22 ALASAN BERCERAI YANG PALING MEREPEK DI SELANGOR





Kita biasa dengar kes-kes perceraian yang remeh temeh di luar negara. Tetapi di dalam negara kita sendiri juga ada, dan senarai alasan remeh untuk bercerai ini didedahkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah  Selangor. 


  1. Punggung isteri menggerutu.
  2. Suami tidak pandai melakukan hubungan seks.
  3. Isteri meminta set persalinan 30 jenis warna untuk baju, seluar dan aksesori.
  4. Isteri mengotorkan kopiah suami kerana tidak mahu suami menghabiskan masa berborak di surau.
  5. Isteri suka mengikuti rombongan beramai-ramai.
  6. Isteri suka membasuh baju pada waktu malam.
  7. Suami mencurigai setiap tindakan isteri.
  8. Isteri menceritakan kehebatan melakukan hubungan seks dengan pasangan terdahulu.
  9. Berbeza fahaman politik.
  10. Suami tidak suka isteri makan dalam kereta.
  11. Gaji suami lebih rendah.
  12. Isteri lambat menyediakan makanan.
  13. Pasangan bangun tidur lewat.
  14. Suami bekerja tidak tentu masa.
  15. Anak demam dan tidak sihat.
  16. Cemburu pasangan berkawan dengan bekas kekasih.
  17. Pasangan terlalu cerewet.
  18. Pasangan tidur berdengkur.
  19. Pasangan gemar membeli-belah.
  20. Suami tangkai jering (kedekut).
  21. Tidak suka cara pasangan menjemur dan membasuh baju. 
  22. Berebut rancangan televisyen.
Anda mungkin merasakan perkara ini melucukan tetapi inilah realiti. Adakalanya mereka memberikan alasan yang tidak munasabah untuk bercerai. - Sumber

p/s : kenapa aku rasa no 1 tu paling kelakar ? HAHA ! :p
KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

5 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
cik puan rrai
AUTHOR
January 13, 2016 at 8:30 PM delete

Berebut rancangan televisyen? seriously? HAHAHAHAAAA. Kelaka laa yang ni

avatar
Aqilah Azmi
AUTHOR
January 13, 2016 at 11:32 PM delete

BENCI NYA ALASAN MEREPEK NI EEE GERAM NYA HAHAHAHA.
TT_TT
sedih nya. takmo kahwin la ahahahaha

avatar
January 14, 2016 at 10:14 AM delete

dugaan kan...
sebab tu dalam islam di tegaskan saling menghormati & saling melengkapi pasangan suami isteri...
sbg ingatan utk diri sendiri & semua

avatar
eima
AUTHOR
January 14, 2016 at 10:56 AM delete

hmmm entah la ... tolenrasi penting dlm menjayakan hubungan ....

avatar
Anonymous
AUTHOR
February 13, 2016 at 9:00 AM delete

Alhamdulillah..walaupun dlm 22 perkara di atas ada jugak berlaku dkt kak..tapi tak la sampai nak cerai berai..benda kecik jer kan...

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon