KUALA TERENGGANU: Seorang wanita sungguh tidak menyangka yang objek yang dilanggarnya merupakan seorang kanak-kanak perempuan yang merupakan anak jirannya.
Kejadian yang berlaku di Kampung Bukit Bayas, Pasir Panjang, kira-kira jam 6.35 petang kelmarin, murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Bukit Bayas, Siti Sakinah Zanudin, 11, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.
Menurut cerita, ketikan kejadian kenderaan empat roda jenis Kia Sportage yang dipandu seorang wanita berumur 64 tahun tiba telah membelok ke kiri untuk masuk ke halaman rumahnya.
“Setibanya di simpang kiri kawasan rumahnya, wanita yang datang dari arah Kampung Pasir Panjang terus membelok ke kiri untuk masuk ke kawasan rumahnya serta mendakwa langsung tidak nampak kelibat mangsa ketika itu.
“Bagaimanapun, ketika sedang membelok, pemandu merasakan kenderaan dipandunya seperti bertembung sesuatu objek lalu memberhentikan segera kenderaan tersebut dan turun membuat pemeriksaan.
“Ketika itulah, pemandu terkejut apabila mendapati seorang kanak-kanak dipercayai anak jirannya yang masih berkasut roda terbaring di bawah kenderaan itu dalam keadaan dipenuhi darah di kepala,” katanya dipetik laporan Sinar Harian.
Menurut kata sumber itu, wanita berkenaan yang menyedari telanggar kanak-kanak berkenaan menjadi panik dan meminta bantuan orang kampung yang berada berhampiran sebelum masing-masing membantu mengeluarkan mangsa.
Sementara itu, Ketua Polis daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan. - Sumber
Baca juga : Ajal Di Katil Asrama
"Dimana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu berada di benteng yang tinggi lagi kokoh" (QS. An Nisaa' : 78). Al-Fatihah ..
3 000 orang Comment Di Sini
Write 000 orang Comment Di SiniInnalillahhiwainnaillahirojiun... ajal maut tak kire mase dan keadaan kan..
Ya Allah...seriau rasa sgt2...moga Allah lindungi anak2 sis
ada terbaca semalam, hurmmmmagaktragisjuga.Al-Fatihah buat adik itu.
.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon