INFO | 6 Kesan dan Akibat Kafein Kepada Tubuh

Assalamualaikum ..

Siapa penggemar minum coffee, teh atau seangkatan dengannya ? Ye ! Lyssa mengaku ! Lyssa memang seorang makhluk yang gemar minum coffee. Rasa macam kalau sehari tak dapat coffee, rasa maca tak sah ! haih . ketagih mungkin . :(

Ramai yang tahu, sebenarnya minuman yang berkaefin tersangatlah tidak bagus untuk diri dan terutamanya tubuh badan kita. Lyssa akui itu. Tapi, pernah ke korang tahu, apa akibatnya kalau  kita selalu sangat minum minuman berkaefin ... Hm . Kalau tak tahu, Lyssa akan senaraikan 6 Kesan dan Akibat Minum Minuman Yang Berkaefin !



Kesan kafein pada tubuh sebenarnya bergantung kepada sistem saraf seseorang. Bukan setakat itu sahaja, ia juga dipengaruhi oleh berat badan, jantina serta beberapa faktor penyokong yang lain. Bagaimanapun perlu diketahui bahawa setelah mengambilnya, kafein boleh bertahan dalam tubuh badan manusia selama lapan jam.

Kesan Kafein Pada Tubuh


Pengaruhi jantung dan sistem darah
Kafein boleh mempengaruhi jantung dan sistem pengaliran darah. Kafein yang mula memasuki tubuh akan terus ke pembuluh darah seterusnya menyebabkan jantung berdegup lebih laju dari sepatutnya. Darah mula di pam lebih cepat ke seluruh tubuh. Kerana itulah ia mengundang bahaya kepada penghidap darah tinggi disebabkan risiko terkena strok agak tinggi.

Cegah penuaan dan kanser
Kebanyakan produk kafein seperti kopi, minuman coklat dan teh mengandungi bahan antioksidan di mana ia berupaya mencegah masalah penuaan serta kanser. Di samping itu, produk berkafein juga kaya dengan asid lemak serta beberapa jenis vitamin yang lain. Kerana itulah ia memberi manfaat kepada tubuh. 

Pencernaan perlahan
Pengambilan berlebihan boleh mengganggu proses pencernaan di mana otot-otot di bahagian berkenaan mulai menegang. Hal ini secara tidak langsung menjadikan proses pencernaan berlangsung dengan perlahan. Cara terbaik mengatasinya adalah dengan menghindarkan diri dari mengambil teh atau kopi selepas makan. Paling tidak tunggulah sehingga setengah atau satu jam sekiranya anda benar-benar ingin mengambilnya. Begitu juga dengan ubat-ubatan yang dirumuskan menggunakan kafein sebagai bahan-bahannya. Masa pengambilannya juga perlu dilewatkan seperti yang dinyatakan di atas.

Kesan terhadap sistem saraf
Pengambilan kafein secara berlebihan boleh mempengaruhi sistem saraf. Malah kesannya juga boleh dilihat dengan jelas di mana tangan terketar-ketar, pening kepala, loya atau cemas sepanjang waktu.

Bahaya kepada pesakit diabetes
Ramai individu gemar mengambil kafein bersama gula. Sebenarnya, ia bukanlah satu tabiat yang baik kerana tanpa disedari, mereka telah menyusahkan kerja-kerja yang sepatutnya dilakukan oleh organ pankreas. Disebabkan pengambilan gula yang banyak, pankreas terpaksa menghasilkan lebih banyak insulin untuk mencerna gula berkenaan. Kesannya, paras insulin dalam darah akan naik sekali gus membahayakan pesakit-pesakit diabetes yang gemar mengambil minuman ini.

Impak tekanan dua kali ganda
Kafein boleh memberi tekanan kepada tubuh badan. Sekiranya anda mudah mengalaminya maka dinasihatkan agar menjauhkan diri daripada kafein sepenuhnya. Bimbang sekiranya tubuh yang mudah tertekan akan mengalami tekanan berganda apabila ‘dibebankan’ dengan kafein di dalamnya.


Jadi dengan kesan-kesan negatif di atas, Lyssa nasihatkan korang semua cubalah kurangkan minum minuman yang berkaefin. Walaupun rasa macam tak boleh hidup tanpa kopi macam Lyssa ni, sebaiknya sama-sama lah kita kurang kan minum kopi ok ? Perbanyakkan minum air putih tak pe. Tambah-tambah lagi, ada yang mengambil bahan suplimen lain seperti collegen ataupun vitamin C. Seeloknya, kurangkan lah. Kalau boleh, tak minum terus pun tak pe kan . Sekali sekala ok lah . 

Lyssa pun akan cuba kurangkan daripada minum minuman yang berkaefin tu ... InsyaAllah sama-sama lah kita cuba ye :D

TerimaKasihSudiBaca ...

KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

7 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
Aqilah Azmi
AUTHOR
January 12, 2016 at 1:36 PM delete

hmm qila benci coffee sbb tah rs pahit yg mcm eee hahaha.
but still, tea pun ada caffein haih.
anyway thanks kak lyssa!

avatar
Murni Alysa
AUTHOR
January 12, 2016 at 1:50 PM delete

Akak hari2 kena minum coffee..kalau tak jd takda mood..huhuhu

avatar
Anum Abdullah
AUTHOR
January 12, 2016 at 2:06 PM delete

Nurul tak suka minum kopi la Lyssa...

avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
January 12, 2016 at 2:25 PM delete

Sesekali akak minum juga...tapi sangat jarang...biasanya bila pergi rumah orang la...kadang mereka bagi kita ni tetanu air kopi atau nescafekan..tak minum apa pulak.. caffeine sebenarnya perlu juga dalam tubuh...tapi dalam kadar yang sedikitlah...

avatar
nora razalli
AUTHOR
January 12, 2016 at 4:00 PM delete

big NO tu kafein.
sib baik MG mmg alah kat kopi2 ni..

avatar
Unknown
AUTHOR
January 12, 2016 at 4:23 PM delete

me too sis ^^ i reallyyy love coffee , sampaikan kalau sehari tak minum bole mimpi ngeri . hahahaa . nampaknya lps ni kena kurangkan la erk ? :'(

avatar
January 13, 2016 at 11:50 AM delete

saya kadang-kadang minum coffee ni, itupun tengok mood!!hehehehe...
tapi just minum sikit je sebab takut migrain...
bau coffee tu kan wangi, itu jadi tak tahan tu...

jemput singgah di Blog saya

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon