MyWatch Mahu Nur Amirah Dikenakan Tindakan Dibawah Seksyen 182




SHAH ALAM, 1 Jan – Susulan kes remaja 14 tahun hilang baru-baru ini, [klik sini] << ,  kumpulan pemerhati jenayah, MyWatch mahu tindakan tegas diambil kerana remaja itu telah melakukan dakwaan palsu mengenai kehilangannya.

Tegas Pengerusi kumpulan tersebut, Datuk Seri Sanjeevan R, dakwaan palsu itu bukan sahaja menyusahkan ibu bapa malah turut menyusahkan pihak polis dan orang awam yang ramai bersimpati dengan keselamatan dirinya.


MyWatch mengutuk sekerasnya tindakan remaja 14 tahun, Nur Amirah yang mereka cerita dengan mendakwa dirinya diculik supaya beliau dapat keluar bersama teman lelakinya.

Mywatch menggesa tindakan tegas dikenakan kepada remaja ini di bawah  Seksyen 182 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya. Teman lelaki remaja ini juga harus didakwa kerana bersubahat dalam kes penipuan ini,” katanya beliau memetik laporan Sinar Online.

Remaja berkenaan ditemui oleh sepasukan polis di Banting bersama teman lelakinya semalam.

Sanjeevam turut menambah pihaknya percaya sekiranya tiada tindakan tegas diambil, kes yang sama akan berulang di masa akan datang.

Ini bukan kes yang pertama kalinya berlaku. Sebelum ini pada hujung tahun 2014, seorang pelajar Politeknik Ibrahim Sultan di Pasir Gudang turut bertindak mereka cerita kononnya diculik oleh tiga lelaki di hadapan rumah sewanya di Pasir Gudang hanya kerana mahu melepaskan diri setelah gagal menghantar tugasan yang  diberi pensyarah.
Bagaimanapun, MyWatch memuji risikan berkesan pihak polis yang berjaya menjejaki remaja ini dan teman lelakinya. MyWatch turut menghargai rasa simpati dan ambil berat masyarakat dalam kes jenayah ini,” katanya lagi. 




Pendapat anda ?

KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

1 000 orang Comment Di Sini:

Write 000 orang Comment Di Sini
PeRdU cINta
AUTHOR
January 1, 2016 at 11:17 PM delete

Moga menjadi pengajaran dan tidak ada yang mengulanginya lagi..

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon