Sudah pasti ramai antara kita menggunakan kata laluan untuk melindungi maklumat peribadi kita di gadget, alat alektronik dan sudah pasti aplikasi yang memerlukan kata laluan seperti di media sosial dan akaun perbankkan online.
Tapi, tahukah anda ramai antara kita sebenarnya tidak mementingkan hal ini di mana ramai antara kita menggunakan kata laluan yang sebenarnya terlalu mudah untuk diceroboh.
Perlu kita ketahui, kata laluan yang baik adalah penting untuk mengelakkan maklumat atau data peribadi kita jatuh ke tangan individu yang tidak bertanggungjawab.
Oleh itu, pakar keselamatan telah mengesyorkan agar kita semua supaya menggunakan kata laluan yang panjang, mengandungi nombor serta abjad dan memasukkan huruf besar.
Berdasarkan pendedahan yang dilakukan di dalam laporan tahun kelima SplashData, lebih dua juta kata laluan pada tahun 2015 lalu bocor dan terdedah kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.
Laporan itu mendedahkan 25 senarai kata laluan yang terburuk sering diguna pakai di mana sekali lagi kata laluan “123465” kekal di tangga teratas lima tahun berturut-turut dan yang peliknya ia menjadi pilihan begitu ramai orang.
Berikut adalah 25 senarai kata laluan paling buruk dan mudah diceroboh.
- 123456
- password
- 12345678
- qwerty
- 12345
- 123456789
- football
- 1234
- 1234567
- baseball
- welcome
- 1234567890
- abc123
- 111111
- 1qaz2wsx
- dragon
- master
- monkey
- letmein
- login
- princess
- qwertyuiop
- solo
- passw0rd
- starwars
Oleh itu, pihak SplashData telah menyertakan 3 tips mudah untuk membantu orang ramai untuk memilih kata laluan yang selamat.
- Guna kata laluan atau prasa sehingga 12 aksara atau lebih dengan mencampurkan huruf kecil, huruf besar dan nombor.
- Elakkan menggunakan kata laluan yang sama dengan web-web berbeza. contohnya satu kata laluan digunakan untuk Facebook, Twitter dan Maybank2u.
- Gunakan perkhidmatan pengurus kata laluan seperti SplashID untuk mengatur dan melindungi kata laluan, menjana kata laluan secara rawak, dan secara automatik log masuk ke dalam laman web.
Jadi, untuk mengelakkan maklumat anda terdedah kepada individu yang tidak dikehendaki bocor, jika menggunakan kata laluan seperti diatas, cepat-cepatlah tukar sebelum terlambat. - Sumber
p/s : Ingat tau .. ! Kalau boleh , ubah lah password korang tu dengan lebih panjang . Nak lagi selamat , letak huruf kecil , huruf besar , nombor dan simbol sekaligus ! Lebih selamat. Dan paling penting jangan guna password yang sama untuk semua account media sosial dan online banking. Gunakanlah password yang berbeza-beza untuk semua medium tersebut :D Kalau tak ingat sangat, SAVE lah kat mana-mana yang rasa selamat.. Macam Lyssa, SAVE semua passoword dalam otak je . kahkah :D kbaii ..
TerimaKasihSudiBaca ...
12 000 orang Comment Di Sini
Write 000 orang Comment Di Sinistarwars!!! hahahaha
hahahha.. sungguh aih
In sha Allah...betul la lyssa...sekarang ramai yang bijak bijak...takut sebenarnya....
hahaha..Mimi pun sma catat pswrd dalam otak je.pswrd tuk log in kt tmpt kja n media social semua catat dlm otak..krikkrik
hahaha..mudah nak ingat..sbb banyk sngt kne ingat
heheehe..kalau letak password panjang2 nanti, diri sendiri plak xingat...hehehehe
susahlah nak guna kata laluan yg berlainan utk setiap web..yong mudah lupa..huhu
INFO MENARIK...
Saya lupe password pstu saya cube punye cube tetap tak boleh macam mane ni?saya cube buat sign in pstu antar dkt email and then saya sent tetap tak boleh.Tolong saya bleh?ðŸ˜Saya dh nk nangis ni
Saya lupe password pstu saya cube punye cube tetap tak boleh macam mane ni?saya cube buat sign in pstu antar dkt email and then saya sent tetap tak boleh.Tolong saya bleh?ðŸ˜Saya dh nk nangis ni
Saya lupe password pstu saya cube punye cube tetap tak boleh macam mane ni?saya cube buat sign in pstu antar dkt email and then saya sent tetap tak boleh.Tolong saya bleh?ðŸ˜Saya dh nk nangis ni
Terima kasih atas perkongsian. Aku tak puas hati lah dengan penggodam ni. Daripada duduk mengodam akaun orang, kan lebih baik buat sesuatu yang boleh mendatangkan hasil dengan mengaplikasikan kemahiran sains komputer mereka...yang penting buat benda yang halal.
.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon