Selain merancang untuk mengecat stadium tersebut dengan warna kegemarannya itu, usahawan wanita dari Machang yang lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida itu juga mahu hamparan karpet dengan warna sama di laluan khas wanita dan keluarga.
"Mungkin kaum wanita boleh berjalan bersama keluarga mereka di laluan karpet pink ini. Kita akan jadikan stadium ini sebagai medan bersama keluarga," katanya.
Malah, graduan Universiti Sains Malaysia (USM) itu berkata, beliau mempunyai pereka khas yang akan dilantik untuk mengubah stadium tersebut seperti yang diimpikannya selama ini.
"Saya ada pereka bentuk sendiri dan sudah arahkan pihak terlibat mengambil gambar stadium untuk tujuan ubah suai.
"Saya akan lakukan dengan sepenuh hati kerana yakin stadium ini akan jadi daya tarikan baharu di Kelantan.
"Jadi saya rasakan sekarang (saya) kena buat betul-betul dengan mengambil kira pelbagai aspek, bukan sekadar cat sahaja," katanya kepada mStar Online.
Malah, beliau telah merancang untuk meninjau stadium tersebut sekiranya persetujuan dicapai dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) pada pertemuan peringkat akhir petang Jumaat ini.
"Sudah tentu, saya ada perancangan nak lakukan tinjauan ke stadium ini. Saya kena teliti apa yang perlu dilakukan untuk menaikkan lagi 'seri' stadium ini," katanya.Mstar
5 000 orang Comment Di Sini
Write 000 orang Comment Di Siniakak pun x sabar bak beli jersi pink.... hehe
semua pinkkk laa lepaih niii :D
tabik spring la!!!
http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.my
Pink sokmo la kita hehe...mula2 tengok gaya dato vida ni pelik juga 😅 tapi bila mendalami kisah dia..seronok dan sangat kagum dgn dato vida..😉
Dato...doa kan kami wanita melayu ni semua dapat ikut kecekalan hati dato utk berjaya ye 😄🐞
keladi...sokong tindakn yang dilakukan oleh dato vida...yalah..kita lihat sukan bola sepak ini cuma utk lelaki je, tapi sebnarnya, tidak, sekarang ini bola sepak adalah untuk seisi keluarga dan biar ada kelainan, lepas ni tak mau gaduh-gaduh nah...qu puteh qu puteh selalu....entahlah keladi tak nak melalut panjang, dan keladi memang sentiasa menyokong apa yang dilakukan oleh dr vida.....
.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon