Assalamualaikum..
Dalam hidup korang, pernah tak jemur atau sidai baju dalam rumah ? Hm ! Sidai , sidai jugak !
Tapi, korang tahu ke sebenarnya bahaya tau keringkan baju dalam rumah ....
Tapi, korang tahu ke sebenarnya bahaya tau keringkan baju dalam rumah ....
Peluang membasuh pakaian bagi korang yang bekerja mungkin pada hujung minggu. Namun kadang-kadang kain yang terlalu banyak menyebabkan korang terpaksa menjemur di dalam rumah kerana tiada ruang untuk sidai kain. Cuaca juga boleh menjadi penyebab kita tidak jemur kain di luar rumah. Tetapi tahukah korang, jemur kain di dalam rumah boleh berkait dengan masalah kesihatan?
Jom kita tengok , kenapa jemur kain di dalam rumah tidak elok dari segi kesihatan...
Kenapa Bahaya Keringkan Pakaian Di Dalam Rumah ?
1. Boleh Jadi Kanser
Jika korang suka guna pelembut kain selepas mencuci pakaian kerana bau yang wangi, perlu tahu kandungan acetaldehydes yang tinggi menjadi sebab utama penyakit kanser. Lebih elok cuba elak menjemur kain di dalam rumah kerana berbahaya jika korang selalu sedut udara tersebut.
2. Pengaruh Alergi
Udara yang terperangkap di dalam rumah boleh menjadi bakteria. Kalau ada antara korang yang ada masalah kulit, kena belajar elak jemur kain di dalam rumah, ya. Sebab ini salah satu faktor utama korang mengalami alergi (ruam) dan masalah gangguan pernafasan.
3. Beracun
Pernah tak korang basuh kain dan terlupa nak sidai dan akhirnya kain yang dibasuh bertukar bau jadi busuk walau pun pakaian sudah direndam pelembut. Ya, itulah racun. Hanya dalam jangka waktu tertentu, udara yang disedut beri kesan buruk kepada kesihatan kepada korang tanpa disedari.
4. Asma
Pengeringan pakaian di dalam ruangan akan meningkatkan kelembapan ruangan dan menyebabkan kenaikan debu. Ini adalah satu alasan utama penyebab asma dan alergi.
5. Lemahkan sistem ketahanan tubuh
Boleh melemahkan sistem ketahanan tubuh kalau selalu amal jemur kain dalam rumah. Jadi tidak pelik kalau korang cepat selesema, demam atau mungkin diserang pelbagai penyakit lain.
CARA MENGATASI MASALAH INI
Jalan penyelesaiannya, korang boleh sediakan tempat jemuran di luar rumah. Kalau tiada tempat sangat, cuci kering lagi selamat. Dekat dobi layan diri tu, penuh orang dok keringkan pakaian kat situ... Cuma jimat tidak begitu nak menjadilah! Semuanya di tangan anda, kalau boleh pastikan kain yang basah terdedah dengan sinaran matahari tetapi jangan secara terus. Nanti cepat pula kusam dan luntur warna kain korang.
TerimaKasihSudiBaca. Jangan lupa, kongsikan artikel ini sekali ya :)
p/s : Sedar tak sedar ramai juga orang yang selalu sidai baju dalam rumah, tambah-tambah 'student-student' yang menyewa ramai dan disebabkan tiada tempat untuk menyidai. Jadi Lyssa sarankan cubalah korang keluar duit sedikit, RM4 lebih kurang.. Untuk keringkan pakaian di dobi.. ;DJaga kesihatan, ingatlah orang yang tersayang ~
TerimaKasihSudiBaca. Jangan lupa, kongsikan artikel ini sekali ya :)
7 000 orang Comment Di Sini
Write 000 orang Comment Di Siniok take note pasal ni
hemmm, selalu la pulak buat dulu kat uitm :( sebab tak sempat nak jemur kat luar, pagi sampai malam ke kelas, tengah malam je ada masa nak basuh baju :(
Saya rasa lemah Kadang kala lesu.. ini puncanya Saya sidai towel dalam bilik Betu2 sebelah tilam. I..I would to thanks you for this.
selalu jemur dalam rumah kalau nak keluar rumah. Sebab takut balik umah lewat. So, kalau balik lepas maghrib pun xrisau dah...
ye ke ... aku mmg sidai kain dlm rumah ... mana ada masa nk sidai siang ...kerja wei ... karang hujan tgh hari kang .. naya ....
dobi?? mls la ... kumpul seminggu sekali la basuh ... jajajja
Nice entry .. ilmu perlu dikongsikan? mntx izin share yepp .. huhu
klu ade mase meh laa usha blog sy http://budakblank98.blogspot.my/
kalo kat kolej mmg tempat yg disediakan tu kat kawasan dalam je... huhuh
.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon