Cuti Tak Rasa Macam Cuti !

Assalamualaikum.

Pejam celik pejam celik . Cepat je masa berlalu kan. Hari ni dah 27 Mac , dah nak habis bulan Mac dah. Minggu ni juga dah masuk bulan April. Haih. Makin lama, rasa makin takut pula nak tempuh hari-hari yang mendatang ni. Tapi, nak buat macam mana kan. Hidup pasti diteruskan !

Minggu lepas, Lyssa mula cuti pertengahan semester. Esok pula dah mula kelas. Seminggu je cuti . Cuti pun tak rasa macam cuti. Habiskan masa bersama keluarga di rumah sahaja kat Penang. Itu pun bukan buat apa. Makan , tidur , online , main dengan kucing .. Sambung balik makan , tidur , online , main dengan kucing. Boringggg ...

*Gambar hiasan . Tak de maksud apa-apa pun * werk !

Esok hari Isnin . Pagi-pagi dah ada kelas. Waa ! Malas nya rasa nak pergi kelas esok. Pagi-pagi dah kena perah otak. Orang kata jangan mengeluh kalau nakkan ilmu. Ye, tak ada lah mengeluh sangat. Alahh . Biasa la tu . Korang yang bekerja pun mesti rasa benda yang sama kan . Sama la juga dengan budak sekolah . Isnin mesti malas gila rasa nak bangun pagi kan . Nak mengadap perhimpunan lagi . 'Monday Blues' lah konon. Malas-malas pun mesti kita paksa diri jugak pergi walaupun tak nak . Sama la kita .. T_T

Seminggu Lyssa cuti memang tak terasa. Kot la bagi cuti sebulan ke, puas la sikit. Ni seminggu cuti, nak bernafas pun tak sempat. Nak pergi shopping pun rasa tersekat je dengan masa. Kang pergi shopping tak ingat dunia kang, rasa tak puas pulak duduk kat rumah. Ye lah, bukan selalu Lyssa balik Penang jumpa keluarga. Seminggu itu je lah masa nak habiskan dan luangkan masa dengan keluarga. Ye tak ? So, Lyssa pun ambik lah keputusan untuk tidak keluar ke mana-mana atau bershopping sakan. Cuma keluar dengan mama pergi tempah baju raya je. HAHA . Jadilah kan .


Entri ni tak de maksud apa-apa pun . Saja je nak luahkan kat korang betapa tak syok nya rasa cuti seminggu . HAHA ! Apa-apa pun tetap la bersyukur. Syukur la dari ada jugak cuti daripada tak de . hahahaha . Ok bai :p

TerimaKasihSudiBaca...



KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

6 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
March 27, 2016 at 12:46 PM delete

dah kje pun, cuti sehari..lagi sengsara..huwa!

avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
March 27, 2016 at 2:12 PM delete

hihihi...alhamdulillah...yang best dapat pergi tempah baju raya kan...takpe..nanti ada cuti lagi..haaa boleh la pergi jenjalan.. :)

avatar
Anum Abdullah
AUTHOR
March 27, 2016 at 2:36 PM delete

wahhh..dah bertukar warna biru lah blog lyssa..hihi..

avatar
umie yana
AUTHOR
March 30, 2016 at 11:30 AM delete

memang tak puaskan cuti seminggu.. dah kerja lagi tak puas.. hahaha

avatar
April 1, 2016 at 9:50 AM delete

comel gambar hiasan hihi

avatar
Unknown
AUTHOR
April 2, 2016 at 12:48 PM delete

Cuti satu minggu tidak akan kerasa mbak,

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon