Western Food di Restoran Pekan Station Kg Baru Memang Best !

Assalamualaikum ..

Western Food di Restoran Pekan Station Kg Baru | Hi korang .. Lyssa nak tanya ni . Pernah tak korang ter-usha atau ternampak Lyssa post gambar makanan baru-baru ni kat IG dan FB Lyssa ? Yeah ! Gambar spaghetti tu . Itu adalah antara makanan barat yang ada di Restoran Pekan Station tersebut.



Pernah dengar ke dengan nama Pekan Station ? Kalau tinggal di area KL, memang korang pernah dengar lah kan . Tambah-tambah kalau yang tinggal di kawasan Kampung Baru. Mesti pernah singgah atau lepak makan kat sini kan ? em . Nak kata restoran, tak de lah nampak macam restoran sangat. Kedai ni lebih kurang macam warung kampung yang ada jual "Western Food" atau makanan barat ni. 

Siapa yang suka dan nak cuba makan 'Western Food' di area KL , Lyssa syorkan korang singgah dan cuba sendiri makanan di Pekan Station. Lyssa jamin, korang mesti takkan menyesal. Nak kata sedap , memang betul-betul sedap pun. Harga pulak berpatutan... Tapi kat Kg Baru biasa lah . Masalah sikit nak cari parking. Alaaa parking jauh sikit pun apa salah nye jalan sikit . Takkan nak kena parking betul2 depan kaunter kot ? haha. Kami pun parking jauh sikit dari kedai. Serius cakap, masa kami pergi tu memang orang ramai tak terkata lah .

Nampak tak ? Nampak sangat kedai ni memang terkenal dengan Western Food yang sedap dan harga berpatutan ...


Ini lah gambar 10 blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari yang datang ke Pekan Station untuk membuat food review di sini ... Meriah kan ? heeeee !


Nanti korang tengok makanan yang Lyssa nak tunjuk lepas ni lepas tu akanada antara korang yang akan termeleleh air liur punya laaaaa .. hahaha ! Jangan cakap hakak tak payung hokeh :p Jom layaann ....

Mix Grill – RM16.00

Chicken Bleu - RM 12.00
Chicken Grill - RM 11.00

Lamb Chop - RM 16.00

Chicken Grill Pasta - RM 11.00

Chicken Boxing (7pcs) - RM 8.50 (Yang ni sedap sangat!!!)

Fish & Chips - RM10.00

Mix Grill Pasta - RM 16.00

Beef Steak - RM 14.00


Haaaaa .. Amacam ? Ada yang dah meleleh ke air liur tu bila tengok gambar-gambar ni ? Eh , ini baru gambar je tau ! Korang tak cuba makan lagi .... Tak rugi cuba makan kat sini. Memang berbaloi . Semua hidangan memang besar-besar dan sangat sesuai dengan harganya.

Masa hari tu Lyssa makan Chicken Grill . Itu memang akan jadi feveret Lyssa kalau makan kat kedai Western Food. Dan rasa Chicken Grill kat Pekan Station ni tersangatlah tidak mengecewakan. Sedap sampai terjilat habis pinggan tu . haha ! *k.tak senonoh.

Nahhhhhh . Ambik ni , Lyssa belanjeee ! HAHA :P


Eh , Kalau korang nak tahu kan ... Apa yang best nya dengan restoran ni, diorang ada buat servis penghantaran sekitar Kg.Baru, termasuklahlah Hospital Kuala Lumpur, Institut Jantung Negara, Hospital Pusrawi dan Kg. Baru Medical Center. Diorang siap boleh hantar sampai ke dalam wad tau tak .... Tapi , syarat delivery mestilah melebihi dari RM 30.00 baru ada free delivery. Korang boleh rujuk harga menu kat atas ni untuk sebarang order bagi delivery.

Masa tempahan bermula pada : 5.30 petang - 11.15 malam .

Restoran Pekan Station ini dibuka dari pukul 6.00 petang hingga 1.00 pagi. Tutup tak menetu. Biasanya hari Khamis. Kalau restoran tu tutup, biasanya diorang akan inform di Facebook dulu. So, pastikan korang LIKE page Pekan Station untuk sebarang info terkini.

Kat sini Lyssa nak sertakan Menu dan sebut harga bagi makanan dan minuman yang terdapat di Pekan Station ni. Nanti tak de lah korang gelabah plak bila datang sini tengok harganya kan ?




Restoran Pekan Station
Jalan Raja Uda, Kg. Baru Kuala Lumpur. (Waze jer Pekan Station Western Food)
Tel: 010-796 0648
Operation Hour: 6 petang – 1 pagi
Tutup: Setiap Khamis
Facebook: Pekan Station
Instagram: @PekanStation
Website: www.pekanstation.my
TerimaKasihSudiBaca...
KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

4 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
Fieza Sani
AUTHOR
April 27, 2016 at 9:38 AM delete

tengok gambar memang meleleh ayaq liuq..tapi bila pikir bab parking, alaaaa, lomah..

avatar
Unknown
AUTHOR
April 27, 2016 at 9:55 AM delete

waah boleh pi ni coz lm x mkn western hihihi

avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
April 27, 2016 at 12:55 PM delete

terima kasih lyssa payung..tapi kenapa tak sediakan tisu..ni air liur akak PC dah meleleh...nak ajak en suamilah pegi..hehehehehe...nak cuba...

avatar
Unknown
AUTHOR
May 18, 2016 at 10:23 AM delete

saya suka selera kampung jer

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon