'Gaji Tinggal RM19 Selepas Dipotong PTPTN'


Beberapa hari kebelakangan ini, ramai yang berkongsikan kekesalan mereka terhadap tindakan Perbadanan Tabung pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang memotong gaji mereka tanpa dimaklumkan lebih awal. 

Difahamkan, PTPTN telah melancarkan operasi besar-besaran bagi mengesan peminjamnya sejak awal Disember ini. 

Gambar slip gaji seorang penjawat awam yang dipotong sebanyak RM2,063.75 oleh PTPTN pula viral di media sosial, mencetuskan lagi panik di kalangan peminjam PTPTN yang belum melangsaikan hutang mereka.


"Ingat tak masa bulan 8 hari itu, saya ada kongsi tentang PTPTN ini. Pada masa itu, saya pergi untuk membayar tunggakan. Saya ada beritahu yang Pegawai PTPTN memaklumkan saya mengenai operasi besar-besaran bagi mengesan peminjam pada hujung tahun ini," kata Batrisyia Fauzan yang memuat naik gambar slip gaji tersebut di laman Facebooknya.

"Katanya, para peminjam diberi masa sehingga bulan Oktober untuk datang berunding dengan pihak PTPTN. Jika tidak berbuat demikian, pihak PTPTN akan membuat pemotongan mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh mereka sendiri.

"Rupa-rupanya memang mereka serius untuk berbuat demikian. Tadi dalam WhatsApp group pun kami kecoh berbincang mengenai perkara ini. 

"Sudahlah sekolah akan dibuka tidak lama lagi, kasihannya kalau dipotong sampai seperti ini, baki gaji tinggal RM19 saja. 

Justeru, Batrisyia menasihatkan mana-mana peminjam PTPTN yang belum membuat pembayaran, segera hadir ke mana-mana pejabat PTPTN berdekatan untuk menjelaskan bayaran. - Sumber

KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

11 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
reezluv
AUTHOR
December 17, 2015 at 6:12 PM delete

dah buat potongan gaji tahun lepas..sekali check takde plak..baru 2-3 minggu lepas submit balik..nasib le takde kena macam ni..ohoh

avatar
mila
AUTHOR
December 17, 2015 at 6:57 PM delete

blh plak ye men potong mcm tu tanpa pengetahuan dan persetujuan... agak2 lah kalo nk potong pn smpi 2k..huhu

avatar
Emy Effendi
AUTHOR
December 17, 2015 at 7:33 PM delete

Fuh. Nasib baik dah start sejak tahun lepas. Hehehehe

avatar
Amir
AUTHOR
December 17, 2015 at 8:50 PM delete

pemotongan tanpa pemberitahuan ke?

avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
December 17, 2015 at 11:23 PM delete

Owh...selagi boleh berbincang...selesai cara musyawarah...

avatar
tular kini
AUTHOR
December 18, 2015 at 12:00 AM delete

nasib baik x pinjam,,,,,heheh

avatar
Anonymous
AUTHOR
December 18, 2015 at 7:56 AM delete

uisshh..nasib baik akak tak ada hutang dgn ptptn..kejam sangat tu..takkkan pihak ptptn tak ada call..dah la loan dgn aero angkasa pun seribu..kerajaan kita ni memang tak ada duit sgt dah ke ..kena la fikir gak.

avatar
Akim
AUTHOR
December 18, 2015 at 9:43 AM delete

Kejam giler ptptn nie.. Bakor je opis besor dorang tu.. Hak tuihhh

avatar
eima
AUTHOR
December 18, 2015 at 10:55 AM delete

tak setuju langsung kalau ye pun nk potong jgn begitu sekali .... aku pelik la ... kate nk ctos la ape la buat je la .. tp jgn buat cam tu kat peminjam.

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon