Ajal Di Katil Asrama


Klang: Penghuni di asrama sebuah kolej swasta di Bukit Tinggi di sini, gempar apabila seorang penuntutnya meninggal dunia mendadak di katilnya.

Dalam kejadian jam 7 pagi semalam, mangsa, Luqman Hakim Shamsuddin, 18, disedari tidak bernyawa ketika dikejutkan rakannya.

Warden asrama, D Divakaran berkata, dia dimaklumkan berhubung kejadian itu oleh beberapa penghuni lain sebelum membuat panggilan kecemasan.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.

“Saya lihat dia (arwah) mempunyai perwatakan yang baik. Beberapa jam sebelum kejadian, dia makan bersama beberapa rakan lain.

“Dia tidak memaklumkan menghidapi sakit atau sebagainya. Cuma di dalam begnya terdapat beberapa jenis ubat,” katanya ketika ditemui di pekarangan bilik mayat HTAR di sini, semalam.

Sementara itu, ibu arwah, Nor Mahfuzah Bakar, 43, berkata, anak kedua daripada empat beradik itu tidak menghidap penyakit kronik kecuali alahan terhadap sesetengah makanan.

Katanya, anaknya itu baru saja mendaftar masuk ke kolej berkenaan awal bulan ini dan mengambil sijil jurusan elektrik.

“Dia memang mempunyai alahan. Ada beberapa jenis ubat dibawa bersama ketika mendaftar masuk ke kolej.

“Kami dimaklumkan mengenai kematiannya pagi tadi (semalam) disebabkan masalah jantung dan bergegas ke hospital meskipun mengambil masa lebih empat jam untuk tiba,” katanya.

Jenazah Luqman dibawa pulang ke kampungnya di Pulau Pangkor, Perak dan dikebumikan malam semalam.

p/s : hmm . Takut pulak bila dengar perkara macam ni kan . Sakit jantung pun kita tak tau. Tahu2 je , meninggal dunia . Itu lah zaman sekarang ni memang takut kalau dapat hidap penyakit yang kita tak tahu. Bahaya weh . Sebab tu, kita selalu kena pergi  buat check up doktor supaya perkara sebegini tak berlaku. Tapi ye lah kan . Ajal maut ditangan Tuhan. Tak sakit apa pun, kalau dah tertulis tarikh sekian2 tu ajal kita, tetap ajal kita. Apa-apa pun, sama-sama lah kita berdoa agar dia (arwah) ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah ~


KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

7 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
Mrs. A
AUTHOR
March 22, 2016 at 10:37 AM delete

Innalillahhiwainilaihirojiun...
Al-Fatihah buat arwah semoga ditempatkan dikalangan orang-orang beriman di sisiNYA.
Takziah diucapkan buat ahli keluarga semoga sabar dan redha.

avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
March 22, 2016 at 10:42 AM delete

Allahu...syarat mati tidak semestinya tuakan...bila tiba waktunya...sekelip mata ianya berlaku...moga dia ditempatkan bersama golongan orang orang yang soleh..

avatar
eima
AUTHOR
March 22, 2016 at 12:02 PM delete

KLU PERASAN SKRG NI BYK KAN KEMATIAN MENGEJUT KAN ...

avatar
Anonymous
AUTHOR
March 22, 2016 at 12:29 PM delete

semoga arwah tenang di Sana...Al-Fatihah

avatar
zeera lily
AUTHOR
March 22, 2016 at 3:19 PM delete

innalillahiwainnalillahirrajin... semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman.. al-fatihah

avatar
March 23, 2016 at 8:58 AM delete

Allahu.. Innalillah. Semoga tenang di sana. Nyawa kita bila bila shj blh di tarik..

avatar
Delaila Adnan
AUTHOR
March 24, 2016 at 1:13 AM delete

semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman..ameen

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon