KUALA LUMPUR - Amalan minum jus betik, hirup sup ketam dan minum minuman isotinik hanyalah mitos semata-mata, malah tidak dapat mengubati penyakit demam denggi.
Pegawai Perubatan Kanan Perubatan Am Hospital Seri Manjung, Dr Hafizah Mohamed Haniba berkata, tiada kajian saintifik yang membuktikan bahawa demam denggi mampu disembuhkan menerusi tiga amalan tersebut.
"Salah faham itu disebabkan maklumat yang disampaikan adalah dari mulut ke mulut sejak dulu sehingga ia dianggap berkesan dalam merawat penyakit demam denggi.
"Dari sudut perawatan moden, belum ada kaedah dan rawatan khusus untuk demam denggi. Apa saja yang berkaitan dengan herba tradisional dan sup ketam adalah lebih kepada petua orang lama. Ia boleh dikategorikan sebagai rawatan sampingan, bukan rawatan sebenar," katanya.
Ahli Farmasi dan Homeopati, Prof Dr A Krishnan berkata, daun betik bukan penawar demam denggi, sebaliknya ia boleh menyebabkan kegagalan hati, jantung dan buah pinggang. Sekali gus membawa kepada maut jika diamalkan.
"Daun betik tidak mempunyai khasiat dan berbahaya kerana kandungannya mempunyai cyanide yang berperanan seperti racun menyebabkan sistem imunisasi individu terganggu," katanya.
Dr Hafizah menasihatkan, pesakit demam denggi sepatutnya minum air kosong sekurang-kurangnya 2.5 liter atau lapan gelas sehari. Ini kerana pesakit denggi kurang selera makan dan mengalami perubahan pada salur darah menyebabkan badan kekurangan air.
"Cukup sekadar air kosong untuk dijadikan sebagai alternatif rawatan penyakit denggi tidak berdarah. Bukannya air isotonik kerana kandungan paras gulanya amat tinggi.
"Bayangkan jika pesakit itu menghidap diabetes, pasti akan memberikan kesan terhadap paras gula dalam badan mereka," katanya. - hmetro/hypemedia
p/s : Ok . Baru lah Lyssa tahu sekarang ni , semua benda tu hanya lah mitos semata-mata . Alhamdulillah, setakat ni tak ada lagi ahli keluarga yang menghidap penyakit demam denggi ni. Tapi, rasanya info ini sudah mencukupi untuk persediaan masa akan datang. Ingat, semua tu bukan rawatan sebenar. Hanya rawatan sampingan sahaja, dan seeloknya pesakit mesti minum air kosong sekurang-kurangnya 2.5 liter atau lapan gelas sehari.
TerimaKasihSudiBaca.
8 000 orang Comment Di Sini
Write 000 orang Comment Di SiniAda ternampak headlines ini dalam suratkhabar, tapi tak sempat nak baca dalam paper hari tu. Rupanya mitos sahaja lah ye.
Setakat ni tiada lagi vaksin untuk mengubati penyakit demam denggi.
Apa yang kita boleh buat ialah mencegah penyakit denggi ini dari terus merebak melalui kebersihan persekitaran kita.
Testimoni VIVIX bantu lancarkan darah nifas
betul tu sis. yang paling penting adalah minum air masak banyak2. kalau pi hospital pn dia akan msuk air melalui drip juga :)
singgah sini..:)..
ohhhh yeke huhu
Isotonik mitos, tp ada stgh hosp gov yg suh minum isotonik..ada kwn masuk sblm ni doc siap suh pegi beli air isotonik lg..suh hari2 minum...
Assalamualaikum. Semoga dirahmati Allah. Sesungguhnya daripada Allah kita datang dan kepada Dia kita kembali.
Terima kasih atas artikel. Memang secara saintifik penggunaan herba dan kaedah rawatan tradisional tidak terbukti. Ini kerana penyelidikan kearah tersebut terhad dan untuk mengaplikasikannya ke dalam perubatan memerlukan bilangan penyelidikan yang boleh diterima. Lebih menyulitkan lagi apabila penyelidikan rawatan denggi tidak banyak dilakukan di US atau Eropah kerana denggi bukan penyakit utama di sana. Penyelidikan rawatan denggi di Asia Tenggara tidak banyak.
Jadi, terpulang kepada individu untuk mempercayai kaedah tradisional. Adakalanya, ia lebih berkesan daripada kaedah saintifik. Perkara yang paling penting, berdoa dan tawakkal kepada Allah.
ان الله على كل شيء قدير. Terima kasih kerana membaca.
Kadang2 petua ubat tradisional pun percaya juga. Bergantung pada keadaan samaada teruk atau biasa.
Air isotonik tu 100plus jer yg bleh.
Saya setuju 100%. Yang penting ambil jus buah seperti jus jambu batu, tembikai bagi menambah air dlm badan juga zat.
.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon