Georgetown: Seorang wanita dipujuk hampir dua jam sebelum diselamatkan ketika cuba terjun di kilometer 6.7 Jambatan Pulau Pinang, tengah malam tadi.
Dalam kejadian 12.45 tengah malam itu, wanita berusia 58 tahun berkenaan dilihat berdiri sambil memegang besi penghadang.
Menurut sumber, wanita terbabit yang masih bujang dikatakan mengalami tekanan perasaan dan memberhentikan keretanya di laluan kecemasan sebelum mengugut mahu terjun.
"Abang serta rakannya cuba memujuk mangsa sejak kira-kira 11 malam namun gagal sebelum mereka menghubungi bomba.
"Anggota bomba kemudian bergegas ke lokasi kejadian dan berjaya menghalang wanita terbabit daripada terjun sebelum membawanya ke hospital untuk rawatan," katanya.
p/s : Ini lah dia . Dah banyak sangat dah kes cubaan bunuh diri kat Jambatan Pulau Pinang tu... Pernah kan haritu Lyssa pernah update pasal Cubaaan Bunuh Diri di Jambatan Pulau Pinang Seorang Dalam Sebulan bagi tahun 2015. Makin lama makin banyak pulak kes macam ni . Elok-elok sedap diberi nama Jambatan Pulau Pinang, last-last nanti jadi Jambatan Mati / Jambatan Hantu . hahah ! Kan dah parah tuu.. Even tengah tertekan sekali pun, jangan lah nak pilih jalan singkat macam ni... Tak menyusahkan orang takpe. Ni kan dah menyusahkan semua orang . hm.
10 000 orang Comment Di Sini
Write 000 orang Comment Di SiniKalo memang jembatan itu sering di pakai untuk bunuh diri atau apalah itu sebaiknya di jembatan itu harus ada pos pengaman atau harus ada yang selalu berpatroli mbak biar kejadian itu tidak terulang kembali ..
Stress sangat lah tu Lyssa :P
Ya Allah...mudahnya senang2 amik cara nak bunuh diri...kesian lah kt ibu dan ayah tu penat dia membesar kan kita....masalah ni kalau lg fikir lg serabut...kadang2 kena fikir cara rasional...bukan amik cara pintas mcm ni kan lysa
kesian dia, mesti sngt tension tu. perlu dapatkan pertolongan mental
ikutkan dah berpuluh nyawa yg melayang dekat jambatan tu.ada jugak yg gunakan ferri sebagi tempat dia nak terjun.tertekan sangat memang mudah ambik keputusan sependek ni..harap Orang Islam kita ni..kuatkan hati dan luahkan perasaan kepada Allah.
Inilah yang menyedihkan lyssa...ada orang nampak mungkin boleh lagi diselamatkan..kalau sebaliknya...ermmm..
stress punya pasal..huhu..
stress punya pasal..huhu..
bunuh diri neraka la jawabnya
ushhh
.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon