'KAMI BIMBANG WUJUD ELEMEN SABOTAJ KERANA ADA YANG IRI HATI'



IPOH - Pengurus Vida Beauty Sdn Bhd mengesyaki wujudnya elemen sabotaj selepas beberapa produk popular Qu Puteh diharamkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

"Kami masih menyiasat. Kami bimbang wujudnya elemen sabotaj kerana Datuk Seri Hasmiza Othman (Datuk Vida) menaja Anugerah Juala Lagu (AJL) dan beliau semakin terkenal," kata Afizah Hashim, lapor The Star.

Katanya, dengan status 'Taikun Kosmetik' itu mungkin menyebabkan ada pihak yang cemburu dengannya.

Jumaat semalam, Ketua Pengarah KKM Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, produk Qu Puteh Whitening Pro 9 mengandungi mekuri yang mana bahan itu tidak dibenarkan dalam sebarang produk kosmetik. 

Menurut beliau, produk tersebut mengandungi kandungan mekuri yang amat tinggi berdasarkan kajian yang lakukan pada sampel oleh Biro Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BKFK).

Biro berkenaan juga menerima laporan dari pihak pengguna yang terkesan dengan produk tersebut. 

Afizah berkata, buat sementara waktu itu pihak syarikat akan menarik balik produk yang terjejas. Bagaimanapun sehingga kini belum ada pihak yang memulangkan produk itu kepada ibu pejabat atau cawangan mereka di seluruh Malaysia.

"Kami telah buat banyak produk dan tidak pernah berlaku kes seumpama ini. Ini adalah yang pertama kali," katanya. 

Berdasarkan tinjauan pihak The Star di premis syarikat berkenaan di Ipoh, produk yang terjejas tidak dijual. Pelanggan hanya datang untuk membeli produk yang lain.

Menurut pihak penjual, produk yang terjejas itu telah ditarik balik pada malam rabu sejurus selepas berita itu tersebar. Namun sehingga kini masih belum ada pelanggan yang datang memulangkan produk yang terjejas.

Semalam, Datuk Vida memberikan jaminan kepada pengguna produknya bahawa produk yang lain keluaran mereka adalah selamat untuk digunakan. Beliau juga telah menarik balik krim Qu Puteh Whitening Pro 9 dari pasaran. 


"Ini adalah harga sebuah kejayaan dan akan ada orang yang iri hati, ini lumrah biasa dalam perniagaan," itu reaksi ringkas dari beliau. - Sumber

p/s : Biasalah tu , lumrah dalam dunia perniagaan kan . Bila dah maju sikit, mulalah ada yang iri hati sampai sanggup nak menjatuhkan bangsa sendiri... hm!
KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

7 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
Qiya Saad
AUTHOR
January 23, 2016 at 5:56 PM delete

Biasa la tu kan adat perniagaan kadang untung kadang rugi..jemput singgah dan follow blog saya ye..tq

http://qiyabeauty.blogspot.my

avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
January 23, 2016 at 8:08 PM delete

Moga semuanya diselesaikan dengan segera...

avatar
faris aiman
AUTHOR
January 24, 2016 at 8:17 AM delete

Hanya berserah kepada Allah sahaja Allah yang memberi rezeki dan Allah juga yang menariknya... http://www.gerobokbuku.com/

avatar
Etuza
AUTHOR
January 24, 2016 at 10:24 AM delete

harap Dr Vida tabah..tak apa itu ujian tetapi kena buat siasatan agar tak berlaku lagi

avatar
Etuza
AUTHOR
January 24, 2016 at 11:02 AM delete

dugaan hidup orang ternama

avatar
Fyda Noh
AUTHOR
January 26, 2016 at 8:56 AM delete

salute respon dr vida, sikit pun x melatah

avatar
Sue Izza
AUTHOR
January 26, 2016 at 1:04 PM delete

ada gok terpikir gitu,ntah2 kena sabotaj hurmmm

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon