Seorang ibu muda meluahkan rasa sedih dan kecewanya terhadap pengasuh apabila sanggup menampar anak kecilnya yang berusia 10 bulan sehingga menyebabkan kanak-kanak berkenaan mengalami lebam dan bengkak di bahagian muka.
Menurut ibu berkenaan, Nadea Teja, dia terpaksa meninggalkan anaknya itu dengan pengasuh kerana pergi kerja dan menyesal kerana tidak pandai menilai orang yang menjaga anaknya itu.
Beliau turut menyatakan anaknya dipanggil sebagai Nawra itu masih kecil, merangkak pun belum boleh apatah lagi untuk memanjat atau nakal, kenapa anaknya diperlakukan sedemikian rupa.
Jom kita baca luahan hati ibu anak kecil ini.
Bersabarlah duhai hati.. kuatlah duhai anak..Nawra sayang..maafkan ummi dan papa terpaksa meningalkan Nawra dgn orang lain kerana pergi mencari rezeki.. Nawra sayang.. maafkan ummi dan papa yang tak pandai menilai orang..Kami fikir manusia berhati suci punya kasih dan sayang terhadap bayi sekecil Nawra..Segalanya nampak sempurna dan indah untukmu sayang.. Tak pernah terlintas orang akan memukul anak ummi ini begitu sekali..Apa dosa bayi 10 bulan yang masih belum boleh merangkak dgn baik apatah lagi memanjat atau nakal.Sungguh hancur hati ummi apabila pengasuh mengaku menampar mu.. Hancur hati ummi bila Nawra menangis dan hari ke-5 ini bengkak muka masih belum surut.. Tak dapat ummi bayangkan betapa kuat pengasuh menampar Nawra sehingga lebam berbirat.. Betapa kuat Nawra menangis.. Betapa takut Nawra lalui hari-hari bila ummi dan papa tiada..Patutlah selama ini Nawra sangat takut dgn orang sekeliling.. tak boleh berpindah tangan dari ummi atau papa.. tak boleh sesiapa ambik dukung dari kami.. Rupanya Nawra trauma dan takut ummi dan papa hilang lagi dan lagi..Sungguh bukan mudah memaafkan bila hati sangat sakit..tapi, Ummi redha apa sudah terjadi, kami maafkan pengasuh Nawra kerana dia juga punya anak sekecil kamu sayang.. Ummi tak mahu dia hilang ibunya kerana ini Ummi tak mahu dia lalui hari-hari sepertimu..takut tanpa ibunya disisi.. Papa tahu ummi sedih, ummi tahu papa marahPapa ajar ummi melupakan.. Jangan ada dendam supaya hati tenang..Ummi redha..papa redha sayang..jangan takut lagi Nawra.. walaupun tanpa kami kau punyai Allah duhai anak..Semoga Nawra sihat selalu membesar menjadi anak perempuan yg cerdik dan solehah InSyaa Allah... - Nadea Tejasumber
p/s : Hmmm .. Sedih bila dengar ada manusia yang sanggup berbuat demikian, tambah pula pada kanak-kanak yang tak tahu apa-apa ... Tak boleh dibiarkan saja ni . Pihak yang bertanggungjawab perlu mengambil tindakan yang serius terhadap perlakuan tidak berperikemanusiaan nih ! hm . Dah la baby tu comel . Boleh pulak diperlakukan macam tu sekali ! Geram pulak rasa... .
15 000 orang Comment Di Sini
Write 000 orang Comment Di SiniAllahu...sedihnya...amaran awal supaya usaha cari pengasuh lain..
Ya Allah... Kenapa jadi cam gitu... Baru 10 Bulan kot... Mental ke huhu
salah satu sebab tak hantar anak pada pengasuh
Sebelum pilih pengasuh ni.Lebih baik kita kenali latar belakang pengasuh tu.Btw hai NASS singgah Newbie .Ada masa kak lyssa jengah2 la blog saya http://nasruddinnass.blogspot.my/
sedihnya...tu yang risau klau anak kt bbysitter
semoga nawra cepat sembuh... kesian dia... memang dia trauma sangat kalau sampai tak nak berenggang ngan ibubapa dia...
sepatutnya kena report kes macam ni. sebagai pengajaran
siannya.....huhu
Misalannya lah, jadi pd anak dia pula. Mungkin waktu tu baru dia sedar perbuatan dia
http://YouthToEarn.com/?ref=384165
apasal la org zaman skrg. zalim2 belaker
sungguh kejam orang macam tuh, tak punyai hati
Kasihan budak itu. :(
Kasihan budak tu ;(
Dia orang ni teruk, tak ada hati perut... Cuba anak dia orang pulak yang dibuat macam tu..... (emosi nie)!!!
by the way guys, tengok2 la blog saya yang baru ni dan dipersilakan komen utk saya perbaiki lagi blog saya . Saya ni newbie la katakan..
http://universalrestaurant77.blogspot.com/
Kalau anak kena mcm tu. Kat situ aku bagi terus kat cikgu tu. tertiarap @ masuk hospital pun lagi bagus. Biar dia rasa
.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon