Pelakon Cilik , Mia Sara Kini Tampil Dengan Berhijab

PETALING JAYA: Pelakon kanak-kanak Mia Sara, 11, mengambil keputusan bertudung sejak pulang dari menunaikan ibadah Umrah di Mekah pada tiga minggu lalu.
Bapa Mia iaitu Muhammad Ridhuan Muhammad Saleh berkata, anaknya meluahkan keinginan itu sebelum ke Mekah pada 21 Disember tahun lalu dan hal tersebut mendapat sokongan baik oleh keluarganya.

"Nak diikutkan Mia berhasrat mahu bertudung sejak setahun lalu. Lebih-lebih lagi apabila melihat semua keluarganya menutup aurat, dia seorang sahaja yang tidak.

"Saya menyokong hasrat itu dan pada masa sama tidak memaksa kerana dia masih lagi belum akil baligh," katanya menurut mStar Online pada petang Ahad.

Bagaimanapun Ridhuan berharap agar Mia tidak dikritik memandangkan anaknya itu masih lagi mengikat kontrak untuk beberapa drama yang memerlukannya tidak bertudung.



"Sebelum ini Mia telah mengikat kontrak untuk beberapa siri drama yang memerlukan dia tidak bertudung.

"Oleh itu Mia akan tampil tanpa hijab untuk beberapa buah drama buat masa ini. Saya harap, tiada yang menghentam. Apatah lagi niatnya ingin berubah untuk menjadi seorang Islam yang baik, jadi biarlah dia melalui proses belajar itu," ujarnya.

Dalam pada itu, kata Ridhuan, sekiranya selepas ini Mia kurang mendapat tawaran kerana perubahan imej itu, dia dan anaknya sedia menerima perkara itu dengan hati yang terbuka.

Malah Ridhuan yakin, niat baik anaknya mahu bertudung akan memberi rahmat dan mungkin rezeki yang diberi bukan daripa bidang seni lakonan.

"Rezeki kita adalah daripada Allah, bukan manusia yang tentukan. Saya percaya Mia sudah bersedia dengan segala kemungkinan," tuturnya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Mia bakal muncul menerusi telefilem Supergame Boy pada Mac ini selain menjadi duta kepada produk kesihatan Caliph Supplement.

Dalam pada itu Mia juga mula menjinakkan diri dalam bidang perniagaan tudung menerusi label miliknya, MS Couture.


Note : Bagus lah kalau Mia Sara ada niat baik macam tu. Tentu ramai penyokong dia pun bersetuju dengan perubahan terhadap dia lepas ni kan. Walaupun banyak lagi drama yang tidak memerlukan Mia bertudung, tidak mengapa memandangkan dia belum akil baligh lagi. Tak sabar nak tengok Mia berlakon dengan penampilan berhijab pula lepas ni .. Kipidap !

KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

15 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
Qiya Saad
AUTHOR
January 11, 2016 at 1:32 PM delete

Comelnya mia sara ni..geram tengok

www.qiyasaad.blogspot.my

avatar
Anonymous
AUTHOR
January 11, 2016 at 1:49 PM delete

comelnya mia sara bertudung. aunty doakan mia terus berjaya ye :)

avatar
January 11, 2016 at 1:52 PM delete

alhamdulillah...
bermula dari kecil lagi...

http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.my

avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
January 11, 2016 at 2:01 PM delete

Alhamdulillah...syukur sangat...bertuah ibu bapanya kerana punya anak yang sudah tahu menjaga auratnya....

avatar
Julia Johari
AUTHOR
January 11, 2016 at 3:25 PM delete

Wahhh mia sara bertudung baguslah...siap ada MS Couture hokehhhh

avatar
January 11, 2016 at 4:17 PM delete

Nice girl.. that's right ;)

avatar
Mrs. A
AUTHOR
January 11, 2016 at 4:51 PM delete

Alhamdulillah.
Semoga istiqamah.

avatar
Aqilah Azmi
AUTHOR
January 11, 2016 at 8:09 PM delete

makin cantik laaa lps ni dia huhuw!

avatar
January 11, 2016 at 10:04 PM delete

Semakin comel Mia... dah besar dah...

avatar
Izzati Amira
AUTHOR
January 15, 2016 at 1:46 PM delete

Alhamdulillah..bagus sangatt

avatar
Tengkubutang
AUTHOR
January 17, 2016 at 10:57 AM delete

omey mia sara.. syukur, kecik2 dah berfikiran macam tu.. semoga menajdi anak yang solehah.. untung abahnyaa..

avatar
Unknown
AUTHOR
February 10, 2016 at 11:53 AM delete

comelnya bila mia bertudung.

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon