INFO | Cara Mudah Atasi Malasah 'White Screen' Untuk Whatsapp Di iPhone

Assalamualaikum ..

Hmmm . Sejak 2 3 4 menjak ni , mesti korang ada perasan kekecohan mengenai kenapa Whatsapp tak boleh bukak kan ? Asal bukak je jadi macam crash and keluar 'white screen' kat phone korang tu . Agak-agak korang sebab apa ? Hmm . Rasanya ni pengguna iphone je kot . But ada juga dak dak android yang mengadu pasal ni jugak .



Nak dijadikan cerita, 2 3 hari lepas rakan blogger ada mengadu kenapa whatsapp diorang jadi 'white screen' . Bila nak bukak je whatsapp terus jadi blank warna putih.  Lyssa pun terfikir lah jugak kenapa kat iPhone Lyssa tak jadi pun macam tu. Mungkin dorang je la kot yang kena. And tupp... tupp... malam semalam terkena kat iPhone Lyssa sendiri . Gelabah memang gelabah lah. Mau tak nya, dengar masalah dari rakan blogger banyak yang terkena benda alah ni...

Dan siasat punya siasat, Lyssa pun dah tahu lah apa masalah yang boleh jadi white screen di whatsapp ni. Rupanya ada satu text yang sudah pun tersebar luas yang menyebabkan pengguna iphone punya whatsapp jadi crash ! Text apa tu ye ? Benda ni laaahhh !


Ada tak korang dapat benda alah ni dalam whatsapp group ke ? Personal group ke . Tak payah tipu la kata tak pernah dapat sebab siapa yang pakai iphone, yang dapat text ni comfirm2 korang akan terkena white screen ni . HAHA ! Mesti korang macam gelabah giler kan ? Aduh ... ! Nak buat macam mana ni. Takkan nak uninstall then install balik whatsapp ni ? Kang hilang la semua info dalam whatsapp aku ! Macam mana ni...!! >.<

Jangan risau .. Lyssa pun rasa benda yang sama juga time tu. Nak pulak kalau korang ni peniaga. Dah sah sah korang risau semua maklumat customer dalam whatsapp korang tu kan . Hmm . Godek punya godek, Lyssa pun dapat 1 cara macam mana nak settle kan masalah ni . Sebenarnya banyak cara juga nak buat bagi ok balik whatsapp kita ni . Tapi, rasanya cara Lyssa ni mudah sikit kot kalau nak bandingkan dengan orang lain yang kena reset setting bagai. Tapi tepulang kan korang la kan nak ikut cara sesiapa pun . Yang penting, info2 yang ada dalam whatsapp korang tu takkan hilang. Jenuhh ooo kalau hilang.... 

Ok. Sekarang Lyssa akan bagi step by step supaya senang korang nak ikut :

1. Pertama, pergi ke Setting iPhone korang

2. Scroll dan pergi ke Privacy

3. Tekan bahagian Contacts

4. Disable kan bahagian Whatsapp

5. Kemudian keluar balik, klik pada apps Whatsapp korang tu

6. Terus sahaja ke bahagian settings Whatsapp

7. Tekan bahagian Chats

8. Klik pula pada Archive All Chats

9. Ok. Sekarang keluar semua balik dari Whatsapp korang. Nak buang whatsapp dari multitasking terus pun boleh.

10. Sekarang masuk balik whatsapp korang. Nanti semua group or whatsapp personal dengan orang lain automatik akan berada di bahagian Archived Chats. Archived Chat ada di bahagian Chats dan tarik ke bawah . Akan keluar bahagiab atas sekali.

11. Ok ! Dah ada kan ? Sekarang korang boleh ke New Chat nanti dia akan keluar ke setting untuk enable kan balik Whatsapp kat bahagian privacy masa di step 4 tu. Enable kan je balik.

12. Sekarang korang boleh guna whatsapp korang seperti biasa. Mudah kan ?

13. Kalau nak unarchive back pun boleh jugak, slide je ke tepi akan boleh unarchive back.

14. Cari balik message or text macam gambar kat atas yang Lyssa bagi tadi. Delete text tu. Kang jadi lagi kang jangan salahkan Lyssa ye :D

Dah settle ! Jangan gelabah dah . *Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya kan ?* Lyssa hanya dapat bantu mana boleh je. Sebab Lyssa pun hadapi benda yang sama.  Why not Lyssa kongsikan kat korang semua juga kan ? 

Terima Kasih Sudi Baca ~

KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

9 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
Trick DRNet
AUTHOR
May 27, 2016 at 4:07 AM delete

Terima KAsih Kak Lisa...
sya pun ada dengar banyak kes psal Whatsapp latest Version ni kt Iphone..
Crash sana, crash sini..
boleh la nanti nk bgitau kwan yg pkai iphone psal Blog akak.
Nasib baik xpakai iphone. huhu !!

Jom kongsi blog ..
Belajar Trick Komputer & Android

avatar
Kak Ina
AUTHOR
May 27, 2016 at 7:57 PM delete

Assalamualaikum, Lyssa..
Terima kasih atas tips tu. Phone saya salah satu mangsa white screen ni.
Dah cuba cara yang Lyssa bagi tu, Alhamdulillah berjaya dipulihkan.
Mungkin betul mesej tu penyebabnya, sbb bila check dlm 1 grp tu, mesej pertama
masa white screen jadi ialah mesej tekan tu.

avatar
May 27, 2016 at 10:27 PM delete

Sama2 . nanti tolong sebarkan kt orang lain tau :D
THANK YOU !

avatar
Unknown
AUTHOR
May 31, 2016 at 7:23 PM delete

Askum kak saya ikut step akak bagi alhamdulillah ok dah tapi nak buka achive chat tu dia jadi balik hmm macam nih kak

avatar
Unknown
AUTHOR
May 31, 2016 at 7:25 PM delete

Askum kak saya dah ikut step akak dah boleh buka dah tapi nak buka achive chat nak tgok chat lama tak boleh la hmm mcm mana nih kak

avatar
May 31, 2016 at 7:41 PM delete

Kenape tak boleh plak ehhh . Tarik je ke bawah . Nnti all archived akan keluar

avatar
Anum Abdullah
AUTHOR
June 5, 2016 at 10:37 AM delete

nasib nurul bukan pengguna iphone k..haha..

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon