atas asalan hati tak tenang. Mana nak tenang bila solat ditinggalkan. Solat itulah pemberi ketenangan kepada hati.

Jadi sesiapa yang putus cinta,mudah je,kembalilah pada Allah,nescaya semuanya akan dipermudahkan,inshaaAllah.

avatar
Unknown
AUTHOR
May 18, 2016 at 10:19 AM delete

cukup dengan mengingati ALLAH swt je la tak payah la tips segala ni mengarut je

avatar
Anonymous
AUTHOR
June 12, 2017 at 5:32 PM delete

No 11 paling win .. 😅 dh tiga kali kena .. tp bila baca balik ni .. sy boleh ikut .. terima kasih

avatar
Unknown
AUTHOR
June 22, 2017 at 10:59 AM delete

terima kasih for the tips :)

avatar
Qyla
AUTHOR
March 11, 2018 at 11:27 AM delete

@Siti Nurain
Saya cuba !!! 💪🏻

avatar
Unknown
AUTHOR
May 23, 2018 at 11:14 PM delete

Sya suka tengo tips yg engko bagi...terbaikkkk

avatar
Unknown
AUTHOR
May 28, 2018 at 8:58 AM delete

Xde istilah berkawan balik.. Pasti hati sakit balik kan..

avatar
Mqais Channel
AUTHOR
October 1, 2018 at 9:21 PM delete

Cinta pertama memang susah nak dilupakan.. teringat dengan cinta pertama bila putus. Memang susah nak move on beb. Huuhuu

avatar
apat
AUTHOR
April 16, 2019 at 5:21 PM delete

masih x boleh lupakan sebab dia belum bayar hutang saya lagi,after dia bayar baru boleh lupakan

avatar
Unknown
AUTHOR
June 10, 2019 at 10:20 AM delete

Haha yg ni lawakk...

avatar
June 21, 2019 at 12:03 PM delete

Lebih baik move on daripada berharap pada orang yang tak pernah berharap pada kita.Alhamdulillah saya dah move on...walau sakit ada hikmah disebalik apa yg berlaku..so yang nak move on tu..Chaiyookk...Ingat...Diri anda begitu berharga dan cinta anda hanya untuk insan yang tahu menghargai sahaja..yang tak reti nak hargai tu..pegi main jauh2..TQ

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon