Ibu Marah, Kejar Anak Guna Selipar !




Seorang ibu yang tidak dapat menahan kemarahan dengan perangai anaknya yang telah ditahan polis dalam Operasi Bersepadu Mat Rempit di Batu 10, Jalan Gurun Jeniang, Sungai Petani, awal pagi Jumaat, mengejar anaknya sambil memegang selipar, lapor Berita Harian.

Wanita itu dikatakan menjerit-jerit memanggil anaknya kerana dakwanya anaknya itu degil walupun sudah dilarang mengikuti lumba haram.

Beliau juga dilihat bertindak memukul beberapa anggota polis menggunakan selipar selepas menghalang beliau memukul anaknya itu.

"Mana dia? Aku nak bagi (pukul) dia, dah larang berpuluh kali tapi dia mai (datang) juga tempat ini, " kata wanita itu sambil mencari anaknya.

Bagaimanapun pihak polis telah berjaya meredakan kemarahan wanita itu sebelum beliau beredar dari tempat kejadian.

Kejadian berlaku ketika pihak polis menjalankan operasi bersepadu membabitkan empat pegawai dan 30 anggota dari Cawangan Trafik, Pasukan Lejang Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan 26 anggota Sukarelawan Polis Diraja Malaysia (SPDRM).

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa, berkata sebanyak 62 motosikal disita selain 87 saman membabitkan 110 kesalahan antaranya tiada lesen memandu, cukai jalan dan insurans dalam operasi enam jam bermula jam 12 tengah malam itu.

"Ketika operasi berkenaan seorang anggota PDRM patah lutut kanan dan dihantar ke hospital selepas dirempuh tiga penunggang motosikal yang cuba melarikan diri selepas menyedari polis tiba, " katanya di sini semalam.

Beliau berkata, tiga penunggang motosikal itu kemudiannya melarikan diri dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. FAKTA 62 motosikal disita 87 saman dikeluarkan 110 kesalahan antaranya tiada lesen memandu, cukai jalan dan insurans. - Sumber

p/s : Urmm .. Kesian kat mak dia . Apalah sangat dengan lumba haram tu, Tak sayang nyawa ke ?Kalau tak sayang nyawa sendiri pun, fikir lah yang tersayang . Ibu ayah kita ..... hmmmm ..

KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

3 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
PeRdU cINta
AUTHOR
May 29, 2016 at 9:28 PM delete

pastinya ibunya sangat kecewa...moga anaknya cepat sedarlah..

avatar
June 7, 2016 at 12:07 AM delete

Sebagai seorang ibu kita perlulah bersabar dengan kerenah anak-anak. Walau dalam apa jua keadaan. Pasti ada jalan penyelesaiannya.

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon