Johor Bahru: Seperti dijangka kumpulan Bocey yang dianggotai oleh Achey, Abam dan Fad mengungguli persaingan dalam Maharaja Lawak Mega 2016 menewaskan tiga peserta lain pada pentas akhir, malam tadi.
Program tumpuan ramai ini disiarkan secara langsung dari Stadium Tertutup Perbadanan Pasir Gudang.
Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang wang tunai RM500,000 dan trofi.
Tempat kedua dimenangi kumpulan Joras dianggotai oleh Shuk, Rahim dan Joey yang membawa pulang RM250,000.
Tempat ketiga menjadi milik Puteh yang dianggotai oleh Mamak dan Ali. Mereka membawa pulang RM150,000, manakala tempat keempat dimenangi oleh LOL yang dianggotai oleh Tauke, Angah dan Ajak dan menerima RM50,000.
Peserta solo, Rayza menduduki tempat kelima dan menerima RM15,000.
Hadiah disampaikan oleh pelawak veteran Wahid Satay manakala Datuk AC Mizal bertindak sebagai pengacara.
Barisan juri terdiri daripada Ziana Zain, Shaheizy Sam, Najip Ali dan Bunga Citra Lestari.
Format pemarkahan adalah 70 peratus daripada juri dan 30 peratus menerusi undian SMS penonton.
1 000 orang Comment Di Sini:
Write 000 orang Comment Di Siniwow
.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon